DAnish Umi, suka sanGAt kalau diberI bukU.. tak kiralah apa2 bUku, taPi yanG palIng disukAi adaLAh buKu/majaLah uMi.. walaupUn dia Ada SenDiri buku Cloth book YaNg uMi belIkan taPi buku/majaLah or newspaper umI gak yanG dikeAjrnYa.. KekadAng aBi bisiNg juGa takUt kulit tanGAn danIsh terluKa.. tapi paDa uMi, biarkan saJA dia bermaIn denGan buKu2, bukan tak sayaNg tapI darI kecilni kita galaKkan bayI kita menYukai bukU.. tunjuKkan padaNYA gambar2 menaRik yang aDA pada buku.. biaR dia menerokai isi Buku itu yanG penTing, kita aWasi pergerakkan beliaU janGAn saMpaI lUka atau kerTas buku terseBut menJadi makaNan daLAm muLut baYi kiTa..
Selepas bayi dilahirkan, biasanya ibu bapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan-keperluan fizikal yang lain. Tetapi jarang sekali orang yang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. Ketika lahir bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.
Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun.
Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.
Abi, danish rajin baca buku macam umIkan?