PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 20 Januari 2013

Uniknya ESP Shaklee


AssalamualaikumWBT..

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, umiIzz berkesempatan nak menulis disini sambil menyiapkan sedikit homework.. Walaupun dah terlewat tetapi umiIzz tetap usahakan masa.. ESP ataupun Soy Protein Isolate Powder, umiIzz nak share sekali lagi kepada korang, hari itu da cerita berkenaan umiIzz kan, hari ini nak cerita kebaikkannya yang teramat banyak pula..


Keunikkan ESP Shaklee adalah kerana mengandungi bahan berikut berbanding produk protein soya yang berada dipasaran. Ini adalah kerana Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.


kacang soya

Berdasarkan kajian dan pembacaan umiIzz, Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. So memang terserlahlah kebaikkan dan faedah serta uniknya Energing Soy Protein Shaklee. Jom kita share serba sedikit keunikkannya :



Kekal Muda 
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga dan sentiasa ceria dalam apa jua keadaan. Mesti seronokkan, merasa bertenaga selalu??

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajad
– Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. So kalau pengambilan yang dicadangkan diamalkan sebaiknya, insyaAllah dengan izin Allah kita semua sihat  tanpa penyakit yang tidak diingini.. mencegah sebelum parah lebih baik bukan.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki dan Rahim Perempuan
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. InsyaAllah dapat membantu serba sedikit masalah kesukaran hamil. =)

Kulit berseri dan anjal 
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut. Yang ini semestinya bukan kaum hawa sahaja menggemarkannya, tetapi kaum adam pun tak kurang juga penjagaan kecantikan kulit.betul tak??

Pemberi tenaga segera 
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya. So kalau ada anak yang sedang membesar, nak dapatkan minda cergas boleh amalkan ESP =)

ESP SHAKLEE

Ok setakat ni dulula cerita umi berkenaan ESP tu, kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan esp bolehla hubungi umi.. Harga Berkenaan product Shaklee boleh semak disini. Alhamdulillah

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com







Salam sayang dari,
 

gif creator

Sabtu, 19 Januari 2013

Calci Yum dan Kehebatan Kalsium Shaklee





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. korang buat apa petang2 sabtu ni? anak-anak umi tidur begitu jugalah abiIzz.. Umi mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita berkenaan tittle kat atas tu.. Ok semua tahu Calci Yum kan?? Danish sangat suka dengan Calci Yum.. dapat yang coklat lagila dia suka... Rasanya kelat2 manis2 macam tu kan.. kononnya untuk lebih tanggi kata danish.. hhehehe

Umi pula dengan abi, makan calcium shaklee atau lebih tepat OsteMatrix.. Sejak berkahwin ni, umi suka amik OsteMatrix ataupun Calcium Shaklee.. Sebabnya tulang dan badan kita akan berasa sedikit lenguh-lenguh dan gusi juga kadang2 rasa tidak selesa. Itu adalah tanda-tanda awal kita kurang kalsium dalam badan.. So kene la minum susu dengan secukupnya... Tak sempat nak minum susu??? Jadilah macam umi yang senang dan selesa memakan vitamin calcium dari Shaklee yang dikenali dengan OsteMatrix. Ianya sangat berkesan untuk kekuatan tulang dan gigi. Sebab apabila kita mengandung, Kalsium dalam tubuh kita akan digunakan untuk membentuk tulang bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu. Kalsium amat diperlukan oleh badan.

Sewaktu awal mengandung lagi umi telah mengambil sebiji pil Calsium OsteMatrik bagi pembentukan tulang bayi yang kuat dan memberi secukupnya calcium dalam tubuh badan, kalau tak cukup calcium mulalah rasa sakit-sakit tulang sendi dan juga gusi.

Bila da bersalin pula, umi tetap meneruskan pengambilan calsium Ostematrix Shaklee kerana ingin menambah khasiat dalam susu badan dan seterusnya memberikan lebih pengeluaran susu. Alhamdulillah menjadi.. Waktu ini, umi ambil dengan ESP Shaklee.. memang mabeles.. so, jangan tak ambil ye kawan2...

Selepas habis pantang penyusuan diteruskan Ostematrix juga tidak ditinggalkan, begitu juga apabila bayi tidak menyusu lagi.. Ostematrik tetap diteruskan pengambilannya. Ini kerana gigi kita memerlukan kalsium bagi menguatkan gigi dan mengelakkan dari gigi mereput. Alhamdulillah, apabila ambil calcium secukupnya gigi tidak mudah reput dan tidak berasa sakit.

So kepada kawan-kawan yang ingin menambahkan calcium dalam tubuh badan dan mengelakkan tubuh badan dan gigi merasa sengal-sengal, sakit dan tidak selesa, jom ikut amalam umi iaitu mengambil 2-4 biji calcium setiap hari.

Osteoarthritis
----------------
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalahjenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.
Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.
Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.



 Fakta Rawan
--------------
  • Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
  • Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
  • Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.



Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
-------------------------------------------
  • Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
  • Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat.Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
  • Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat.Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
  • Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
  • Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
  • Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.  
Shaklee menawarkan suplimen berasaskan sumber semulaadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi.

Redakan penderitaan anda dengan suplimen Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplimen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan. Boleh hubungi saya untuk selanjutnya..

umiizz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com



Salam sayang dari,
  Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 10 Januari 2013

Jom Minum Orange Just + Collagen Shaklee = Baca Yasin sebelum tidur



Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum..

Malam jumaat ni, apa korang buat? Umi sedang teman abiIzz yang baru pulang dari kelas menonton tv sambil menyiapkan sedikit "kerja sekolah"... Buatkan si dia air kegemarannya dan untuk umi pula orange jus spesel..

Kenapa spesel? Sebab ada extra Collagen Shaklee.. huhuh sangat sedap dan menjadi minuman kegemaran umi pula. Cuma bancuh dengan Orange Jus umi dan minum, senang bukan? Rasanya?? Manis lazat berkrim..



Jom kawan2 jaga kesihatan diri, semoga usia kita semua panjang dan sihat sejahtera selalu agar dapat menjaga suami tersayang dan anak-anak. Makanlah makanan berkhasiat dan ambillah suppliment tambahan yang terbaik untuk masa depan kita. Kalau ianya mahal tapi ingatlah kesihatan itu lebih mahal kalau ianya ditimpa penyakit yang memudaratkan.. =) Jom kita baca surah yasin sebelum tidur. Selamat malam..
*Promosi dari umiIzz, Free Postage untuk belian Collagen Shaklee =)

umiizz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,




gif creator

Rahsia Kulit Cantik , Tiada tompokan jeragat.. Perlukan Vitamin E





Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum... dan salam sejahtera,

Ambil masa malam2 ni sebelum menjelang esok 10hb Jan. Menunggu kain baju anak2 siap di cuci oleh mesin cuci sambil tu umi nak share Keperluan Vitamin E dalam tubuh badan. Kalau nak tahu semakin bertambah usia kita semakin banyaklah yang perlu kita jaga. So sebelum terlewat baiklah awal lagi kita menjaganya. Umi nak share kat sini, bukan cantik untuk siapa2 tapi untuk suami, niatkan untuk suami, insyaAllah tak tersimpang.

Bila usia meningkat sedikit demi sedikit dan kulit kita kerap terdedah dengan pancaran matahari dan juga cahaya lampu (ye.. cahaya lampu juga mengandungi sinar UV ye kengkawan) Jeragat yang seakan-akan tahi lalat akan tumbuh dimuka. Mungkin kita rasa owh, tahi lalat tumbuh baru.. sebenarnya tidak. Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak membahaya tetapi menjadikan kulit kita kusam dan tidak bermaya. Selain jeragat, kesan hitam di bahagian celah yang terselindung juga mudah terjadi sekiranya kekurangan Vitamin E dalam tubuh.

Selain dari penjagaan luaran seperti membersihkan wajah, penjagaan dalaman juga perlu untuk mengelakkan jeragat. Macamana caranya??? Dengan pengambilan supplimen tambahan vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk mengelakkan jeragat atau kulit kusam.

So kat sini, umi nak cadangkan korang supaya mengambil vitamin E.. heheh.. Vitamin E ada banyak pengeluar vit E dan jangan sampai tersalah beli ditakuti memudaratkan diri. Pengambilan Vitamin E terbaik adalah dari Vitamin E semulajadi dan bukannya Sintetik. Nak tahu umi amik Vitamin E dari mana?? tentunya dari Shaklee kerana Shaklee sendiri sebagai pengeluar sentiasa membuat kajian bagi Vitamin E supaya hasilnya Optimum kepada pengamalnya dan terbaru Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan Formula terbarunya Vita-E Complex with Grape Seed Extract.



Alhamdulillah, kalau nak tahu kebaikan Grape Seed ni jom umi cerita sedikit pengetahuan umi tentang Grape Seed ( biji anggur). 10 kebaikan yang umi nak share adalah seperti kat bawah ni



  • Membantu kesihatan Otak, mata dan KULIT
  • Melambatkan proses PENUAAN
  • Menyinngkirkan RADIKAL bebas
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Mengurangkan radang (inflamatory)
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan
Kenapa Biji anggur digunakan oleh Shaklee bagi mengoptimumkan hasil Vitamin E kepada pengguna? Kerana didalam Biji anggur mempunyai Minyak yang dipanggil Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding fitonutrien yang lain


Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kalau nak tahu, Vitamin E Shaklee ni juga bole dibuat masker.. alhamdulillah... jimat lagi duit umi tak payah beli masker plak hanya dengan Shaklee sahaja.. Cemana nak buat?? Nanti umi share kan di lain post ok?? KAt situ umi akan bgtau Masker Shaklee yang bukan sahaja dari Vitamin E tetapi dari product Shaklee yang lain.. Nak kulit cantik, kene la usahakan? Macam orang nak pandai, kena lah berisaha menelaah buku. Apakata kita jaga diri kita untuk suami, tak salah kan? Alhamdulillah, setakat ni umiIzz makan, kulit kelihatan bermaya dan jeragam mulai kelam dan hilang warna kusam tu..
Vita- E Complex Shaklee
(Vitamin E)

So kalau sesiapa yang nak amik suppliment kulit yang ringkas dan berbaloi, boleh la dapatkan Vitamin E Shaklee dari umiIzz sendiri. 

umiizz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,




gif creator

Selasa, 8 Januari 2013

Testimoni pengguna tegar bedak arab di majlis bersejarahnya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, tengahri ini umiIzz sempat menjengah ke rumah kawan2 namun tidak meninggalkan jejak.. Dan hari ini umiIzz dapat satu panggilan email dari seorang jelitawan yang ingin mencuba bedak arab. Actually, kalau ada sesiapa yang ingin mencuba bole datang berjumpa UmiIzz di tempat yang umiIzz tetapkan agar mudah untuk kita terangkan cara mengguna, cara menjaga dan sebagainya.

Alhamdulillah, kepada Jelitawan tersebut, kalau berminat terus untuk mendapatkannya, umiIzz lagi berbesar hati kerana umiIzz sedang buat promosi kepada pembeli dikalangan pembaca blogger yang membeli bedak arab, umi Izz akan hadiahkan saguhati berupa celak arab (pensil) sangat cantik dimata.


Ini adalah testimoni yang umi Izz ingin share kan dari seorang pengguna bedak arab. Umi share sedikit untuk perhatian semua jelites diluar sana.

TESTIMONI PENGGUNA TEGAR BEDAK ARAB


Puan Yan seorang usahawan berjaya telah memilih untuk menggunakan bedak arab kerana sesuai dengan kuli beliau dan tidak perlu bersusah2 untuk menacap wajahnya  yang kusam. Kerana istimewanya bedak arab ini, beliau telah menggunakan bedak arab dimajlis pertunangannya dan hasilnya sangat memberansangkan. Malah ramai memuji kulit wajahnya seakan2 babydoll..

Dimajlis persandingannya juga setelah hampir 7bulan mengikat pertuanngaan, beliau juga sekali lagi menggunkan bedak arab bagi tatarias diwajah kerana pada beliau, bedak arab ini sangat istimewa dengan pantulan warna istimewa menjadikan kulit lebih gebu dan wajah nampak lebih anggun jelitez. So apa tunggu lagi, kepada yang masih lagi ragu2 untuk mencuba, sila email saya di alynn_41181mr[at]yahoo.com untuk temujanji kita di tempat yang akan saya tetapkan.


Sekian terima kasih..

Salam sayang dari,
 



gif creator

Terbang Pulang Kesarang..

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan bernafas dengan sempurna. Pagi ni umi amik masa sedikit untuk coret disini.

Perkhabaran dari seorang rakan baik diperantauan yang akan pulang ketanah air setelah cukup tempohnya disana cukup menggembirakan umiIzz.. apakah dapat bertemu wahai sahabatku ummufaqeh.. Semua dengan izin Allah SWT.

Moga perjalanannya pulang ke mari diselubungi keselamatan dan kegembiraan. Walaupun begitu mungkin perasaan rindu pada tanah Jordan akan membuatkan beliau untuk kesana lagi.

Orang yang baik akan sentiasa dalam lindungan Allah, hati yang bersih akan senantiasa tenang walaupun susah. Terima kasih wahai sahabat maya ku Ummufaqeh. Moga berkesempatan kita bertemu ditanah air..


Dah besar pun anak2 ummufaqeeh.. ada sorang baby Jordan.. indahnya andai kita dapat berjabat tangan dan berpelukan kerana doa Mu sangat bermakna dalam diri umiIzz.. alhamdulillah ummufaQeeh.. terima kasih ya Allah
Sekian


Salam sayang dari,
 


gif creator

Sabtu, 5 Januari 2013

ESP (Soy Protein Isolate Powder) Shaklee..




Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semua tahu pasal Shaklee kan.. Ok umiIzz nak sharekan pengalaman umiIzz sendiri berkaitan dengan product Shaklee yang telah umiIzz sendiri guna dan keberkesananNya.

Umi dapat tahu berkenaan product Shaklee dah lama tapi umi bermula amik product ni dari kak N yang sangat arif tentang Shaklee, beliau merupakan dealer paling lama Shaklee dan mendapat tarikan meluas memandangkan beliau mempunyai anak buah yang ramai.

Masa umi memula sekali mencuba adalah Set Menyusu Shaklee. Masa tu umi berjinak-jinak nak buat trial Set yang sama macam kak N buat. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan juga dikalangan kawan-kawan.. Memang betul product ni sangat baik utk penyusuan dan terbukti bila umi sendiri menggunakannya.

Bila masuk anak kedua, umiIzz nekad untuk menggunakan product shaklee seawal usia kandungan. Kenapa?? Biasanya umi alahan sangat teruk memandangkan umi ada problem gestik yang teruk. Bila gestrik teruk, tekak pula tak lalu nak makan dan tak biasa makan ulang2.. so gas-gas yang berada didalam usus menjadi aktif dan banyak. Itu lebih terruk lagi daripada mual loya..huhuh



So, bagi nak mengelakkan gas-gas tersebut berkumpul banyak, umi try tanya ada tak product yang elok untuk gestrik umi ni.. Kak N cadangkan amik ESP iaitu singkatan kepada Soy Protein Isolate Powder... Umi pun belilah dan minum ikut sukatan yang dicadangkan..

Alhamdulillah, kesan gestrik umi berkurangan dan umi tak perlu makan berulang seperti yg disuruh hanya mengambil ESP pagi dan makanan yang tidak berminyak, berempah dan pedas pada awal mengandung maka Gestrik umi tidak terlalu masalah. Alhamdulillah..

Selain daripada melegakan gestrik yang melampau didalam perut, ESP juga dapat mencantikkan kulit baby. Yang ni betul. Berbanding air soya di dalam kotak yang dijual dipasaran, ESP lebih baik diamalkan. Kebanyakan ibu mengatakan minum soya untuk mendapatkan bayi berkulit putih dan cantik tetapi ramai juga yang mengatakan meminum air soya di dalam kotak yang berada dipasaran terlalu banyak membuatkan kulit baby sangat sensitif. Pada umi sebagai pengguna ESP sendiri, umi lihat alhamdulillah danial mempunyai kulit yang agak cerah dan cantik dan tidaklah mengalami kulit sensitif seperti sesetengah baby yang berkulit cerah, alhamdulillah semuanya izin Allah.


Baby Shaklee

Baby Shaklee

inilah baby shaklee umiIzz.. Danial


Jadi, pada sesiapa yang mengalami gestrik dan tidak mahu mengalami alah teruk, sila lah dapatkan ESP dari mana2 Pengedar Shaklee sah atau boleh hubungi umiIzz (Dealer Sah Kuala Lumpur). Amalkan dari kandungan berusia sebulan bagi mengelakkan tiada selera untuk Minum ESP..

Disini umi nak cadangkan untuk korang yang nak meminum ESP. Mengikut selera umi... resepi ESP yang paling best adalah Holicks SEDIKIT suam bersama ESP... Atau ESP Banana Blanded... Jom Share Resepi Origenal dari UmiIzz..


ESP HOLICK..




* Ambil 2 sudu Holicks
* Tambah 1 sudu ESP
* Tambah 2 Sudu Susu Pekat
* Air Masak 500ml

Campurkan kesemuanya dan Shake hingga sebati selama yang anda suka.. Minum hingga menjilat bibir,heheh..





ESP BANANA BLANDED




* 1 biji Pisang dipotong dadu
* 1 Sudu ESP
* 3 ketul Ais Kiub
* 2 Sudu Susu Pekat Manis
* 1 Cawan Air Masa

Campurkan semuanya didalam blander dan bland hingga sebati, hidang untuk diminum... Anak-anak pun sukakannya..

So apa tunggu lagi? Dapatkan ESP sekarang dari umiIzz.. Sesiapa yang nak membeli ESP dengan umi, Sila emailkan kepada umi.

Sekian..

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
alynn_41181mr@yahoo.com

Salam sayang dari,
 


gif creator

Umidanish Bertukar Menjadi UmiIzz




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang2 yang sejuk selepas hujan melanda, umi nak cerita sedikit pasal nama glamour umi bukan lagi umidanish tetapi umiIzz..Perlu ke umi nak cerita erk, takpela.. biar umi cerita untuk pengetahuan anak-anak umi bila besar nanti.. dari da dikenali sebagai umidanish tetapi bertukar menjadi umiIzz..

Alkisah umidanish tu tentulah asal usulnya kerana melahirkan anak teruna umi si abang danish yang sulung.. So terkeluarlah umidanish hinggalah hari ini umi dan abi tidak lagi menggunakan nama danish untuk nama timangan kami (ececececec...) tetapi munggunakan izz dihujung umi dan abi.. kenapa??

Tentulah sebab umi dah melahirkan adik danish.. so oleh kerana mereka berdua ada nama Izz so umi pun cadang nak bertukar dari danish ke Izz, bagi adil la kan.. heheh idakla nanti adik-adik danish tanya.. kenapa abang danish yg dapat pangkat.. hehe


umiIzz
Semoga hari2 mendatang memberikan lebih keberkatannya.. amin

Hurm.. sejuk2 nikan.. korang buat apa erk? Jap lagi umi nak tulis berkenaan Shaklee sambil berjalan-jalan dirumah kawan-kawan.. tunggu..
Salam sayang dari,



gif creator

Jumaat, 4 Januari 2013

Kegembiraan di hari pertama





Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi jumaat yang barokah.. Kita semua dikurniakan penghulu hari iaitu hari jumaat.. Abang danish lahir pada hari jumaat,alhamdulillah.. Semalam umi ada cakap berkenaan perkara yang mengembirakan umi dan abiIzz.. So harini umi nak cerita apa yang mengembirakan itu.

Danish da start school dan alhamdulillah dia sangat teruja dengan alam barunya. Malam sebelum ke sekolah dia da berpesan esok pagi nak bangun pagi untuk ke school jumpa friend and teacher. So pagi tu lepas bangun danish bersemangat nak mandi n pakai baju school.. alhamdulillah, sarapan sedikit sahaja sebab dah tak sabar.

Oleh kerana ini hari pertama beliau masuk ke kelas.. so umi cadang nak amikla beberapa keping gambar beliau untuk kenang2an.. Namun ada sesuatu yang terjadi.. dia merajuk n nak nangis... why why why dear danish??? Ini katanya..

Umi: danish... cepat dear, umi nak snap gambar danish sekali je.. danish pandang sini n senyummm..

Danish : tak payah la umi... (sambil merengek nak nangis) tak payah.. da lambat ni nak ke school.. nanti lambat masuk kelas..

Umi: owhhh, ok...

Rupa2nya beliau menangis kerana nak segera ke school kerana tanak labat, wau... danish sangat teruja nak g school. Bila sampai ke School dilihatnya kawan2 menangis. Danish pun pusing ke umi n cakap pelan2.. Umi tengok... kawan2 nangis tu sampai lambat.. hihi.. dalam hati umi ( itu bukan nangis lewat sampai, itu nangis sebab tanak g school) terbalik dengan pelajar lain yang menangis tanak p school, alhamdulillah danish tak begitu.. sebab umi pun dulu sangat seronok ke school..

So layan la picture kat bawah ni yer..

Yang ni dia merajuk sebab tanak terlambat g school..

Puas dipujuk oleh abiIzz

Dalam kelas

Dapat star..


Adik tinggalla sorang2 di umah mamaIna..sedih plak dia tu..hehe

Alhamdulillah, moga anak2 kita menjadi anak yang hebat didunia dan akhirat, insyaAllah. Untuk menaikkan minat anak2 terhadap sesuatu perkara, kita hendaklah menyediakan makanan sihat dan supplimen tambahan sebagai langkah permulaan tumbesaran mereka supaya mereka aktif, cergas dan memberi tumpuan secukupnya. Nanti umi bagi tahu suppliment apa yang terbaik untuk anak2 membesar dengan seimbang.

Tumpuan danish sepenuhnya didalam kelas.. pertama kali dia didalam kelas, alhamdulillah

So nak anak cergas pintar dan tumpu... jom ikuti entry selanjutnya..


Salam sayang dari,
 

gif creator

Khamis, 3 Januari 2013

Testimoni Bedak Arab dari Umi Sendiri



Assalamualaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, sudah 3hari ditahun 2013 dan hari ni banyak juga liku yang manis dan pahit telah umi lalui sekeluarga.. Namun Kegembiraan itu nanti akan umi kongsi bersama dalam entry akan datang sebab hari ini malam ni umi nak cerita seperti tajuk kat atas..

Mesti ramai da tahu berkenaan Bedak Arab yang sangat megic dan spesel ni kan.. Owh sebelum tu, harap2lah yang baca entry ni kaum perempuan je la ye.. kaum lelaki mana minat bedak kan? So sila la ke blog orang lain kalau anda kaum lelaki, hihih.. bukan nak halau ye pak incik sekalian tapi umi rasa tak sesuai...

Ok umi nak cerita sejak bila umi pakai bedak ni.. Memula diperkenalkan oleh sepupu suami iaitu model busana muslimah sambilan.. Kemudian diperhebatkan lagi dengan kata2 adik ipar umi menyebabkan umi terpaut nak mencuba, heheh... So lepas je abis pantang, umi pun try la satu.. Bila je lihat wajah, owhhh... kenapa gebunya muka ni kan?? Sila jangan muntah sebab ni le kenyataan bila pakai bedak arab ni heheh..

So pakaila dari pagi tu hingga tengahri da siap mengemas rumah n tunggu abiIzz balik dari main badminton.. tak touchup apa pun just dari pagi macam tu.. Seperti biasa, buat lah air untuk abiIzz dan sediakan makan tengahari untuk dihidangkan..

AbiIzz pun pulang, buka2 je pintu.. dia tengok semacam... Ingat nak marah tetapi dia senyum, eh.. kenapa pulak abiIzz ni.. tiba2 dia cakap.. lawa sangat muka tu macam nak jadi pengantin balik tu .. kita ada program kat luar ke lepas ni.. umi pun.. eh eh oitt... dah termalu2 pasal suami sendiri cakap macam tu.. hihi, jangan muntah ye kawan2.. ni nak cakap yang sebetulnya.. So baru la korang feel betapa hebatnya bedak arab ni..

Umi pun tersenyum2.. eh takdelah.. takde kemana pun plan kita hari ni, tapi kalau nak ajak jalan pun ok jugak, hehe.. dalam hati da yahooo yabeda bedu... memang bedak ni magic le da tengahari pun tak cair2 walhal dah bersilat seantero rumah mengamas bagai.. heheh..

Sejak dari itu, umi memang guna bedak ni jela.. senang sangat2.. nak bersiap senang dan tak payah touchup2 lagi kalaupun da berminyak berpeluh.. makin berminyak makin cantik bedak tu kat wajah... So ini la hasil sebelum dan selepas..





Untuk makluman semua, sepanjang sembilan bulan menggunakan bedak ni, baru masuk 2pcs dan tu pun tak habis2 lagi dan masih tebal lagi isi bedak tu, so sangat jimat la kan =)

Kalau ada sesiapa di lembah Klang yang nak mencuba, bole hubungi umi untuk appoiment, if korang kerja gomen lagi la mudah sebab kita bole jumpa di opis korang time luch n korang bole rasakan sendiri kehebatannya.. Tiada Charge dikenakan.. So apa tunggu lagi.. Niatkan dalam hati berhias untuk suami.. Sebab umi hanya akan mackup bila suami ada disisi.. if di opis.. umi tak berapa sangat... =)
Salam sayang dari,
   ..



gif creator