PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 30 April 2013

Diskaun sempena Hari Pekerja bertemu Hari Memangkah.. Jom..






Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Ok, umi Izz nak maklumkan, Portable Baby Car Seat Musim kedua telah masuk stok.. So, sape2 yang tercari-cari nakkan yang selamat dan mudah, bolehla menghubungi umiIzz di facebook Babyumishop.com  iaitu FB Page Babyumishop..

Bersempena dengan sambutan menggalakkan, Babyumishop.com berbesar hati nak bg diskaun 15% dan FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA..wau... Yang ini bersempena Hari Pekerja dan Hari Memangkah selama seminggu hari bermula 30 April 2013 hingga 6 Mei 2013.

So kepada yang nakkan harga lebih berbaloi, bolehla segera menghubungi Babyumishop.com untuk isi FORM ataupun melalui Page Babyumishop.

Ok, sesiapa yang kurang jelas tentang Portable Baby Car Seat, kat sini umiIzz nak terangkan bagi jelas rupa bentuk dan kegunaannya ya.. Jom kita tengok..

Contoh PBCS 
Untuk Design corak Leapard da habis... Sorry

Yang ni contoh untuk baby 7-8 bln guna
Ikut pada baby tu usia berapa dia pandai duduk sendiri..
SOLD OUT juga untuk design ni..


Kegunaan:

  • Digunakan untuk keselamatan baby ketika di dalam kenderaan.
  • Sesuai untuk bayi berusia 8bulan hingga 4tahun 
  • Mudah dibersihkan (menggunakan mesin basuh)
  • Mudah disimpan (di lipat dan tidak memakan ruang/space)
  • Bag penyimpanan disediakan.
Cara menggunkannya boleh semak di SINI. So apa tunggu lagi??? Semua nya lebih jimat di Babyumishop.com.. So jangan lepas kan peluang Promosi




Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Selasa, 23 April 2013

3 perkataan ajaib untuk ceria esok hari



Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.

Indahnya malam menjelma seindah bintang bertaburan diawanan.. Lama tak menulis yang lebih baik yang lebih indah, dikesempatan yang Allah SWT beri umi nak menaip bait2 ayat yang umi suka amalkan sebelum
tidur..



1) Subhanallah ; maha suci Allah
2) Alhamdulillah ; segala puji bagi Allah
3) Allahuakhbar ; Allah yang maha besar

Zikir ini adalah ajaran Rasullah kepada puteri kesayangan Baginda Fatimah Azzaharah. Tatkala Baginda datang menziarahi puteri kesayangannya, Fatimah mengeluh inginkan pembantu rumah kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Namun Baginda mengajarkan Fatimah 3 perkataan mulia tersebut dan meminta agar Fatimah mengamalkannya diwaktu malam sebelum tidur setiapnya 33x. Fatimah bertanya kenapa namun Ayahandanya mengatakan bahawa esok mu akan dipermudahkan..

Zikir tersebut diamalkan puteri kesayangan rasulullah dan alhamdulillah, Fatimah tidak lagi pernah menyebut lelah malah lebih bahagia. Jadinya disini, sebagai kaum isteri ibu dan juga pekerja.. jika letih itu melelahkan mu.. amalkanlah zikir ajaib ini.. Allah takkan sia-siakan setiap sebutanmu memuji Nya.


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

(Velcro Baby Binder) Barut Moden Babyumishop


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Korang tengah buat apa? Alhamdulillah, umi izz diberi kesempatan hari ini untuk menaip bait2 ayat yang boleh dikongsikan. Bukan mudah nak mengambil masa ni, banyak kerja yang perlu disettlekan namun umi Izz  cuba juga nak share dengan korang.

Sekarang ni, semua dah mudah.. Kalau dulu, nak jimat ibu-ibu memilih lampin kain untuk sikecil, sikecil pun sihat tak terlibat dengan bahan kimia. Namun, kalau dipikir2kan.. siapa yang sanggub nak tahan membasuh lampin kain setiap jam, malah kalau sekali baby buang air kecil tentu banjir ditempat sikecil. Malah perlu mengambil masa untuk melipat bagi membentuk lampin sikecil.

Namun sekarang lebih mudah dan praktikal. Nak elakkan baby dari bahan kimia disamping berjimat, ibu-ibu boleh memilih lampin moden yang telah direka khas untuk sikecil, lebih mudah lebih selesa dan sangat selamat.

Sememangnya mudah begitu juga dengan barut, sekarang ni.. tak ramai ibu-ibu yang gemar membarut bayi. Paling lama pun bayi berusia 2bulan kemudian ibu-ibu pasti tidak mahu membarut bayi kerana difikirkan leceh kerana perlu mengikat dan kadang2 terlerai ikatan.

Tidak mengapa, di Babyumishop.com ada penyelesaiannya. Babyumishop menyediakan barut moden yang direka khas buat bayi baru lahir hingga berusia 6bulan. Dengan menggunakan kain kapas @ Cotton lembut yang menyerap peluh dan tidak panas juga tersedia dengan corak menarik, barut moden menggunakan pelekat velcro bagi memudahkan ibu-ibu menyiapkan bayi. Fungsi  barut yang membantu mengelakkan bayi dari kembung perut dan dapat mengelakkan bayi dari sejuk dada dan perut apabila meniarap sangat berkesan dengan kehadiran barut moden.




Mungkin ramai yang dah tahu, tp pada umi Izz barut moden Babyumishop sangat membantu ibu-ibu ketika menyiapkan bayi selepas mandi. Ada pelbagai corak yang boleh didapati dan harga pula berpatutan kerana Babyumishop menyediakan pakej jimat untuk ibu-ibu semua.

Dapatkan di Babyumishop.com

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Khamis, 18 April 2013

Mealshake dan ESP hidangan hebat keluarga





Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Hari ini umi Izz ada masa sikit nak update blog.. Alhamdulillah.. So umi nak update cerita mengenai pemakanan si ibu dan anak, bapa pun boleh join sama so umi namakan pemakanan seisi keluarga demi kesihatan yang baik dengan izin Allah.

Kadang- kadang, bila ibu penat sepulang dari tempat kerja.. makanan yang dihidangkan dari air tangan ibu2 tentunya sesimple mungkin dan adakalannya ianya hasil air tangan kedai makan. =) Jadi, makanan yang berkhasiat mengikut kualiti yang baik untuk kesihatan tubuh badan seisi keluarga mungkin tidak secukupnya. Sebab itu badan terasa letih lebih dan lemah untuk bertindak.

Cadangan umi yang telah mengamalkan pemakanan suplimen seisi keluarga dari Shaklee bg mengekalkan kecergasan dan kesihatan optimum dengan pengambilan ESP dan Mealshakes. ESP membantu melancarkan pengaliran darah kerana jantung yang sihat dan pengambilannya di setiap pagi adalah santapan tubuh yang baik kerana memberi kesegeran dan kecerdasan kerana tubuh tidak akan berasa lapar.

Selain itu anda akan kelihatan bertenaga dan berseri kerana wajah anda akan kelihatan anjal dan menampakkan rias tenaga yang cukup sepanjang masa. Bukankan ia molek untuk kita?? 



Pengambilan Mealshake juga umi berikan kepada sibujang kecik umi iaitu double izz. Apabila mereka meningkat usia setiap tahun, pengetahuan mereka bertambah meluas dan akal mereka bercambah-cambah membuatkan mereka suka mencuba dan aktif sepanjang masa. Bagi sibujang sulung, apabila aktif bermain seharian.. pengambilan makanan juga berkurang. Malah kadang2 umi terpaksa berkejaran untuk menyuap makanan dimulutnya..hihi

So dengan pengambilan mealshake, mereka berselera dan dengan sendiri akan meminta nasi untuk dimakan. Alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah. Danish semakin berselera dan pengambilan makanan seimbang juga mudah diberikan kepadanya.. Danial??? Alhamdulillah, danial selera orangnya hihih..

So kalau ada sesiapa yang susah hati tentang pemakanan family dan susah hati dengan anak yang susah makan, boleh hubungi umiIzz untuk dapatkan Mealshake.. Yang kat bawah ni, order dari ibu mengandung di terengganu.. =) Yang ESP utk ibu preggy tu dan MEalshake utk ayahnya..



Sekian, semoga semuanya indah-indah belaka.



Salam sayang dari,


gif creator
gif creator