PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 23 April 2013

(Velcro Baby Binder) Barut Moden Babyumishop


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Korang tengah buat apa? Alhamdulillah, umi izz diberi kesempatan hari ini untuk menaip bait2 ayat yang boleh dikongsikan. Bukan mudah nak mengambil masa ni, banyak kerja yang perlu disettlekan namun umi Izz  cuba juga nak share dengan korang.

Sekarang ni, semua dah mudah.. Kalau dulu, nak jimat ibu-ibu memilih lampin kain untuk sikecil, sikecil pun sihat tak terlibat dengan bahan kimia. Namun, kalau dipikir2kan.. siapa yang sanggub nak tahan membasuh lampin kain setiap jam, malah kalau sekali baby buang air kecil tentu banjir ditempat sikecil. Malah perlu mengambil masa untuk melipat bagi membentuk lampin sikecil.

Namun sekarang lebih mudah dan praktikal. Nak elakkan baby dari bahan kimia disamping berjimat, ibu-ibu boleh memilih lampin moden yang telah direka khas untuk sikecil, lebih mudah lebih selesa dan sangat selamat.

Sememangnya mudah begitu juga dengan barut, sekarang ni.. tak ramai ibu-ibu yang gemar membarut bayi. Paling lama pun bayi berusia 2bulan kemudian ibu-ibu pasti tidak mahu membarut bayi kerana difikirkan leceh kerana perlu mengikat dan kadang2 terlerai ikatan.

Tidak mengapa, di Babyumishop.com ada penyelesaiannya. Babyumishop menyediakan barut moden yang direka khas buat bayi baru lahir hingga berusia 6bulan. Dengan menggunakan kain kapas @ Cotton lembut yang menyerap peluh dan tidak panas juga tersedia dengan corak menarik, barut moden menggunakan pelekat velcro bagi memudahkan ibu-ibu menyiapkan bayi. Fungsi  barut yang membantu mengelakkan bayi dari kembung perut dan dapat mengelakkan bayi dari sejuk dada dan perut apabila meniarap sangat berkesan dengan kehadiran barut moden.




Mungkin ramai yang dah tahu, tp pada umi Izz barut moden Babyumishop sangat membantu ibu-ibu ketika menyiapkan bayi selepas mandi. Ada pelbagai corak yang boleh didapati dan harga pula berpatutan kerana Babyumishop menyediakan pakej jimat untuk ibu-ibu semua.

Dapatkan di Babyumishop.com

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

0 comments: