hohoho, selamat pagi dan assalamualaikum.. ari ni nampaknya semua da start keje dan jalan sangat jem pepagi ni.. harap2 semua da ada mood la nak wat keje memandangkan mb ada lagi yg masih mood bercuti macam umidanish.. hehe
Eh, tajuk lain.. cite lain, apekes?? itu mukadanish eh mukadimah je.. sebenarnya????? hehehe.. ni nak share sikit.. selalu buat chicken chop, tak hamik gambar pasai bila jadi tak dan hias bagai.. abidanish da ngap dulu.. tapi kali ni, sempat plak umi amik gambar untuk share2 resepi simple umidanish.. ok, jom tengok resepi simple umi..
Black Papper Chicken Chop Umidanish
Bahan-bahannya
- Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
- Tepung seasoning (umi guna tepung KFC adabi) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
- Telur
- Sebuk lada
- Garam
- Minyak untuk menggoreng (seeloknya guna planta untuk aroma yang lebih menyelerakan)
Cara-caranya:
1. Ayam yg telah di debond tu.. kalau korang rajin, debond la sendiri tapi umidanish beli yg da siap dibuang tulang2 tu so senang keje umidanish yang beranak kecik ni (cis..macam anak sepuluh pulak) perapkan dengan serbuk lada dan garam mengikut citarasa anda, kalau nak pedas buh lebih tp kalau tanak sebab rasanya black paper pun da pedas kot kan??? perap dalam masa 10 minit..
2. Pastu amik sebiji telur dan pukul telur hingga putih dan kuning telur sebati, ambil ayam yang telah diperap tadi dan celupkan kedalam telur yang telah dipukul tadi.. celup hingga ayam di saluti telur keseluruhannya.
3. Seletah dicelup kedalam telur, sila gaulkan ayam tadi kedalam tepung seasoning pilihan korang, macam umi.. umi guna tepung adabi je.. sebab selalu nya guna tepung RFC HPA tp tepung tu kehabisan stok plak.. hoho ratakan sehingga salutan tepung penuh menutupi ayam tadi..
4. Panaskan planta didalam fryer Tupperware.. (harus sebut).. masukkan ayam yang telah disaluti tepung tadi kedalam fryer dan goreng hingga masak.. pastikan minyak/planta jangan terlalu banyak bagi mengelakkan ayam itu terlalu berminyak (lebih kolestrol plak kang..hihihi)
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)
Bahan-bahan
Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara membuat sos.
1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air ikut citarasa sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam dan kepekatan yg kita nak.
3. Sos lada hitam dalam botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak nak asam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, umidanish tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
5. Potong mendadu bawang besar, masukkan ke dalam periuk. [kalau nak tambah hirisan cili pun bole utk lebih pedas tp umi tak letakla.. tak mo pedas sangat..sbb takleh makan pedas =( ]
7. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Letakkan garam dan gula secukup rasa..
Add On
TAmbahan untuk mencantikkan lagi dan melazatkan lagi chicken chop ni wajib ada funfrise (yang ni wajib ada sebab faberet danish, mayonnaise, hirisan tomato dan daun salad.. whipped potato dan coleslow tak dan buat.. hahah..
jom layan gambar..
very simple tp seronok sbb abi dan danish sangat2 suka..
itu saja untuk kali ni.. lengkali umidanish akan bagi resepi grill chicken chop plak erk, hehehe... selamat berkerja..
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..