Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..
Hai semua..
Jumpa lagi harini.. gagahkan diri nak try menulis balik tapi tulah, banyak masa tak mengizinkan.. actually kerja kat opis ni banyak sangat sampai xde masa dah untuk diri sendiri. Sedihkan..
Moga Allah mudahkan urusan umiIzz selalu kan.. bagus juga bizi sebenarnya takla terlalu rindu teringat arwah ayah.. walaupun dah setahun berlalu tapi senyuman ikhlas beliau tak pernah luput diingatan.
Kebaikan beliau tak pernah xada.. Kenapa beliau terlalu baik, sampai umiIzz tertanya-tanya begitu. Bukan tak bersyukur dapat seorang bapa yang baik tapi sebenarnya umiIzz belum puas berbakti pada beliau.
Alfatihah buat arwah tersayang.
Wahai Allah,
Berilah syurga buat arwah ayahku kerana dia terlalu pengasih dan penyayang..
Kasihnya adalah melebihi segalanya dan Kau kasihilah beliau melebihi kasih sayang beliau pada kami..
amin..
CikIzzLynn aka UmiIzz..
Beauty Consultant
UmiIzz ; Izzlynn
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Isnin, 15 Oktober 2018
Rabu, 3 Oktober 2018
Perginya Ayah tercinta.. Alfatihah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..
Lama juga tak sharing dalam blog kesayangan ni.. almaklumlah.. dah terlalu Bizi dengan kerja hakiki dan kebizian melayan tiga putra dirumah..
Jadi kesempatan ini umiIzz nak share cerita berkenaan permergian arwah ayah kesayangan umiIzz tahun 2017, ya dah setahun berlalu baru diberi kekuatan untuk berkongsi cerita.. Perginya malam jumaat dua minggu syawal. Perancangannya dan permintaannya Allah makbulkan. Ingat lagi masa umiIzz remaja arwah kata beliau kalau boleh nak pergi bertemu Illahi dengan mudah tanpa menyusahkan sesiapapun. Selalu ayat itu yang diulang. Dan Allah tunaikan saat beliau pergi insyAllah dalam keadaan khusnul khotimah dimana beliau tidak sakit, baru lepas membaca yasin masa magrib tu..
Arwah memang rajin mengaji lepas waktu magrib, kami dididik membaca alquran setiap waktu magrib. Jadi hari itu 6 Julai 2017 waktu siang mak kata arwah mengaji yasin didepan, hari itu mak sayu tak tahu kenapa..
Mak kata beliau lari ke bilik menahan tangisan, tapi arwah macam perasan, lalu bertanya kenapa.. arwah mengaji Yasin dalam keadaan sayu sangat mak kata.. syahdu sangat.. lepas tu mereka sempat bergurau sambil mak menyuapkan ayah roti cecah air milo.. itulah suapan terakhir mak. mak sempat layan arwah ayah sebaiknya sebelum pemergiannya.
Magrib itu, lepas solat magrib arwah ayah baring disofa rehatnya. Adik yang bongsu duduk dihadapannya sambil membaca surah yasin seperti biasa. Disangkakan arwah tidur.. Rupanya arwah membaca bersama kerana sempat beliau menegur bacaan adik yang tak berapa betul panjang pendeknya. Ya, beliau menghafaz dalam hati waktu itu..
Malam itu juga marhaban sedang berlangsung dari rumah kerumah memandangkan bulan itu bulan Syawal. Mak tanya arwah nak buka pintu bagi masuk ke, ayah kata tak perlu lah tahun ni sebab ayah nak rehat rasa macam nak rehat sahaja. Jadi mak turuti.. Dalam lebih kurang jam 9 malam mak nampak ayah lau, tangan arwah jatuh perlahan-lahan. Mak panggil adik bongsu umiIzz dan adik yang no tiga, untuk dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan lebih kurang 8minit dari rumah.
Sampai sana sedang doctor cuba memberikan khidmat, ayah pergi selepas beberapa kali adik membisikkan kalimah Allah. Beliau pergi selepas meninggalkan pesanan pada adik yang bongsu dalam minggu itu, beliau pergi selepas selesai menegur bacaan Yasin adik.
Dan beliau pergi selepas umiIzz pulang beraya dan masakkan makanan bermacam-macam untuk beliau. Ingat lagi hari itu umiIzz masakkan beliau behun soto. Alangkah beliau menikmati dengan tekun dan umiIzz memerhati bersungguh beliau menikmati. Memang tak tau kenapa rasa macam nak masak macam-macam raya tahun tu untuk beliau. Memang terniat dalam hatini dah.. Rupanya itulah kali terakhir beliau menjamah masakan umiIzz.
Dan kepulangan umiIzz ke KL juga sempat umiIzz mengingatkan agar jangan lupa datang kemajlis kenduri akikah anak-anak umiIzz.. beliau hanya menjawab InsyaAllah.. tapi hatini macam rasa beliau tak datang dan sekali lagi umiIzz pesan, datang ye ayah, jangan tak datang.. Rupanya beliau memang xdapat datang..
Sekarangni, hilanglah tempat mengadu umiIzz. Ya, dialah tempat umiIzz mengadu dan menumpang manja dari kecil. Memang terasa sangat bila beliau taida lagi.. Semuanya tak terluah dan terpendam dihati..
UmiIzz doakan agar arwah dikasihi Allah, dan mendapat kebahagiaan disana.
Wahai Allah, kasihilah bapaku melebihi kasihnya kepada kami semua..
Terima kasih ayah, kerana ayah terlalu baik pada kami, terima kasih ayah kerana ayah terlalu sayang kami dan terima kasih ayah kerana mengajar umiIzz mengaji. Terima kasih untuk semuanya ayah.. Along sayang ayah dan teramat rindukan ayah..
Dalam kenangan..
Haji Suliman bin Abdul Jamil
02.01.1950 - 06.07.2017
UmiIzz..

Langgan:
Catatan (Atom)