PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 3 Oktober 2018

Sambungan Kisah Puteri Kesayangan Baginda : FAtimah Azzahra Part 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim

UmiIzz nak sambung cerita berkenaan Puteri kesayangan baginda iaitu fatimah Azzahra.. Kisah sebelum ini boleh tengok di sini



Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya : ‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah.’ Dengan itu, Fatimah dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah. Umur Fatimah pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun.

Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu. Sempena perkahwinan tersebut, Rasulullah diriwayatkan telah menghadiahi Fatimah dan Ali dengan sebuah katil kayu yang dililit dengan daun pokok tamar, cadar baldu, sebuah bantal kulit yang diisi dengan pelepah tamar, sebuah karung kulit, sebuah tembikar, sebuah karung air dan penggiling untuk mengisar gandum.

Fatimah meninggalkan rumah bapanya buat kali pertama untuk memulakan kehidupan bersama suaminya. Rasulullah s.a.w. yang pastinya mengambil berat terhadap anaknya Fatimah telah mengutuskan Barakah mengiringi Fatimah dan membantunya. Barakah memainkan peranan penting dalam membantu Fatimah dalam menghadapi waktu-waktu kesulitan. Baginda Rasulullah telah berdoa untuk mereka : ‘Ya Tuhanku, berkatilah mereka kedua, berkatilah rumah mereka dan berkatilah anak-anak mereka.’ Di rumah Ali yang kecil hanya terdapat sehelai kulit kambing sebagai tempat tidur. Di pagi selepas hari perkahwinan tersebut, Rasulullah pergi berkunjung ke rumah Ali lalu mengetuk pintunya.

Barakah menjawab ketukan pintu dan Rasulullah pun berkata kepadanya :‘Ya Umm Aiman, panggilkan saudaraku.’ ‘Saudaramu? Dia itukah yang mengahwini anakmu?’ Tanya Barakah yang seolah berbunyi : ‘Mengapakah Rasulullah menggelar Ali saudaranya?’ (Baginda menggelar Ali sebagai saudaranya kerana baginda dan Ali dihubungkan dengan tali persaudaraan sebagaimana seorang Ansar dan Muhajjirin dipersaudarakan selepas peristiwa Hijrah.) Rasulullah mengulangi kata-katanya dengan suara yang lebih tinggi. Ali pun datang ke pintu dan Rasulullah telah berdua meminta kerberkatan dari Allah kepadanya.

Kemudian baginda memanggil Fatimah. Beliau datang dengan penuh segan silu lalu berkata Rasulullah kepadanya : ‘Aku telah mengahwinkan engkau kepada ahli keluargaku yang paling aku sayangi.’ Kata-kata Rasulullah ini bertujuan menenangkan hati Fatimah. Beliau bukanlah sedang memulakan kehidupan baru bersama seseorang yang tidak dikenali tetapi dengan seseorang yang telah membesar bersamanya, seseorang yang merupakan orang paling awal memeluk Islam pada usia yang sangat muda, seseorang yang terkenal dengan semangat yang tinggi, keberanian dan ketakwaannya, seseorang yang digelar Rasulullah s.a.w. sebagai ‘saudaranya di dunia dan di akhirat.’ Kehidupan Fatimah bersama Ali tidak dihiasi dengan kemewahan, sama seperti kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w.


Dari segi keselesaan material, kehidupannya serba kekurangan dan kesempitan. Sepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Ali tetap miskin kerana beliau tidak berusaha mengumpul harta kekayaan. Fatimah merupakan satu-satunya di antara adik-beradiknya yang tidak berkahwin dengan suami yang kaya. Bahkan, boleh dikatakan bahawa kehidupan Fatimah bersama Ali lebih sukar berbanding kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya, di rumah Rasulullah sentiasa ada orang-orang yang sedia membantunya menajalakan tugas-tugas harian. Namun kini beliau harus menguruskan tanggungjawabnya sendirian. Sebagai sumber pendapatan, Ali bekerja sebagai pengangkut air manakala Fatimah pula mengisar gandum. Pernah suatu ketika Fatimah berkata kepada Ali : ‘Aku telah mengisar gandum sehingga tanganku luka-luka.’ ‘Aku telah mengangkut air sehingga dadaku sakit,’ kata Ali lalu mencadangkan kepada Fatimah : ‘Allah telah memberkati bapamu dengan beberapa orang tawanan perang, pergilah kau kepadanya dan mintalah agar dia memberikan seorang pembantu kepadamu.’



Dengan hati yang berat, Fatimah telah menemui Rasulullah yang berkata kepadanya : ‘Apa yang telah menyebabkan kau datang kemari, wahai anakku?’ ‘Aku datang dengan doa kesejahteraan buatmu,’ kata Fatimah, yang menjadi kelu sebaik berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. ‘Apa yang telah engkau lakukan?’ Tanya Ali sebaik sahaja Fatimah pulang dari rumah bapanya. ‘Aku terlalu malu untuk meminta kepadanya,’ jawab Fatimah. Maka kedua mereka pun pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan permintaan itu. Namun Rasulullah merasakan lebih ramai lagi orang lain yang lebih memerlukan dari mereka. ‘Aku tidak akan memberikannya kepada kamu,’ kata baginda, ‘dan membiarkan ahl as-Suffah (golongan miskin yang tinggal di masjid) dalam kelaparan. Aku tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menyara mereka….’ Ali dan Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan hampa.


Namun begitu, pada malam tersebut ketika mereka sedang tidur, mereka mendengar suara Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk masuk ke rumah mereka. Mereka bingkas bangun untuk menyambut baginda namun Rasulullah berkata : ‘Duduk saja di situ,’ lalu baginda duduk bersama mereka. ‘Mahukah kamu sekiranya aku mengajar kamu sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau minta dariku?’ Tanya baginda yang dijawab ya lalu baginda berkata lagi, ‘Jibrail telah mengajarku, hendaklah kamu berkata “Subhaan Allah – Maha suci Allah” sepuluh kali selepas setiap solat, dan “al-Hamdu Lillah – segala puji bagi Allah” sepuluh kali dan “Allahu Akbar – Allah Maha Besar” sepuluh kali. Dan apabila kamu hendak tidak, bacakan setiap satu itu tiga puluh tiga kali. Ali sering berkata kemudiannya : ‘Tidak pernah aku lupa untuk mengucapkannya setelah Rasulullah s.a.w. mengajarkannya kepada kami.’ Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kepayahan hidup yang dialami oleh Fatimah. Di rumahnya sering tidak ada makanan. Pernah suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. berasa lapar.


Beliau pergi ke rumah isteri-isterinya satu demi satu namun semuanya tidak mempunyai makanan. Baginda kemudiannya pergi ke rumah Fatimah namun beliau jugak tidak mempunyai sebarang makanan. Apabila baginda akhirnya memperoleh sedikit makanan, beliau telah mengirimkan dua buku roti dan sedikit daging kepada Fatimah. Pernah juga baginda Rasulullah berkunjung ke rumah Abu Ayyub al-Ansari dan diberikan sedikit makanan. Sebahagian daripada makanan tersebut telah baginda simpan untuk diberikan kepada Fatimah. Fatimah jugak sedia maklum tentang keadaan Rasulullah yang sering ketiadaan makanan maka beliau juga akan membawakan makanan kepada baginda sekiranya beliau mampu. Pernah suatu ketika Fatimah membawa sedikit roti barli kepada Rasulullah dan baginda berkata : ‘Inilah makanan pertama yang dimakan oleh bapamu ini setelah tiga hari.’ Perbuatan-perbuatan baik terhadap bapanya itulah yang menggambarkan kasih saying Fatimah kepada Rasulullah dan baginda juga menyayangi Fatimah dengan sebenar-benarnya.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
 Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

0 comments: