PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 22 April 2014

Terima kasih pemilik tulang rusukku


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim

Berdirinya seorang lelaki adanya seorang wanita dibelakangnya yang menyokong kejayaannya. Bagi wanita pula, berjayanya seorang wanita itu adalah dari sokongan padu dan redha seorang suami. Bagaimanakah wanita itu berjaya dengan gemilangnya??



Alhamdulillah.. setiap sesuatu yang baik itu ada kelemahannya. Cuma cara kita mengatasi sesuatu itu perlulah cara yang baik dan berhemah. Suami saya dilahirkan dalam family bisness. Ibu mertua umiIzz seorang yg kuat berniaga, beliau juga seorang ahli Shaklee namun sekarang beliau tidak lagi aktif, umiIzz juga mengetahui serba sedikit shaklee dari beliau namun masa itu umiIzz tidak berminat berniaga lagi. Namun kecenderungan abiIzz bukanlah terhadap perniagaan. Namun, tidak disangka isterinya berbakat dalam bidang perniagaan, alhamdulillah..

UmiIzz memulakan perniagaan seawal danish dilahirkan, masa tu kecenderungan berniaga memang sangat membuak2 dan terhasillah Babyumishop Enterprise. Alhamdulillah hingga hari ini masih beroperasi. Waktu itu umiizz sangat-sangat suka dengan barang-barang bayi dan ibu. Termasuklah kesungguhan ibu menyusukan. Jadi setiap pemakanan yang dikatakan membantu penghasilan susu ibu lebih hebat, umiIzz gunakan dan kenalkan kepada kawan-kawan. Waktu itu, umiIzz kerap bercerita dengan kawan-kawan kisah penyusuan susu ibu dan berkongsi link website hinggalah terjumpa website seorang wanita yang gigih dan sekarang merupakan Upline umiIzz dalam Shaklee. Beliaulah yang rajin mengajak umiIzz berniaga shaklee.

Waktu itu, saya masih lagi bermain-main berniaga dalam product Shaklee (rasa rugi sangat-sangat) tetapi inilah jalan yang Allah tulis sekitar 2012 saya aktif dalam shaklee dibawah upline umiIzz iaitu Master Norita yang kami panggil Master N atau kak N.

Kak N aka Master N dan suami

Cantikkan? 16 tahun dengan shaklee sememangnya membuatkan beliau sangat jelita dan muslimah dermawan yang berjaya. (Ya Allah berilah umiizz pun sehebat beliau.. amin =D ..) Yang paling buat umiIzz gemar dengan kak N, beliau seorang yang tidak kedekut ilmu dan sering menurunkan ilmu mencari reseki dengan cara menjemputnya.. Malah kenal dengan beliau, umiIzz semakin seronok memberi tanpa berkira, alhamdulillah. Terima kasih atas semua ilmu yang banyak dikongsikan untuk berjaya. Inilah idola saya, seorang jutawan muslimah dermawan yang kental jiwanya.. malah selalu menjadi kebanggan suami beliau..


Oleh kerana suami umiIzz tidak berminat dalam bidang pernigaan, sedikit demi sedikit umiizz selaku siteri tercintanya memberikan pandangan yang baik tentang bisness. Alhamdulillah, beliau tidak membantah malah selalu menyokong dan membantu umiIzz dalam menguruskan perjalanan bisness umiIzz. Malah, beliau juga selalu menemankan umiIzz menghadirkan majlis ilmu anjuran Shaklee.

Kebaikkan penggunaan suppliment Shaklee terhadap umiIzz ketika melahirkan anak kedua sangat terserlah malah seluruh keluarga saya termasuk ibubapa, adik beradik, ipar duai dan anak buah juga mengambil pemakanan tambahan Shaklee kerana tahu ianya sangat membantu menambahbaikkan kesihatan diri. Siapalah umiIzz jika tidak mendapat sokongan dan redha suami sekarang ini, mungkin umiIzz tidak berjaya seperti sekarang dalam bisness Shaklee kerana tak menang tangan nak uruskan penghantaran dan ambil stok. Kesanggupan beliau membantu umiIzz ketika penghantaran area klang velley dan kadang-kadang beliau turut sama membuat pengeposan barang jika terlalu ramai yang meng 'order' barang - sebab umiIzz tak cukup tangan nak bawak ke pejabat pos.. tak kira hujan dan kesibukannya tetap setia membantu umiIzz..

Alhamdulillah Allah, terima kasih kerana memberikan umiIzz pasangan yang terbaik yang sanggub membantu dan mengizinkan umiIzz tidur lewat untuk membangunkan bisness umiIzz. Terima kasih juga buat pemilik tulang rusuk umiIzz yang selalu membantu dan memahami umiIzz. Terima kasih abiIzz yang sentiasa beri peluang uMiIzz meneruskan segalanya.

AbiIzz

Tips saya untuk mendapat kepercayaan suami dan keizinan suami untuk lebih maju dalam bisness adalah yang pertamanya.. utamakan beliau dalam segala hal. Keduanya kongsikan bahagian anda dari bisness yang anda jalankan bersama beliau dan minta banyak-banyak dari Allah SWT agar dilembutkan hati suami memahami anda sebagai seorang yang berkerjaya dan bisness women yang ingin lebih berjaya. InsyaAllah, betul jalannya, anda berjaya. Jadilah apapun tetapi suami dan Allah jadikan yang pertama dalam hidup anda... Isteri yang diidamkan suami adalah yang selalu berjaya dunia dan akhirat..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Jika berminat ingin menambahkan pendapatan sampingan atau menjadikan Shaklee sebagai bisness , jom join Group saya yang tengah berkembang mekar semekar ros merah.. PM umiIzz, uMiIzz bantu anda berjaya.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: