Bismillahirohmanirrohim
Sarapan pagi sangat penting kepada seseorang kerana membantu memberi tenaga dipermulaan hari anda beraktiviti. Begitu juga dengan bersahur ketika dibulan ramadhan. Mengambil makanan ketika bersahur digalakkan malah mendapat pahala sunat bagi yang mengerjakan sahur demi berpuasa dising hari.
Namun tidak semua orang sempat menyiapkan sarapan pagi yang mengandungi sumber zat penting dan berkhasiat. Ada yang langsung tidak bersarapan kerana tidak sempat. UmiIzz sendiri dahulu tidak sempat menyediakan sarapan untuk dimakan oleh suami dan anak-anak hanya bekalkan mereka untuk makan ditempat kerja dan dirumah pengasuh. Namun, sejak danish bersekolah tahun lepas, umiIzz pastikan anak dan suami umiIzz wajib bersarapan sebelum keluar rumah kerana itulah yang dilakukan oleh ibu umiIzz. Kami wajib bersarapan sebelum keluar dari rumah.
Pentingnya secawan mealshake
Namun, siapa lah umiIzz yang tidak pernah terlajak waktu.. Nak tak nak, mereka perlu alas perut sebelum keluar dari rumah. Jika terlewat, Mealshake la yang membantu. Hanya bancuhkan dengan Holick dan masukkan sesudu nestum, suami kata dia kenyang sampai tidak sedar tengahari dah kepetang kerana perut tidak lapar. Alhamdulillah, membantu abiIzz fokus dalam pekerjaan.
Begitu juga abang Izz, beliau jadi bertenaga, lebih fokus dan tumpuannya dalam pelajaran lebih dan cepat mengingati apa yang dipelajari hingga teachernya mengatakan terang sungguh hati abang izz. Alhamdulillah.. Bila anak boleh fokus dalam pelajaran, bukan kah itu yang membahagiakan umi??
Dan jika anda berpuasa pun, pentingnya bersahur kerana membantu anda bertenaga sepanjang hari.
1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
Jika masa anda hanya tinggal beberapa minit, maka sahur perlu juga diteruskan dengan mengambil minuman dan sekurang-kurangnya kurma. Pengambilan secawan Mealshake membantu anda kekal cergas dan aktif sepanjang tempoh berpuasa. Jadi, minuman melashake tidak susah dibancuh malah mengandungi multivitamin sihat yang membantu.
Pada umiIzz setiap ibu-ibu perlulah menyediakan se Jar Mealshake dirumah kerana membantu kaum ibu menyediakan sarapan hebat setiap pagi. Malah diwaktu bulan puasa pun, ibu-ibu juga tidak perlu membiarkan anak dan suami tidak bersahur dan keletihan kerana dengan mudah bancuhan mealshake mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Jika anda berminat untuk dapatkan melshake dari umiIzz, jom hubungi UmiIzz segera seperti yang tertera dibawah.
Beli Mealshake secara online melalui Shaklee?? Klik >> MEALSHAKE << sekarang!!
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan