PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 30 Jun 2015

Ramadhan Almubarak : Rumahku Syurgaku Part IV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Ahlan wasahlah ya ramadhan.. Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dibulan yang mulia iaitu ramadhan.. Hari ini hari ke 13 ramadhan, bagaimana puasa anda semua? Tentunya makin membara dengan ukhwah fillah berjemaah mengerjakan tarawih.. Indahnya bulan ramadhan apabila kita semua berlumba-lumba mengerjakan tarawih bagi menambah nikmat keyukuran kepadaNya yang menciptakan.

Alhamdulillah, sambutan kali ini masih membara, namun bila berbuka umiIzz didik anak-anak dengan hidangan yang sama pada hari biasa, tiada belanja berlebihan ketika berbuka puasa bagi mengelakkan pembaziran malah umiIzz ingin semai dalam hati mereka sifat bersyukur dengan nikmat Allah dan belajar menerima apapun rezeki dan nikmat dengan rasa gembira dan berterima kasih padaNYa yang maha memberi.

Si kecil yang pertama telahpun  mula belajar berpuasa sejak usia 5 tahun., tapi dalam pembelajaran ia menunaikan puasa, tiada paksaan malah umiIzz cuba tanamkan dalam diri mereka kerelaan dan kepatuhan menunaikan puasa di bulan ramadhan. Dan alhamdulillah diusianya menginjak satu tahun, beliau sendiri rela hati bangun sahur dan berpuasa dengan mudah, insyaAllah moga berterusan.

Usianya yang massih terlalu mudapada umiIzz tidaklah berapa tegas menggalakkan cuma tanamkan sifat beliau agar suka melakukannya. Yang penting sekarang ni, solatnya perlu umiIzz jaga agar beliau sukakan solat dan tahu solat itu makanan rohani yang perlu diutamakan dan wajib keatass khalifah Allah.

Alhamdulillah juga, rumah kami juga dalam proses pembinaan bagi membetulkan mana yang perlu dibaiki. InsyaAllah kita sambung lagi cerita di masa akan datang


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: