Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim
Pejam-celik, pejam celik dah seminggu berpuasa.. Minggu ke dua puasa, apa korang rasa? Teruja tak berpuasa tahun ni? Kami macam biasa, kesederhanaan yang dididik oleh ibubapa umiIzz, umiIzz tanamkan kedalam diri anak-anak dan suami turut setuju ikut sama. Alhamdulillah.. Tiada pembaziran dan perjalanan sahur anak-anak juga Allah mudahkan.
Alhamdulillah, minggu ke tiga puasa ini.. Walaupun sibuk dengan kerja di pejabat dan tugasan diluar waktu kerja tetap umi jalankan. Tempahan Cookies Chinta untuk anak yatim telahpun siap malah umiIzz bersyukur segalanya berjalan lancar.
Jadi bolehla umiIzz fokus pada tempahan aidilfitri nanti. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik untuk menyiapkan, cuma kemalasan tu tetap tak hilang., ada sikit-sikit lekat.. Allahuakhbar.. Mintak penyakit M ni berlalu la dalam hidup kita kan..
Yang atas ni Chocolate Chip Cookies.. Memula mereka nak M&M Cookies tp last minit minta umiIzz buat Chocolate Chip Cookies je,. UmiIzz layankan je sebab pada umiIzz asalkan anak-anak yatim itu gembira, umiIzz rasa syukur bahagia.
Namun, bila dah hantar tempahan ada penambahan, sayang nya.. dengan rasa berat hati dan kesedihan, umiIzz terpaksa menolak kerana jadual padat dan beliau beri tempoh untuk siap sebanyak 2hari satu malam,. jadi umiIzz tidak berkesempatan nak buat. Maafkan saya Allah kerana tidak meraikan lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kene amik pembantu untuk bantu menyiapkan tempahan sebegini.. InsyaAllah.. Moga Allah mudahkan.
Rumah pun masih lagi dalam penambahbaikkan tapi nanti umiIzz sambung cerita rumah kami ya..
Semoga setiap kerja yang kalian lakukan mendapat barokah dan dimudahkan Allah.
Selamat berpuasa.
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan