Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim...
Musim raya puasa dah pun berlalu, tinggal kita menunaikan ibadah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. Mesti ramai pula yang telah mula berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam ke -5.
Tahun ni, alhamdulillah.. sampai seruan sekali lagi untuk abiIzz menunaikan tanggungjawab nya menunaikan rukun islam ke-5 disamping menjalankan amanah membantu jemaah lain menunaikan rukun islam ke-5 dengan sempurna.Tiga tahun menolak untuk bertugas di sana kerana kehadiran si kecil adik Izz, peluang kali ini sangatlah menterujakan abiIzz.
Namun keterujaan juga tetap mengingatkan beliau akan tanggungjawab yang dipikul disana. Tanggungjawab tersebut digalas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi agar jemaah tahun ini menerima keselesaan beribadah disana. Alhamdulillah, perjalanan kesana dimudahkan dan selamat sampai di Madinah.
Ramai sungguh jemaah ke sana.. imam.. bilal dan jemaah lain serta petugas tabung haji lain semua bertuah kerana dipilih Allah untuk kesana. Bukan mudah untuk kita terpilih kesana, kerana semuanya telah diaturkan oleh Allah untuk kita.
Masa menghantar abiIzz aritu, double Izz ikut sama.. Mereka tahu abiIzz nak ke Mekah.. punyalah teruja mereka teruja dengar AbiIzz nak ke Mekah.. kalau nampak Kaabah di televisyen, beliau akan teruja memberitahu abi ada di sana.. Seronoknya abi di sana..
Alhamdulillah, senang hati umiIzz..
Masa pulang dari menghantar tu pun, adik Izz bertanya kenapa abi kene pergi ke Mekah??
kemudian dia jawab, sebab abi nak cari duit ke??
Umi senyum..
Abi pergi kerja di Mekah sebab abi ditugas Allah menjadi penyambut tetamu Allah..
Adik Izz pun jawab..
OOoo penyambut tetamu Allah..
Umi sambung lagi..
Iya, abi bantu jemaah lain menjalankan rukun islam ke-5..
adik kat sini dengan umi kene jadi anak yang soleh.. dengan abang..
Dia mengangguk dengan Ok jawabnya..
Alhamdulillah..
Walaupun sedih, tapi umiIzz doakan semoga abiIzz selamat dan sihat di sana agar dapat membantu lebih jemaah yang lain.
Bergambar sebelum abi berangkat ke tanah suci..
abang izz dan abi
adik Izz dan abi
Teka Flight apa??
Posing dalam Flight untuk anak-anak tengok, sabar jelah
Berpusu-pusu ke masjid, Subahnallah..indahnya
Usai solat di Madinah.. Subhanallah indah pemandangan
Ziarah Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar
Tiba di Makkah Mukarramah
Usai Umrah Tamattuk..
Alhamdulillah
Solat jumaat pertama di sana waktu malaysia 6.00petang 28.8.2015
Bermulalah tugas amanah dan tanggungjawab beliau disana.. Gambar kiriman dari abiIzz untuk tatapan anak-anak tersayang..
Doakanlah agar abiIzz diberi hidayah lebih oleh Allah SWT dan dilindungi selalu. Kita hanya manusia biasa. Moga kita semua dalam lindungan Allah SWT selalu. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana hidayah Mu buat imamku.
Terima kasih atas doa kalian..
Sepanjang disana selama 2bulan, umiIzz sempat bekalkan Shaklee untuk menampung makanan tambahan ketika kesibukan dan tiada kesempatan untuk makan. Selain itu Shaklee juga membantu menambah baik kesihatan.
Bekalan Suppliment Shaklee:
Omega Guard
Vita C
Performance Drink
Vit E
Ostemetrix
Lecithin
Nutriferon..
Yang Last tu Cookies Chinta yang wajib..
Selain tu, abiIzz minta umi bekalkan sambal ikan bilis rangup, katanya nanti rindu nak makan airtangan umi.. erm.. yelah tu.. kat sana makanan semua sedap-sedap..kan.. hehehe
Apapun, semoga berada dalam keadaan sihat.. macamana pun kita, keadaan kita.. kesihatan amatlah terlalu bernilai. Kerana kesihatan yang baik membantu kita menjalankan ibadah dengan baik. InsyaAllah... Semua atas usaha dan izin Allah SWT
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan