PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 12 Disember 2015

Hari Lahir Abang Izz ke 7 Tahun ; 2015

Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirrohim..
Alkisah ulang tayang Cerita Besday Abang Izz.. Alhamdulillah, Allah Izin abang Izz dan kami sekeluarga bernafas dan panjang usia untuk meraikan hari kelahiran abang Izz.. Tiada majlis besar-besaran.. Hanyalah beberapa pelajaran anak-anak dari abi dan umi nya sebagai bekalan pengetahuan mereka akan datang.


Pada mulanya umiIzz dah berkira-kira untuk meraikan secara bersederhana namun teringat selalu sewaktu kecil mak dengan ayah akan buatkan umiIzz bubur merah putih ataupun pulut kuning untuk diagihkan kepada jiran tetangga.

Jadi datanglah idea nak buat goodies bag dan edarkan pada anak-anak kecil kawan-kawan umi dan abi. So misi mencari Goodies pun bermula.. Pergilah kami ke kedai borong..

Simple je..


Tak tahu nak letak apa tapi nak lain dari yang lain, umiIzz pun pilihlah ding dang.. Uit teringat zaman kami kecil-kecil dulu, ding dang sangat popular.. Nak pilih tora, goodies bag tu tak la besar sangat so sesuailah umiIzz isi ding dang. Dalam ding dang dah tak macam dulu hanya coklat bulat-bulat tu, sekarang ni ada biskut jejari yang bersalut coklat dan macam-macam lagi jenis makanan dan ada habuan mainan. Umi sangat memilih untuk memberikan isi didalam goodies bag tersebut dan berharap biarlah isinya sihat dan molek untuk dimakan.

Abaikan bersepah-sepah tu ye.. biasalah budak excited buat kerja

Masa nak packing gooding tu.. punyalah ustaz double Izz seronok tak terkata.. mana taknya melimpah jajan nak kene masukkan dalam goodies.. Maka bermulalah episod soalan betubi keluar dari mereka..

Jenuh juga nak terangkan bila adik Izz merajuk sebab nakkan besday goodies dan tanya mana dia punya pula.. aduhai sicomel-comel umi...

Umi terangkan pada mereka, akan datang adalah hari lahir abang danish, umi dengan abi buatkan goodies bag untuk berikan pada kawan-kawan abang izz dan adik. Supaya mereka gembira dan gembira itu berbalik ke anak-anak umi.

Abang izz dah faham tetapi adik izz masih tidak jelas. Tak apalah, semua tu kan pertama kali untuk mereka lalui walaupun tiap tahun umiIzz buat tanpa pengetahuan mereka. Goodies bag tu umiIzz agihkan kepada anak pengasuh dan rakan-rakan abang n adik izz juga ada yang umiIzz berikan pada anak-anak staff ofis umi dan abi.

Pada hari kelahiran tu, abiIzz belikan jam tangan untuk abang Izz dan macam biasalah.. si adik pun nak, dapat jugalah dia jam mainan baru. Tak apalah janji mereka gembira umi juga ajarkan agar mengucapkan terima kasih pada abi untuk hadiah dan lunch kegemaran besday boy kami sekeluarga..

Lunch Besday Boy di Hadramawt, Ampang
Feberet danish Mullawah


Oleh kerana lama tak balik rumah opah, jadi ahad tu usai je mengemas rumah apa yang patut, singgahlah kami ke rumah opah dengan kek beday abang izz dan KFC (tak sempat masak)..



Kek Panda Moist Coklat


Apapun, kami seronok menjamu semua orang, alhamdulillah.. Dalam tak tahu nak meraikan anugerah terindah Allah tu dapat juga kami menggembirakan abang Izz..

Abang Izz,

Dikelahiran mu..
Allah lenyapkan kesakitan umi..
Disaat-saat hampir tiba kelahiran mu..
Allah berikan kami kebahagiaan lebih..
Dikelahiran mu..
Allah gandakan rezeki umi dan abi..
Selepas kelahiranmu..

Abang Izz..

Kelainan mu, mencuti hati..
Kegirangan mu, buat umi dan abi tercuit hati..
Kamu mengajar erti kesabaran dan ketabahan..
Kamu mengingatkan umi tentang kelalaian dan kekurangan..
Doamu setiap hari usai solat kedengaran..
Buat umi selalu menitis air mata dalam hati..
Terima kasih untuk doa yang tulus itu.

Umi doakan selalu,
Agar Allah selalu dihati mu,
Agar sunnah nabi menjadi ikutan mu..
Agar kejayaan dan kebahagiaan selalu mengiri hidupmu..
Agar anak soleh mengangkat darjat mu disana..

Abang Izz..

Dikau teristimewa..
Moga umi kuat untuk membimbingmu..
Menjadi para solihin dan dikasihi Allah juga rasul..
Amin ya Allah.. makbulkanlah hajat semua ibu..

Semua ibu ingin anak-anak yang soleh dan berjaya..
Doalah agar Allah mudahkan jalan mereka dan kita..



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz : Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 

Salam sayang dari,



  gif creator
gif creator

0 comments: