PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 11 Februari 2016

Grill Pintu / Pintu Besi wrought iron atau besi biasa ; Yang mana elok?

Assalamualakum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alkisah, nak sharing dengan korang cerita umiIzz dan abiIzz pasang grill pintu a.k.a pintu besi. Sebenarnya tak tahu nak design apa tapi umiIzz suka yang simple-simple je..




Ok, nak share tentang pemilihan besi yang kita nak, ada dua jenis satu tu wrought iron dan satu lagi biasa.

Wrought iron atau besi tempa tentu merupakan istilah – istilah dalam pembentukan besi yang memiliki maksud sama. Besi tempa merupakan besi polos yang berbentuk kotak dan sudah mendapatkan perlakukan khusus sehingga mampu menghasilkan tekstur atau bentuk tertentu. Proses penempaan pada besi dilakukan ketika besi masih merah menyala. Proses penempaan dilakukan dengan cara dipukul – pukul. Kebanyakan, proses tempa dilakukan untuk membentuk besi agar sesuai dengan keinginan si pembuat.

Sewaktu besi masih berwarna merah membara ketika dibakar atau dipanaskan, masa itulah besi lebih mudah dibengkok – bengkokan. Besi tempa banyak digunakan dalam konstruksi besi. Biasanya besi tempa juga digunakan dalam pembuatan pagar perumahan. Dalam pembuatan pagar, proses menempa besi biasanya hanya untuk mendapatkan tekstur tertentu. Sedangkan pembengkokan besi dapat dilakukan dengan cara manual ketika besi dalam keadaan dingin.

Pembuatan tekstur besi dengan metode penempaan dapat dilakuan dengan tenaga manusia. Yang paling banyak digunakan sekarang ini adalah tektur buatan mesin karena jika buatan tangan harganya akan sangat mahal namun memiliki keunikan bentuk yang sangat khas.

Besi tempa biasanya mengandung 0,5 persen karbon atau kurang dari itu. Ciri khas besi tempa adalah keras tetapi mudah lentur. Besi ini tidak mudah dilenturkan berbeza dengan besi yang mentah. Besi tempa memiliki sejumlah kecil karbon sehinga jika ditajamkan dapat menjadi tirus namun besi tersebut juga akan cepat kehilangan ketajamannya.

Besi tempa masa ini memang cukup popular, terutama untuk  pagar – pagar perumahan ataupun bangunan komersial. Kerana besi tersebut melalui proses tempa untuk membentuk teksturnya, biasanya teksturnya akan kasar dan unik. Apalagi proses finishingnya juga cukup lama. Selain itu, harga besi tempa juga jauh lebih mahal daripada besi biasa karena prosesnya yang panjang untuk mendapatkan tekstur dan bentuk yang sesuai dengan keinginan. Konstruksi besi dengan bahan besi tempa memang selalu digunakan untuk berbagai macam keperluan. Selain pagar, besi tempa juga bisa dibuat untuk pintu, handrailing, dan keperluan – keperluan lainnya.

Ok, umiIzz pilih wrought iron untuk pintu rumah umiIzz.. Sebenarnya, pemilihan dibuat oleh abiIzz.. so umiIzz ikut je sebab banyak sangatlah pulak nak memikir jadi biarlah abiIzz yang uruskan pemasangan grill rumah kami.

Tempahan memakan masa seminggu bergantung kepada jumlah oder yang kita buat. Buat masa ni, kami pasang bahagian yang tidak berbesi lagi. Yang lain kekalkan dan akan digantikan kemudian. Jom layan gambar..






Alhamdulillah, kami sentiasa ucap kesyukuran untuk semua yang terjadi dan tiada daya upaya kami jika semua ini tidak ada izin dari Allah. Kepada sesiapa area klang velly yang nak dapatkan perkhidmatan grill/ pintu besi bolehlah menghubungi kami.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: