PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 20 Februari 2017

besday danial 5tahun

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, tahun 2017 disambut dengan kek pertama untuk anak kedua umiIzz.. Saja suka-suka buat hari lahir di sekolahnya.. jadi umiIzz masakkan Danial Mee Goreng Mamak dengan sebiji kek kami hantar ke kelas danial..

Punyala dia terkejut dan senyum sampai ke telinga.. Sebab dia sebenarnya tak tahu haritu besday dia.. cuma macam terhidu-hidu je nak makan kek dan minta umiIzz lukiskan gambar kek.. Dan dalam tak merancang awal umiIzz masakkan mee goreng mamak, belikan kek dan hantar ke kelas beliau. Jom layan gambar..


Kek Izz Danial, abi belikan ni nampak comel kan hihihi

bersama kawan-kawan meraikan

post paling hensem la konon

Makan bersama-sama

Ermm jam kesayangan tu tak pernah tinggal ye..

Hahaha.. mintak umiIzz lukiskan gambar kek sebelum ke sekolah.. dan ini lah hasilnya.. sila jangan muntah ye, umiIzz tak pandai melukis hihih.. lama tak melukis

Yang ni kek hadiah dari abg danish untuk danial.. Kek Indulgent turkish.. sedap umi makan..



Hadiah coloring book  dari aband danish, pandai juga nak belikan adiknya hadiah.. tq abg danish..

Umi melayan, lukiskan kek budak danial ni... 

Sambut besday time cuti berpantang dan kebetulan pantang dah habis.. boleh la melayan apa anak nak kan..

Buat Izz Danial, umi doakan moga kamu menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat.
Amin



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: