PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 21 April 2017

Memperkenalkan New Izz Dalam Family UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. Allah izin UmiIzz coretkan sesuatu untuk kenang-kenangan anak cucu cicit ehh.. berangan sudah.. hihi yelah untuk kenang-kenangan mereka nanti.. Welcome my New Izz.. Alhamdulillah..

Kalini namanya darwisyh dan mudah-mudahan akan menjadi seperti namanya kelak.. InsyaAllah.. Sepanjang mengandungkan beliau, semuanya dimudahkan.. Kalau sikit-sikit mabuk tu biasalah kan.. Lumrah orang mengandung.. hehe

Tapi jangkaan doctor baby akan lahir hujung tahun tu meleset bila Allah izin beliau lahir bulan November iaitu bulan yang sama kelahiran abinya.. so jimat nanti boleh share kek ye sayang hihihi..

Tak tahu nak cakap macamana tapi semuanya macam sekejap.. tempoh sakit yang singkat masa dalam labour room pun buat umi rasa bersyukur sangat-sangat.  Dan kalau nak tahu, malam masa nak melahirkan darwisyh ni, umiIzz tak boleh tidur dan habis satu rumah la umiIzz kemas bersih.. Boring pulak sebab pejam mata tanak tidur kan hihih..

Rupanya nak sambut orang baru..

Apapun umi bersyukur sangat-sangat.. Ujian demi ujian Allah samada suka duka sepanjang mengandungkan beliau umiIzz dapat lalui dengan tabah walaupun ada emosi sikit.. Almaklumlah ibu mengandung ni agak emonya tak berapa stabil tapi umiIzz cuba syukur dan ingat Allah selalu..

Jom layan gambar budak paling comel ni.. Lahir paling kecil antara abang-abangnya dalam 2.89kg sahaja hari rabu lebih kurang jam 215 petang.. Memang Allah mudahkan jalan.. Pagitu tak delah rasa sakit sangat.. just macam rasa ye tak ye jekan.. Abi pun patutnya pergi jaga kursus tapi batal dan nampak dia memandu dengan sangat nebes hihih.. tapi umi releks lagi sebab cakap kat abi.. umi masih tak sakit..

Sakit ketara nak melahirkan adalah masa betul-betul saat nak melahirkan.. Ya yang tu memang tak menahan Allah je tahu.. cuma syukur duduk dalam labour room pun tak lama..

Semoga kehidupan anakanda Darwisyh dimudahkan Allah sepanjang hayat.. 




Hari ke ketiga selepas dilahirkan

Dalam pantang


Masih dalam pantang


Habis pantang.. besar betul menguap ye nak,... hihihi

Inilah budak yang buat umiIzz suka tengok barang kemas kuikuikui.. sampai terjual jugala beberapa utas gelas emas kat cutomer yang berminat membeli.. Test adik boleh tahan ye.. pepagi dah intai-intai barang kemas..

Dalam pantang boring nak buat apa.. bagi umi layan product kecantikan pulak ye dik.. ha nanti doakan umi success tau.. Oklah... jumpa lagi

Pengedar Sah
Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator



gif creator

0 comments: