PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 26 September 2012

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum,

Harini opis umi ada buat potluck.. so dalam fikiran ni teringat nak buat oreo cheese cake.. Hehehe, bakat terpendam ni.. So umi try resepi simple ni.. Umi dapat dari adik ipar umi.. Dia memang rajin memasak.. so belajar la dari dia..

Umi start buat Oreo Cheese Cakes ni dari jam 10.30mlm seperti biasa selepas danish n danial tdo.. Yelah kalau ada diorg karang tak jadi pulak oreo cheese cake jd la oreo putar jilat celup si danish.. kekekek.. tapi masa buat tu jeling2 gak kot diorg bangun, sebenarnya seronok buat bersama2 tp dikuatiri danial akan terjaga dek kerana mulut abang danish yang meriah, so umi fikir lebih baik bg dua2 tdo kerja pun cepat.

Jom layan resepi..

Gambar ketika sedang diputar

Bahan Dasar:- (umi guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*umi guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*umi guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*umi guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*umi bubuh 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*umi bubuh letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*umi bubuh 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*umi letak 20 keping) (*yang inni kalau taknak letak pun takpe..
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*umi lapis atas kek tu dengan topping coklat )

Gambar apa tu? mana Oreo Cheese Cakes tu??? Minta maafla kawan2, umi lupa nak snap gambar2 lain dek kerana kejar masa.. gambar atas tu setelah dipotong2 oleh member umi masa sesi menghabiskan potluck yg dibawa ekekekek...

Sekian dulu n jumpa esok =)

Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni..

gif creator

Isnin, 24 September 2012

Curi Masa untuk Merdeka Raya




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi2 lagi sebelum memulakan tugas umidanish cuba curi masa sikit utk berblog.. Harini nak simpan beberapa gambar anak-anak untuk penghias blog umi..

Anak da dua ni memang berubah jugala rutin harian umi, (owh ohh org lain lg ramai anak kan kan kan?) Umi da macam kembar pun ada jadinya, sebab bila si adik nak menyusu si abang dengan manjanya pun nak susu.. adei kalau kurang sabar memang la bole hangin satu badan.. tp sabar juga la sebab mereka kan anak2 kita.

Ni masa merdeka raya, aritu.. terbaik la danial tak meragam alhamdulillah.. Kalau ikut hati memang tak kuasa nak berpanas2 dengan anak kecil dikendong.. tp memandangkan abi bertugas dan memerlukan kamu untuk turut serta, ikutkan je la dan umi niatkan dalam hati hari itu umi nak tunjukkan anak-anak ramainya orang berkumpul untuk meraikan hari merdeka..  Danishla paling seronok, Jom layan gambo

Ni kat dataran merdeka la ni.. adik pun nak kibar jalur gemilang jugak

Eh eh.. ni bukan makanan sayang..

Abang danish dengan jalur gemilang..

hehehe 3hero dengan heroin jd cameragurl..kihkihkih

okla akhirnya post ni dipublish petang plak.. sory kengkawan.. ada odit iso sgt bz..babai
Salam sayang dari,

 Jom Klik banner ni..
gif creator