PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 19 Disember 2012

Hari Lahir Danish dengan Ulang tahun UMI+ABI

Assalamualaikum WBT
Bismillahirohmanirrohim..

Curi masa nak post entry tarikh2 penting dalam hidup umi.. Alhamdulillah Allah masih beri nafas untuk umi melihat keindahan pembesaran anak2 dengan pelbagai ragam.



Tanggal 12.12.12 genapla usia danish 4 tahun... dan kematangan nya terserlah dengan kepetahan percakapannya yang cuba menyusun atur ayat untuk berkata2.. lucu kadang2 rasanya bila mendengar dia cuba mengunakan perkataan yang baru didengar dan dipelajari. =)













Alhamdulillah juga Allah beri kesempatan untuk kami meraikan majlis hari lahir beliau, majlis nya berlansung cukup sederhana dengan dihadiri ATOK (ayah umi) adik bongsu umi dan juga sedara terdekat sebelah abidanish. Majlis dijalankan di rumah mertua umi.. Terima kasih mama..


Terima kasih kepada yang sudi hadir dan mengaminkan bacaan doa ayah umi untuk kami sekeluarga.. Selesai upacara pemotongan kek, kami memotong kek kedua iaitu kek ulang tahun perkahwinan kami.. pejam celik pejam celik.. da 5tahun usia perkahwinan kami... Dengan pelbagai dugaan yang Allah berikan sebagai pemanis asam garam kehidupan berumah tangga, syukur masih diberi keberkatan olehNya untuk bersama..


Hidup takkan indah kalau tiada cabaran dan kita tak kan tahu untuk bersyukur dan bersabar kalau Allah tak beri dugaan.. Semua itu mematangkan perjalanan hidup kita sebagai hambanya.. =)

Namun jangan lupa.. amalan zikir2 dan solat sunat sebagai dinding untuk rumah tangga itu berdiri kukuh.. Mohon padanya, moga Allah melindungi kita semua.. =)


Ok kengkawan.. umidanish ada kerja nnt sambung lagi ye



Salam sayang dari,


gif creator

Cabaran hujung tahun

Assalamulaikum WBT

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah berkesempatan menulis disini. Terbaca beberapa komen sahabat maya tertanya2 kemanakah menghilangnya umidanish..

Umidanish ada disini cuma tak berkesempatan mengapdet blog memandangkan kerja yang menimbun dan keadaan kesihatan diri dan anak2 yang tak mengizinkan..


Adik (yang bongsu tidak sihat dan terpaksa admited) Namun alhamdulillah syukur kepada Allah, berkat kesabaran menjaganya adik beransur pulih. Anak2 kalau sakit memang sangat2 menggelisahkan ibubapa bukan?? Bukan kerana mereka menyusahkan tetapi kita tak mahu malah tak sanggub melihat mereka menanggung sakit itu, tetapi percayalah.. sakit itu la yang mengajar kita erti sabar dan redha..

Saya ada terbaca post seseorang di FB.. "Taknak dah anak2 yang comel asalkan meraka sehat2 tak comel pun tak pe" Lebih kurang begitula maksudnya.. umi senyum dikala itu..


Allah uji kita bila2 masa, tak kiralah anak kita comel ke tidak.. Kalau katanya "Kun fayakun".. jadilah penyakit itu sebagai ujian kamu... Namun umi tetap bersyukur kerana umi tahu setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Sihat atau tidak anak2 itu tetap comel dihati umi mereka masing2, kerana mereka la permata hati kita.. So sebagai hambanya kita patut bersyukur dengan setiap apa yang kita ada.. =)

Ok, stop pasal sikecil, nak cerita pasal umi plak.. Sekarang ni sejak usia meningkat umi sibuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.. sibuk cemana pun diri kena utamakan.. sebenarnya dari dulu lagi umi dah titik beratkan kesihatan tetapi kali ini lebih lagi kerana umi perlu menjaga 3 Hero yang hebat2 dihati umi.. Jadi nak jaga mereka dengan baik perlulah menjaga kesihatan diri dahulu disamping itu kecantikan luaran dan dalaman juga akan turut sama terjaga. InsyaAllah.. Jika menjaga kesihatan diri dengan baik.. yang lain2 pun turut menjadi baik..

Sejak melahirkan anak pertama lagi, umi mengamalkan pengambilan suppliment tambahan daripada shaklee. So insyaallah jika berkesempatan umi akan share kan serba sedikit hasil pengambilan shaklee kepada badan kita..

Disamping itu juga, penjagaan wajah bagi kaum wanita amatlah diperlukan sebab sebagai isteri berhias untuk suami itu perlu, jaga penampilan wajah, diri dan akhlak.. Akhlak yang baik mencerminkan dalaman yang baik..

Jom kita layan bait lirik madah dari raihan ini, semoga menjadi khabaran berguna buat kita hambaNya

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Okla umidanish nak sambung kerja, nanti ada masa umi cerita lagi..

Salam sayang dari,

 


gif creator