PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 20 Mei 2015

Mencari cinta si Penjaga Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Malasnya nak menaip tapi perlu gagahkan juga. Terlalu sibuk hingga tak cukup masa untuk diri sendiri..MasyaAllah, moga terlebih masa untuk Allah. Sayunya hati ini bila masa kita semakin hari semakin singkat. Kita terlalu banyak mengejar keduniaan. Sayangnya dunia ini akan kita tinggalkan. Kenapa kita tak kejarkan akhirat yang memang jaminan kita adalah disana kelak?







Entry kali ini, umiIzz nak sharekan pada semua anak-anak gadis dan teruna yang meningkat remaja. Mungkin umiIzz boleh tujukan entry ni nanti buat anakanda umi akan datang.. Sapetahu usia kita lewatnya berapa. Jadi dengan penulisan berupa pesanan yang cantik ingin umiIzz kongsikan buat semua termasuk anakanda umi tersayang.

Pencari Iman nan Soleh wal Solehah..

"Kau bila nak kahwin?"
ㅤ
Pak imam mencuci kolah bersamaku.
ㅤ
Aku cuba jawab,
ㅤ
"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,
Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu
tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."
ㅤ
Pak imam menjelingku.
ㅤ
"Memilih sangat ni."
ㅤ
Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.
ㅤ
"Salah ke memilih, Mam?"
ㅤ
Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.
ㅤ
"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."
ㅤ
Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.
ㅤ
"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"
ㅤ
Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.
ㅤ
"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.
ㅤ
Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."
ㅤ
Aku berdiri sama.
ㅤ
"Apa dia?"
ㅤ
Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.
ㅤ
"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.
ㅤ
Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.
ㅤ
Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.
ㅤ
Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.
ㅤ
Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.
ㅤ
Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.
ㅤ
Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.
ㅤ
Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.
ㅤ
Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.
ㅤ
Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.
ㅤ
Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.
ㅤ
Kau faham?"
ㅤ
Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.
ㅤ
Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.
ㅤ
Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.
ㅤ
Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri,
ㅤ
"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." Baru sedia untuk nikah.......

Namun bila cinta mengaburi mata, semuanya dah lupa.. Moga anak-anak umi bertemu jodoh dengan para solehah.. amin InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com

Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Isnin, 27 April 2015

Perkongsian Tips Bagaimana Anda berjaya bersama anak soleh.. InsyaAllah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Lagi 4 hari meniggalkan April.. Bagaimana dengan prestasi kita dan anak kita? Anak-anak angureah Allah, bagaimana kita sebagai ibubapa memantau pergerakan mereka? Terbataskah atau bebas terbiar? Zaman serba canggih ni biasalahkan, kebanyakkan ibubapa mengejar kejayaan tanpa menoleh anak-anak mereka.. Tak ramai ibubapa yang memikirkan kejayaan anak-anak lebih penting berbanding diri sendiri macam ibubapa zaman dahulu. Betul ke? Ibubapa sekarang menaikki tangga seusaha keras untuk kejayaan dikatakan demi legasi keturunan diteruskan dengan senang lenang akan datang.. Betul ke? 


Pada Umi Izz, ada setengah nya betul.. ada sesetengahnya tidak.. Tak semua tapi ada juga.. Namun.. baik kita bersangka baik dan berfikiran positif.. dan berdoa agar kita sebagai ibubapa lebih pentingkan kejayaan anak-anak daripada kejayaan sendiri. Kejayaan kita akan berhasil bila kita melahirkan anak-anak yang cemerlang akhlak dan agamanya. InsyaAllah kejayaan dunia mereka akan seiring dan kita juga dibela hingga hujung nyawa usia kita.

Wah.. berbahas pula kan?? Daripada umiIzz terus menulis yang bukan-bukan yang akan menjadi viral, baik umiIzz bercerita tentang anak umiIzz yang sulung.. (*-*) Sejak sekolah rendah dan sekolah agama ni, nampaknya perkembangan beliau kepada tulisan jawi alhamdulillah..

Cuma, biasalah.. budak lelaki n danish ni kategori comel-comel lote tak galah panjang so ada sekali tu ada jugak peminat dia yang nak test ketinggian buang chewing gum atas rambut.. Allah, kesian anak umiIzz.. Rasa geram, mengucap panjang dan rasa bersyukur sebab anak kita tak buat macamtu,. Dalam hati umiIzz Allah je tahu..

Abg Izz dengan hati sedih campur takut terus peluk umi dan cakap, kawan dia bernama sekian-sekian yang buat pada dia. Namun apabila terserempak dengan guru kelas (sebab guru kelas danish satu blok kami cuma beliau di tingkat 3) abiIzz bertanya, hanya bertanya dan ingatkan nak minta tlg nasihat pada budak yang baik tu tapi malangnya cikgu tersebut putarkan cerita lain. Katanya Abang Izz tak bawak pensil setiap hari, walhal umiIzz sebagai ibu, setiap malam n pagi akan cek apa yang abang izz bawak ke sekolah dan apa yang dia akan bawak pulang ke rumah.. Pencil box tak pernah xberpensil dan saya tahu abg izz guna pensil tersebut.

Wahai guru, didiklah anak murid mu sebaik mungkin.. Jangan mengelak jika pertanyaan ibubapa ikhlas dan mereka cerita jika tak berasas. UmiIzz kesal juga disini. Tapi doa umiIzz xpernah putus untuk abang Izz. Belaiu juga cekap membina ayat dan cuba mengira dengan pantas. Kalau diberinya hafaz, memang cepat benar beliau ingat. Alhamdulillah, semua izin Allah SWT.

Pada guru tersebut, Umi Izz tak marah cuma sedikit kesal tetapi UmiIzz tak marah malah umiIzz doakan beliau agar beliau nampak amanah Allah dalam pekerjaannya. Akan datang, jika abang izz bertukar sekolah, umiIzz harap beliau dapat guru yang benar-benar ikhlas mengajar. Sebagai ibu tentunya kita tahu keikhklasan guru tersebut mengajar anak kita kan, sebab kita juga pernah menjadi anak murid.

Amalan baik yang selalu diamalkan oleh umiIzz untuk umiIzz kongsikan pada ibu-ibu untuk anak-anak,

1) Sabar; sebaik-sebaiknya tahan amarah (MasyaAllah)
2) Doa - amalkan surah alfatihah, ayat Kursi dan surah al Insyirah semasa anak baru tidur, bacakan dan hembuskan diubun-ubun anak
3) Sediakan sarapan pagi untuk anak-anak sekurangnya air minum dan sekeping biskut (air bancuhan adalah lebih baik kerana kita boleh bacakan fatihah dalam air tersebut sebagai santapan rohani anak-anak)
4) Peluk anak-anak yang baru pulang dari sekolah, hulur tangan kita untuk anak salam dan cium
5) Ajak solat bersama dan zikir bersama selepas solat.
6) Mengaji bersama
7) Jaga setiap rezeki yang dapat hasil yang baik



Semoga tips-tps diatas menjadi amalan kita. Anak yang lincah bukanlah anak yang degil tetapi mereka seorang anak yang cerdik dan berani menyahut rintangan. Didik mereka sebaiknya dengan disiplin solat dan selalu mengaji bersama walaupun hanya magrib dan isya sahaja kita bersama anak-anak tetapi itulah masanya. Itulah masa untuk bersama anak soleh yang terbaik (*-^) InsyaAllah

Bukan senang kan nak mendidik seorang anak soleh?? Tapi kita usahakan ke jalan Allah insyaAllah.. Allah mudahkan jalan dan beri bantuan.. Selamat mencuba.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


 Salam sayang dari,





gif creator
gif creator