PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 14 Julai 2013

Headband Baby comel-comel di Babyumishop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bismillahirrohmanirrohim.. Bulan puasa ni, sekejap je kan da masuk ramadhan.. Alhamdulillah diberi kesempatan berpuasa lagi tahun ini. Setakat ni masih berpuasa penuh.. =).. Korang macamana? Ada yang da tercuti? hihih

Kalau nak tahu, tengahari ni.. umi sedang membakar cookies.. alhamdulillah.. Pesanan Cookies tahun ni masih menggalakkan.. dan sambil menunggu oven panas, umiIzz sembang dulu di sini untuk satu makluman penting..

Kalau ibu-ibu dikuar sana nak dapatkan headband cantik2 dan ada diskaun aidilfitri untuk sicomel bertambah comel di pagi raya.. dapatkan di babyumishop.com.. Ada pelbagai warna dan design untuk si comel-comel..

Ni salah satu comtohnya :




Bayangkan la kalau duduk di atas mahkota sicomel?? Wauuu tentu cun.. hihi.. yang ni sangat terhad dan limited.. Ada lagi yang lagi cun tau nnt.. Jom cepat ke  link ini Babyumishop Baby Accesorries.

Apapun umiIzz nak ucapkan selamat berpuasa..

 Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Jumaat, 5 Julai 2013

Promosi Aidilfitri Portable Baby Car Seat Dibuka..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bismillahirrohmanirrohim.. Terima kasih diatas kesudian membaca coretan umiIzz. Alhamdulillah Ramadhan dan Syawal datang lagi. Dah tentunya kita mempunyai pelbagai perancangan yang untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai. Selalunya percutian yang memakan masa berhari-hari untuk berjumpa sanak saudara tak kira jauh atau pun dekat selalu diamalkan bagi mereka dimusim perayaan. Oleh itu umiIzz nak tanya, ibu bapa sudah bersedia dari segi keselamatan perjalanan? Anak kecil yang sudah mula pandai untuk bermain sendiri atau duduk sendiri semasa dalam perjalanan kemana sahaja memerlukan Car Seat yang terbaik dan selesa. Namun ibu bapa juga harus memandang dari pelbagai aspek termasuk dari segi keselamatan terjamin, kebersihan dan penyimpanan yang mudah diuruskan iaitu tidak memakan ruang untuk barang keperluan lain. Selalunya ibubapa akan mengeluh kerana Car Seat yang sedia ada selalunya memakan ruang penyimpanan barang-barang keperluan yang hendak dibawa kerana perjalanan cuti yang lama memerlukan barang keperluan yang mencukupi dan selalunya penuh bonet dan ruang dalam kereta.

Namun dengan adanya Portable Baby Car Seat terbaru ini, ibu bapa tidak perlu risau akan kepayahan menguruskan penyimpanan car seat kerana PBCS tidak memakan ruang untuk menyimpannya. PBCS ini boleh dilipat kemas dan disimpan kembali kedalam bag yang dikhas kan dan boleh diletak dimana2 tanpa memakan ruang penyimpanan barangngan. Selain itu, bagi Car Seat lain, jika ingin dibersihkan kadang-kadang ibu bapa hanya mengelap kesan kotoran dengan tisu dan kadang2 terbiar begitu sahaja berbanding PBCS kebersihan terjamin kerana PBCS ini boleh dicuci terus menggunakan mesin basuh.


Cara pemasangan Potable Car Seat seperti diatas. ianya kukuh dan selamat untuk anak-anak.

Contoh pemakaian Portable Car Seat yang selesa

Pelbagai corak dalam pasaran..

Pengumuman Istimewa:
Harga Jualan RM125.00 namun babyumishop ingin berikan harga kasih sayang sempena aidilfitri menjelma dengan Diskaun Aidilfitri diberikan kepada setiap pelanggan babyumishop sebanyak 15% sah sehingga hujung ramadhan. Jom ke page Babyumishop atau ke website kami www.babyumishop.com Sila klik sini atau di sini untuk tempahan.

Sekiranya berminat, sila hubungi kami dan tawaran ini adalah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan oleh pihak Babyumishop Enterprise

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator