PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 16 September 2013

Set Kesihatan dalaman suami isteri juga bakal pengantin



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Apabila mendirikan rumah tangga, kebahagiaan kemuncaknya apabila pasangan dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT dengan cahaya mata. Cepat ataupun lambat semua itu adalah kehendaknya. Kita sebagai hambaNya disuruh berusaha dan bertawakal kepadaNya.Namun yang masih belum menimang cahaya mata, bukanlah bermakna Allah tidak menyayangi pasangan dengan tidak memberi kebahagian kelebihan memperolehi zuriat sendiri. Semua itu adalah yang terbaik yang Allah tuliskan dalam perancangan setiap hambaNya. Maka, berusahalah sekuat daya dengan ikhtiar tanpa melupakan memohon sebanyak-banyaknya dari Allah. Selepas berusaha barulah kita bertawakal dan redha dengan setiap ketentuanNya.

Dalam makanan tambahan Shaklee terdapat beberapa vitamin yang dapat membantu pasangan dalam menyihatkan organ dalaman dan melancarkan apa yang tidak lancar. Kesihatan dalaman adalah amat penting kerana dengan kesihatan yang baik dapat memberikan kita tumpuan dan berada dalam keadaan cergas, bertenaga serta tenang.

Dalam set yang digelar oleh semua orang iaitu SET KESUBURAN kerana alhamdulillah terbukti membantu pasangan mendapatkan zuriat namun semuanya dengan izin Allah SWT.


Ada dua set  didalamnya iaitu untuk suami tersayang dan set isteri tercinta.. Keduanya mengandungi makanan tambahan berkhasiat bagi membantu tubuh badan berada dalam keadaan sihat.

Set Isteri Tercinta :

GLA Complex -  Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Vitamin B Complex - Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)

Set Suami Tersayang : 

Zinc - Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Pengambilan zinc membantu mengekalkan penghasilan hormon testosteron sekaligus meningkatkan kualiti penghasilan dan menyuburkan zuriat dan menjaga kesihatan dalaman agar kekal sihat.

Vitamin E complex - Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
           Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

Selain daripada pemakanan tambahan yang berzat, bergantunglah kepada Allah sepenuhnya dengan mengamalkan doa yang telah dinyatakan dalam alQuran, antaranya :

1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran










Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya






Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

Buat pasangan yang masih lagi berusaha mendapatkan zuriat,amalkanlah ayat ini dalam doa-doa harian anda.Mudah-mudahan cepat dikurniakan cahaya mata,dengan izin Allah s.w.t  jua. Dapatkan set ini untuk suami isteri agar kesihatan dalaman bertambah dan kebehagiaan terserlah.








Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.

 Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

JHT (Joint Health Tablet) melegakan sakit lutut dan sendi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini adalah hari ahad dimana jika kita sebagai ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dan jika kita sebagai anak-anak pula seronok menghabiskan masa bersama ibubapa. Teringat kecil-kecil dulu hari sabtu ahadla paling dinanti kerana dapat bersama ayah dan ibu dirumah menghabiskan masa dengan aktiviti gotong royong membersihkan rumah.

Paling seronok apabila tiba hari ahad, ayah dan mak akan masak lauk yang special-special untuk kami adik beradik. Kami akan menghabiskan masa kalau tidak kemana-mana hanya dirumah dengan berbual dan bergurau senda. Pelbagai cerita yang akan di kongsi daripada kasut sekolah hingga ke sudip dapur dan daripada kuih karipap ke ayam golek. Waktu itu kadang-kadang tidak sedar waktu solat dah nak habis, mulalah mak bising kerana telah mengingatkan diawal perbualan..hihih

Sekarang, apabila umiIzz pula bergelar umi, macam-macam perkara nak dibuat tapi terasa masa itu amat singkat, rasanya baru duduk jam 1 tadi tengok balik jam dah jam lima, owh masa sangat cemburu maka jarum jam pun diarahnya laju, betul kan?

Bila teringat balik kisah ini, teringat mak dan ayah yang berada dikampung.. Hari-hari umi akan call mereka bertanya khabar. Dahulu selalu juga dengar ibu mengeluh sakit lutut dan pinggang. Risau dan sedih bila dengar dia sakit namun kita tiada disisi untuk melegakan seperti mengurut atau tolong menyapukan ubat. Kasihan ibu dan ayah..

Namun setelah kehadiran JHT singkatan kepada nama Joint Health Tablet dalam hidup mak dan ayah, dengan izin Allah mereka tidak lagi mengeluh sakit sendi terutama lutut dan pinggang. Sungguh alhamdulillah, JHT amat membantu mereka dan semuanya izin Allah..

Apa yang dikatakan JHT?

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tullang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Formulasi proprietari Advanced Joint Health Tablet menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Formulasi proprietari dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. Advanced Joint Health Tablet adalah berasaskan formula sayur-sayuran 100% iaitu Ekstrak Boswellia, Ekstrak Jagung, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C. Jadi bonus buat mereka yang vegetarian.

Apakah Yang dikatakan Kebaikan Ekstrak Sayuran dan Mineral dalam Advanced Joint Health Tablet?


Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya

Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung. Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin C memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 


                                                                           Sakit sendi 

Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet

* Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja
* 100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina
* 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian
* Kapsul yang mudah ditelan
* Bebas gluten



Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet

* Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.
* Mereka yang sering sakit sendi tulang
* Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif
* Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.


Testimoni dari pelanggan tetap umiIzz yang mengambil JHT 

Puan Ropilah (Kuala Lumpur)

Wanita berkerjaya berusia 50tahun sangat aktif dan peramah. Beliau menggunakan JHT 3bulan yang lalu setelah beliau menghidapi sakit lutut yang kronik kerana jatuh didalam bilik air ketika mengambil wudhu' untuk solat. Kesan daripada jatuh itu, lutut beliau sangat sakit dan beliau mengalami kesukaran berjalan dan bardiri setelah lama duduk. Ketika melakukan solat juga beliau berasa sangat sakit di bahagian sendi lutut.

Dalam mencari-cari sesuatu yang boleh membantu beliau melegakan kesakitan beliau telah membaca blog umiIzz dan terus membeli JHT dan memakan mengikut peraturan dan konsisten. Alhamdulillah, sekarang beliau kembali aktif dan beliau mampu menunaikan solat lima waktu malahan yang sunat2 pun bertambah. alhamdulillah.. Kalau dulu dia mengharapkan ubat tahan sakit yang diberikan doktor, alhamdulillah sekarang tidak lagi..

Testimoni kedua..

Seorang lelaki telah menghubungi umiIzz untuk mendapatkan makanan tambahan buat ibunya yang akan menunaikan haji tahun ini. Beliau mengharapkan agar ibunya tidak mengalami sakit sendi kerana tidak mahu perjalanan mereka untuk menunaikan ibadah terganggu. Selain berdoa lelaki itu kata perlu berusaha dan dia mengharapkan agar ibu mereka sihat lalu mencuba JHT. Alhamdulillah, mereka berasa bersyukur dengan izin Allah ibu mereka kurang berasa sakit-sakit sendi dan nampak lebih sihat daripada dahulu. Semalam mereka berangkat ke Saudi Arabia dan mereka telah membeli stok dari umiIzz untuk ibu mereka tersayang. Alhamdulillah, Allah mudahkan niat baik mereka dan umiIzz doakan agar mereka dapat menjalankan ibadah dengan mudah semuanya dengan izin Allah.

Lagi tentang JHT di sini. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan JHT untuk diri sendiri ataupun untuk ibubapa yang dikasihi, boleh menghubungi umiIzz. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah.


 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.



Salam sayang dari,
 

gif creator
gif creator