Sabtu, 31 Disember 2011
Senarai penerima saguhati dan jom join,masih dibuka lagi... =)
Isnin, 28 November 2011
Salam Maal Hijrah
Salam sayang dari,
Sabtu, 19 November 2011
Berhati-hati ketika bersedekah..
(HR Bukhari dan Muslim)
Rabu, 16 November 2011
Syukur alhamdulillah
Selasa, 15 November 2011
Al fatihah untuk arwah
Assalamualaikum...
Hari ni, salah seorang sahabat baik saya telah kehilangan ayahanda tersayang. Pagi tadi beliau baru sahaja memberitahu ayahnya sakit, umi takut nak mengganggu beliau dan petang ni baru umi bertanya khabar kembali.. rupanya ayahanda beliau telah kembali kerahmatulah.. Moga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat.. Buat Siti Aisyah kawan ku... banyakkan bersabar ye.. Allah lebih menyayangi ayahandamu..
Buat sahabat jauh ku yang berada diperantauan juga, ummufaqeh.. salam takziah dari umidanish buat mu yang telah kehilangan bapa mertua yang hebat. Moga roh beliau dicucuri rahmat..
Alfatihah...
Salam sayang dari,
Ahad, 13 November 2011
Doa Isteri Solehah: Isteri yang sentiasa dihati
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu
Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin
Jumaat, 11 November 2011
Allah hadiahkan pelangi-motor telah dijumpai
Rabu, 9 November 2011
Allahuakhbar, Allah maha besar.. ini hari dia sape tahu hari kita??
Jumaat, 4 November 2011
Selamat hari lahir abi..
Rabu, 2 November 2011
Saguhati Cameron dan Salam Aidiladha
Isnin, 31 Oktober 2011
Kenapa 50 saguhati tu kene wat camtu plak???
Ahad, 30 Oktober 2011
50 saguhati dari cameron.. takde yang nak ke?
Sabtu, 29 Oktober 2011
Saguhati dari Cameron
Tahajud Cinta
Khamis, 27 Oktober 2011
Baru keluar wad
Ahad, 23 Oktober 2011
Saguhati untuk yang sudi
Rabu, 19 Oktober 2011
Bantulah umidanish berdoa,hanya berdoa sahaja..
Selasa, 18 Oktober 2011
Tolonglah saya..
Sabtu, 15 Oktober 2011
Usah berputus asa, Sabarlah dan Yakinlah Allah bersamamu selalu..
Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.
Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.
Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Danbersangka baik dengan Allah.
Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.
Dari hati umidanish sendiri yang pernah merasa seperti berputus asa diatas.. Tak tahu kenapa Allah kejutkan umi untuk mencapai pc usang umi ini dan umi terbuka artikel diatas.. Tak semena2 berjujuran air mata, Allah semua sayangkan kita kalau kita selalu memohon petunjuk rahmatnya.. Allah akan tetap bantu walau dengan cara apa sekali pun.. Buktinya, malam yang umid@nish runsing tu, tetibe umid@nish terbaca entry ni yang secara tak sengaja ada di Facebook umi.. Alhamdulillah.. Maha suci Allah.. Percayalah Allah akan mendengar setiap permohonan hambanya..
Mari kawan2, kita berdoa untuk abid@nish yang berada di tanah suci :
Ya Allah, moga Abid@nish diberi petunjuk hidayah dan rahmat Mu melingkari hatiNya ke jalan yang benar. Dan Berilah jua hidayah Mu padanya agar dia melihat dengan mata hatinya yang lurus dan suci..
Amin ya rabbal alamin..