PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Memaparkan catatan dengan label Jannati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jannati. Papar semua catatan

Sabtu, 19 November 2011

Berhati-hati ketika bersedekah..

Assalamualaikum..

KOrang apa khabar? Umid@nisH macam ni le.. sedang mengemas umAh yang da macam tongkaNg karam.. walaupun sesorg kat uMah tapi disebabkan ketidak larataN.. makanya ruMah dikemaS ala-ala kadar, jadi Hari ni umId@nisH nak geledah balIk umaH umidanIsH ni bagi mendapatkan rumahku sYurga Ku..


KOrang suka bersedeKah tak? MungkiN ada yang kata saya SUka.. tak heran Juga yang katA.. Alah, watpe.. depa tu kaya2 sebeNarnYa.. Umid@nish??? umidaNish suka bersedeKah.. tak banyaK sikit pun jaDIla.. ada baik dan Buruknya bersedekah nI..huhuhu bersedekah pun Ada buruknya ke???? RamaI yang tahu., bersedekah itu amalaN mulIa dan ianYa adalah perkara yang membawa kita ke MATI.. tapi kita kene niat ikhlas memberi bukan terpaksA..

Tapi korang tahu tak baHAya bersedekah di Malaysia ni??? ada member2 uMId@nish kata, mereka yang meminta sedekah tu kebanyakan darI sindiket penipuan.. sebenarnya Umid@nish tak kisah pun org tu nak tipu ke, nak bohonG ke, kaya ke tp niat uMI nak memBeri.. rupanya dalam memberi ni Kita kene berhatI2.. ada yang memerhati tindak tandUk kita dari Jauh sebenaRnya..
Tu yang jAdi Mangsa ragut la.. mangsa "Pau" sambal la.. macam2.. rupa2nya ada pak perati yang memerhati siapa yang kerap mengeluarkan duit poket untuk menderma pastu esoknya depa perangkap pula dengan meminta simpati kononnya motor rosak dll untuk mengenakan mangsa.. Aduhai manusia zaman sekarng ni kejam2.. so, kepada semuanya.. berhati2lah.. tgk keadaaan kalau nak bersedekah. Bukan umi nak halang untuk korang bersedekah tapi berhati2lah, moga perbuatan baik kita mendapat balasan yang baik bukan kerana bersedekah nak dapat ganjaran lebih tp cukupla sekadar dilindungi dari penganaiaan.. Dan paling penting, amalkan ayat Kursi sepanjang jalan insyaallah.. Allah lindungi..

Rasulullah bersabda “Tiap muslim wajib Bersedekah”. Para sahabat bertanya “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Baginda menjawab, “Bekerja dengan kekuatan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekahlah” Mereka bertanya lagi. “Bagaimana kalau dia tak mampu?” Nabi menjawab “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab “Menyuruh berbuat ma’ruf (kebaikan) ” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab, “Mencegah diridari berbuat kejahatan itulah sedekah.”
(HR Bukhari dan Muslim)



Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..


gif creator
samballa

Sabtu, 15 Oktober 2011

Usah berputus asa, Sabarlah dan Yakinlah Allah bersamamu selalu..

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh tak berblog.. bila mengimbas kembali kisah2 indah keluarga kami.. Menitis air mata ini.. Sungguh dengan nama ALlah ia bukan rekaan atau pun sekadar menunjuk2 kepada semua yang kami bahagia.. Tapi sebagai isteri yang jujur itulah yang realitinya.. Tulisan itu nnt akan dijadikan kenangan untuk anak2 kita malah kalau ada blogger yang pergi dijemput illahi.. tulisan ini lah nnt yang menjadi kenangan pengubat rindu kepada yang tinggal..

Hari ini, alhamdulillah.. Allah izinkan untuk umi berblogging sekian kalinya untuk berkongsi sedikit ilmu buat kawan2 yang lain dan untuk kaum keluarga umid@nish sendiri. Allah maha besar, lagi kuat kita ingat padanya, lagi kuat ujiannya.. Abid@nish sudah jauh diperantauan menjalankan tugas mulia sebagai penyambut tetamu Allah. Kita doakan moga Allah memberi hidayah dan rahmat buatnya disana. D@nish pula berada jauh dikampung memandangkan umid@nish yang sangat2 tidak sihat, mujurlah Allah memahami dan memberi kekuatan pada ayah dan ibu umi yg da tua di kampung untuk menjaga d@nish. Tapi, sape tahu hati seorang ibu yang berjauhan dengan anak dan suami dalam keadaan begini?? Hanya Allah yang tahu, umi serahkan semuanya padaNya.. Kerana umi percaya setiap sabar seorang isteri dan ibu itu balasan bahagia untuknya kelak maha dasyat ALlah berikan.. insyaallah..

Kalini umi d@nish nak share kan sedikit artikel yang umi danish petik dari Iluvislam.. Artikel ini sangat2 menarik dan sesuai untuk dijadikan pedoman.. Tak kiralah kita kaya, miskin, bahagia, susah kita tetap terus diuji.. cume kita perlu sedar kita diuji dan jangan angkuh untuk menadah tangan memohon keampunan dan kadang2 walaupun kita sedar kita sedang diuji tapi untuk menghadapi ujianNya hanya yang melalui sahaja yang tahu bagaimana rasanya..

Jom kita baca artikel dibawah, ,moga tulisan si penulis ini membuka pintu hati sesorang yang sedang sakit seperti umi..

Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.

Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.

Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?

Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.

Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.

Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Danbersangka baik dengan Allah.

Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.

Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.


Dari hati umidanish sendiri yang pernah merasa seperti berputus asa diatas.. Tak tahu kenapa Allah kejutkan umi untuk mencapai pc usang umi ini dan umi terbuka artikel diatas.. Tak semena2 berjujuran air mata, Allah semua sayangkan kita kalau kita selalu memohon petunjuk rahmatnya.. Allah akan tetap bantu walau dengan cara apa sekali pun.. Buktinya, malam yang umid@nish runsing tu, tetibe umid@nish terbaca entry ni yang secara tak sengaja ada di Facebook umi.. Alhamdulillah.. Maha suci Allah.. Percayalah Allah akan mendengar setiap permohonan hambanya..

Mari kawan2, kita berdoa untuk abid@nish yang berada di tanah suci :

Ya Allah, moga Abid@nish diberi petunjuk hidayah dan rahmat Mu melingkari hatiNya ke jalan yang benar. Dan Berilah jua hidayah Mu padanya agar dia melihat dengan mata hatinya yang lurus dan suci..

Amin ya rabbal alamin..



Salam sayang dari,


gif creator

Selasa, 5 Julai 2011

Danish dan fatimah Azzaharah

Assalamualaikum wbt..

Apa kaitan danish dan fatimah Azzaharah pulak? Apa khabar harini? Umidanish sedih sikit arini, sebenarnya dari semalam. Dalam jam 4ptg macam tu, pengasuh danish kata mata danish sebelah kanan bengkak. Katanya danish lari2 dan terlanggar bucu meja.. huhuh, sadis sungguh berita tu.. kesian danish.. menitik air mata ni.. kita yg besar ni kalau bengkak2 pun rasa sakit inikan si kecil cumil kita tu..

Tapi danish budak yang kuat.. dia tak meragam pun.. cuma dia kata ata.. sakitla ni.. sambil tunjukkan mata dia.. kesian anak umi, semoga cepat sembuh yer sayang.. Ok kali ni umidanish nak sambung kisah Fatimah Azzaharah anak kesayangan nabi.. semoga kalian mendapat sedikit ilmu dari cerita yang akan disampaikan..

Ketika berusia lima tahun, Fatimah menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya : ‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali.

Sambung baginda lagi : ‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar).

Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.

Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.


Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 4 Julai 2011

Fatimah Azzaharah ibni Muhammad


Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua, sebelum umidanish mencari ketenangan diri.. kat tingkat 3 blok umi ni.. umi nak share kisah terbaik untuk kaum wanita.. Kisah ni patut semua da tahu, tapi saja la umi nak share sebagai pedoman umidanish sendiri betapa indahnya diciptakan kita oleh Allah sebagai seorang wanita.. Kisah ni yang umidanish nak sharekan adalah kisah puteri kesayangan nabi Saidina Fatimah Azzaharah..



Gambar sekadar hiasan

Saidatina Fatimah r.a. merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.a. Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.

Pada ketika itu, before the Bithah, kakak beliau yang sulung iaitu Zainab telah berkahwin dengan saudara sepupunya, al-Aas ibn ar-Rabiah. Diikuti pula dengan dua orang kakaknya, Ruqayyah dan Umm Kalthum, yang dikahwinkan dengan dua orang anak lelaki Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah. Abu Lahab dan isterinya Umm Jamil sebenar-benarnya merupakan musuh paling sengit kepada Rasulullah sejak awal kerasulan baginda lagi.

Dengan demikian, Fatimah telah menyaksikan bagaimana kakak-kakaknya meninggalkan keluarganya seorang demi seorang setelah dikahwinkan dengan suami masing-masing. Belaiu pada waktu itu masih terlalu mentah untuk memahami maksud sesuatu pernikahan dan sebab mengapa kakak-kakak beliau terpaksa tinggal bersama suami masing-masing. Beliau sangat menyayangi kakak-kakaknya dan berasa sedih dan sunyi apabila mereka meninggalkan rumah tempat tinggal keluarganya. Beliau dikatakan diselubungi suatu kesedihan yang mendalam pada ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak keseorang di rumah walaupun kakak-kakaknya telah berkahwin dan berpindah bersuami mereka. Barakah yang merupakan pembantu Aminah, ibu Rasulullah, yang menjaga baginda sejak lahir, Zaid bin Harithah dan Ali, anak kepada Abu Talib, semuanya merupakan sebahagian dari isirumah baginda Rasulullah pada ketika itu. Tidak terkecuali juga ibu beliau yang pengasih iaitu Saidatina Khadijah al-Khuwailid.

Melalui ibunya serta Barakah, Fatimah memperoleh ketenangan dan keselamatan. Ali yang berumur dua tahun lebih tua dari beliau, membekalkan kasih sayang seorang abang dan seorang kawan serta mengambil tempat saudara lelaki Fatimah, al-Qasim yang meninggal ketika masih bayi. Seorang lagi saudara Fatimah, Abdullah yang digelar the Good and the Pure, yang lahir selepas Fatimah, juga meninggal ketika masih bayi. Walaupun begitu, tidak seorang pun di rumah bapanya yang mempu memberikan kegembiraan seperti yang dirasakan Fatimah bersama kakak-kakak beliau. Fatimah merupakan seorang yang berjiwa sensitive sejak kecil.




Ok, kita sambung lagi cerita di lain tajuk.. bagi umidanish mencari ketenangan dan doakan umidanish semoga selalu tenang dan dilindungi olehNya..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 1 Julai 2011

Isteri solehah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama sunggu umidanish tak berbloging disebabkan kesibukan kerja dan masa yang hanya sempat menjengan rumah korang dan update status fb sikit2.. Sejak kebelakangan ni, banyak betui dugaan Allah berikan untuk kita.. bak bait2 lirik lagu dambaan kasih inteam..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Yang penting setiap dugaan Allah kita kene rasa bersyukur, redha dan sabar.. Moga setiap dugaanNya membawa seribu rahmat buat kita.. umidanish nak bercerita berkenaan isteri solehah.. mesti semua kaum wanita bercita-cita menjadi isteri solehah.. tapi adakah ciri2 itu?

Umidanish bercita-cita tinggi kearah itu, moga impian itu tercapai.. dan disini umidanish nak berkongsi sedikit ilmu dan tip2 untukkearah menjadi isteri solehah.. Bukan mudahkan nak menjadi yang terbaik, semuanya berdugaan hebat dan hanya Allah sahaja yang menentukan kita setanding Bidadari Syurga yang akan menjaga suami kita atau tidak.. JOm kita share serba sedikit..

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Okla itu sahaja untuk kali ini, moga kita semua mencapai cita2 agung ini.. amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 16 Jun 2011

Berkat sabar.. Harimau pun tunduk


Assalamualaikum..

Aduhai, sejuknya aircond kat bilik umi ni.. huhuh, tp sejuk macamana pun tak leh menyejukkan hati umi yang sedikit rungsing.. bos nak buat meeting petang2? aduhhh kenapa la bos ni suka suki je ni.. tak tahu ke kita kelam kabut balik nak jumpa anak kelam kelibut. hishhhh.. sabar jela, tau la awak tu bujang tapi pahamlah masalah orang sikit.. huhuh

Tapi dalam hati tak tenang umidanish nak share dengan semua kisah teladan mengenai sikap sabar.. hahaha sbaar lagi ke? ye cerita sabar.. memang saja umidanish buat cerita2 yang berunsurkan sikap sabar dan lebih kepada keinsafan.. untuk diri sendiri sebenarnya.. terpulanglah kalau kroang nak membaca atau tak kisah tersebut sebab ianya sekadar dikongsi.. ilmu yang dikongsi pun pahala jugak kan?

Jom layan cerita ni..

Telah diriwayatkan pada zaman dahulu tinggal dua orang adik beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana mereka tinggal ber jauhan, maka jarang mereka bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.

Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan semasa itu didapatinya si abang tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya ke mana gerangan si abang. Bukan main terperanjat si adik apabila kakak iparnya dengan marah-marah menjawab, “Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,” sambil itu mulutnya terus memaki-maki suaminya dengan kuatnya. Oleh kerana dia ingin sangat bertemu abangnya, dia bercadang untuk menunggu sehingga abangnya pulang.

Tidak berapa lama kemudian, pulanglah abangnya dari mencari kayu bersama seekor harimau yang membawakan kayu di atas belakangnya. Setelah abangnya menurunkan kayu dari atas belakang harimau, ia berkata kepada harimau tersebut, “Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”


Setelah itu barulah dia mempersilakan adiknya masuk ke rumah. Sementara itu, isterinya masih tetap memaki-maki sambil marah-marah, namun dia tetap membisu. Tidak dijawab, walau sepatah perkataan pun. Dengan susah-payah dia me layan adiknya yang datang dari jauh itu, menghidangkan makanan dan makan bersama-sama adiknya. Se telah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik pun ingin meminta izin untuk pulang. Dalam pada itu, adik nya tidak henti-henti memikirkan kesabaran abangnya menghadapi isterinya yang banyak kerenah itu.

Pada tahun yang berikutnya, se kali lagi si adik pergi ke rumah abangnya untuk menziarahi keluarga abangnya. Waktu itu juga abangnya tiada di rumah. Tetapi pada kali ini, kakak iparnya tidak lagi marah-marah dan memaki-hamun suaminya, sebaliknya dia disambut dan dipersilakan menunggu kepulangan suaminya. Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh isteri yang baik hati itu.

Melihatkan keadaan yang berbeza dari tahun sebelumnya, si adik pun lantas bertanya: “Wahai saudaraku, dahulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu, itu engkau pikul sendiri. Dan sewaktu aku sampai ke mari dahulu isterimu sudah berubah sekali. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini semua?”

Tersenyum si abang mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab: “Wahai adikku, isteriku yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Tuhan dengan isteri yang baik budi ini, sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tari semula. Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

Se tiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh ber sabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebe narnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut per kataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat ber sabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang manajarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.”

Bagi mereka yang teruji dengan ragam isteri atau suami pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran kita. Bagi mereka yang menghadapi masalah demikian ingatlah kembali kisah Siti Asiah berhadapan dengan suami yang mengaku dirinya sebagai Tuhan iaitu Firaun dan kisah Nabi Ayub menghadapi isteri-isteri yang minta diceraikan kerana tidak tahan dengan penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub.

Mereka yang boleh bersabar de ngan kerenah suami atau isteri akan Allah kurniakan pahala yang besar sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang sabar ter hadap akhlak yang jelek dari isteri nya, maka Allah akan memberinya pahala sebagaimana yang diberikan pada Nabi Ayub as. Dan mana-mana isteri yang sabar di atas akhlak suami yang jelek maka akan diberi oleh Allah pahala sebagai mana pahala Siti Asiah isteri Firaun.”

Siti Asiah telah dijamin syurga kerana dia sentiasa bermanis muka tatkala melayan suaminya, Firaun yang terlalu derhaka kepada Allah. Oleh kerana Siti Asiah beriman, Allah telah melindunginya sehingga walaupun bersuamikan Firaun, Firaun tidak berpeluang untuk tidur bersama Siti Asiah. Begitulah Allah hendak membuktikan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, kalau mereka benar-benar ikhlas dan bertaqwa kepada Allah, Allah sentiasa memberikan jalan yang mudah untuk mereka membuat amal ibadah.

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 15 Jun 2011

Sayangnya Baginda pada kita semua..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur keranamasih berkesempatan untuk diri ini meluangkan masa sedikit, mencuri waktu untuk mengkongsikan sesuatu. Sesuatu yang shahdu yang kita tak dapat gambarkan betapa waktu itu terlalu sedih, shahdu dan teramat2 menyayat hati.. Bulan rejab macam ni eloklah kita beramal ibadah dan elok juga kita menelaah perkara2 berfaedah.. umi sengaja singkap kembali kisah Baginda Rasulullah, kekasih Allah.. Baginda adalah seorang yang sangat2 sayangkan umatnya.. sedangkan kita sebagai hambanya.. ingatkah kita akan dia selalu? Rajin2kanlah menyebut namanya dalam berselawat, dan rajin2kanlah mengajar anak kita mengagungkan nya.. alhamdulillah, danish pandai berselawat dan dalam sedikit pelatnya tapi kita dengar jelas bentuk sebutannya.. syukur ya Allah.. moga anak ku itu menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia seumapama kekasih mu ya rabbi..

Harini umidanish nak sharekan kisah benar dan shahdu iaitu kisah kewafatan rasulullah SAW.. Kita sebagai hambanya sendiri, tatkala nyawa dihujung tanduk pastinya orang yang palng kita ingat adalah anak2 kita.. suami kita.. ahli keluarga kita yang terdekat padakita.. Tapi subhanallah, maha suci Allah.. Rasul kekasih Allah, sewaktu wafatnya, beliau tidak putus2 menyebut akan umatnya iaitu kita sendiri .. "ummati,ummati.. ummati (umatku,umatku,umatku..) malah didoakan kita agar kesakitan sakaratul maut hanya dirasai oleh nya bukan umatnya.. Jom kita sharekan sedikit masa kita untuk menghayati kisah ini.. walaupun umidanish dah baca banyak kali, tapi air mata umi tetap mengalir deras bila membacanya lagi..

Ketika merasa bahwa ajalnya sudah dekat, Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat di kediaman isteri tercintanya, Sayyidah Aisyah RA. Setelah semua berkumpul, beliau memandang mereka dengan tatapan mata yang sendu. Air mata beliau menitis tiada berhenti.

Di tengah tangisnya beliau bersabda, “Marhaban bikum, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah SWT. Telah dekat perpisahan dan telah hampir waktu pulang kepada Allah Ta?ala. Hendaklah Ali memandikanku, sedang

kan Fadlal bin Abbas dan Usamah bin Zaid yang menuangkan air. Kemudian kafanilah aku dengan kainku jika kamu menghendaki, atau dengan kain putih buatan Yaman. Jika kamu selesai memandikanku, letakkan jenazahku di tempat tidur di rumahku ini, diatas pinggir lubang kuburku. Kemudian bawalah aku keluar sesaat. Maka yang pertama kali berselawat kepadaku adalah Allah Azza wa Jalla, lalu Jibril, Mikail, Israfil, Izrail bersama pasukannya, kemudian segenap malaikat. Sesudah itu barulah kamu masuk rombongan demi rombongan, dan sembahyangkanlah aku.”

Begitu mendengar wasiat Nabi, para sahabat tidak kuasa menahan tangis. Mereka menjerit…..”Ya Rasulullah, Tuan adalah rasul kami, penghimpun dan pembina kekuatan kami, serta penguasa segala urusan kami. Jika Tuan pergi, kepada siapakah kami kembali?”

Rasulullah SAW bersabda, “Aku tinggalkan kamu di jalan yang terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru nasihat yang berbicara dan yang diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Quran, penasihat diam ialah maut. Jika kamu menghadapi persoalan yang musykil, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah; dan jika hati kamu kusut, tuntunlah dengan mengambil iktibar tentang peristiwa maut.”

Sejak itu, akhir bulan Shafar, Rasulullah SAW jatuh sakit. Semakin lama penyakitnya semakin berat. Suatu saat, ketika para sahabat berkumpul di kediaman Sayyidah Aisyah RA untuk menjaga Rasulullah SAW secara bergantian, Rasulullah SAW bangun dari tempat tidurnya dengan mengenakan ikat kepala, pertanda sakitnya masih berat.

Di depan para sahabat, beliau bersabda, “Wahai para sahabatku….. Sungguh, demi Allah, saat ini telah kulihat Telaga Haudh di hadapanku. Demi Allah, aku tidak takut syirik akan menimpa kamu setelah aku wafat. Tetapi yang ku takutkan, kamu saling berebut dunia, saling hentam memperebutkan kekayaan. Itu yang aku takutkan.” Haudh adalah salah satu telaga di syurga.

Dari hari ke hari, kesehatan Nabi semakin memburuk, dan para sahabat mulai cemas. Suatu hari, Isnin Subuh, sahabat Bilal mengumandangkan adzan di Masjid Nabawi. Tapi hingga beberapa waktu Nabi belum juga hadir. Ia lalu menyusul ke rumah beliau. Didepan pintu rumah, ia mengucapkan salam, “Assalamu’alaika, ya Rasulullah.”

Nabi tidak menjawab, tapi Sayyidah Fatimah RA keluar sambil menjawab salam, “Alaikassalam….. Kalau ada perlu lain kali saja. Rasulullah sedang demam.”

Mendengar jawaban itu, Bilal tidak faham. Ia lalu kembali ke masjid, menunggu kedatangan Nabi sampai langit disebelah timur mulai menguning. Kerana waktu subuh hampir habis, Bilal kembali kerumah Rasulullah SAW.

“Assalamu’alaika, ya Rasulullah…. para makmum sudah menunggu dan langit sudah pula menguning,” katanya.

Saat itu, Nabi agak sedar. Dengan tersendat-sendat beliau membalas salam Bilal, lantas bersabda, “Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beri tahu Abu Bakar supaya menjadi imam sembahyang Subuh. Aku sedang sakit, tidak mampu bangun.”

Mendengar jawaban itu Bilal menangis. Dengan langkah terburu-buru tetapi lunglai, ia bergegas kembali ke masjid. Disampaikannya pesan rasulullah SAW kepada Abu Bakar. Begitu melihat mihrab kosong, Abu Bakar menangis. Di mihrab itulah Rasulullah SAW selalu memimpin sholat, mengumandangkan ayat-ayat Al-Quran dengan suara yang nyaring dan fasih. Pribadinya agung, parasnya berwibawa. Kini mihrab itu kosong. Abu Bakar menangis juga seluruh sahabat, sehingga suasana subuh itu menjadi murung.

Sampai waktu siang, para sahabat berkumpul di masjid menanti berita dari kediaman Rasulullah SAW. Ternyata, Rasululah SAW minta dipapah untuk menuju masjid. Dengan langkah terseok-seok, Nabi keluar rumah dipapah kedua sahabat itu.

Tiba di masjid, Nabi sembahyang sunnah dua rakaat lalu menuju mimbar. Kakinya terasa berat ketika mendaki tangga. Tubuhnya tampak lemah, tangannya bertelekan. Tak lama kemudian beliau menyampaikan khutbah singkat, namun isinya meresap dan menggetarkan hati. Para sahabat bercucuran air mata…..

“Wahai kaum muslimin, kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan kasih sayang-Nya. Maka bertaqwalah kepada-Nya dan taatilah perintah-perintah-Nya”. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW berwasiat, “Wahai segenap umat manusia, api neraka sudah dinyalakan, fitnah-fitnah telah datang seperti datangnya malam yang gelap. Demi Allah, kamu tidak akan berpegang kepadaku dengan suatu apa pun. Sesungguhnya aku tidak pernah menghalalkan sesuatu melainkan apa yang dihalalkan oleh Al-Qur?an, dan tidak pula mengharamkan sesuatu melainkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran”.

Abu Bakar tersedu sedan sementara Umar bin Khattab menahan napas dan tangis hingga dadanya naik turun. Sedangkan Utsman bin Affan menghela napas panjang, dan Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala dalam-dalam. Dalam hati semua sahabat berkata, “Rasulullah akan meninggalkan kita.”

Lelaki agung itu hampir selesai menunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu semakin nyata, sehingga dengan tangkas Ali dan Fadhal segera tampil membantu Rasulullah turun dari mimbar. Sangat pelan kerana lemah.

Segera setelah itu beliau dipapah untuk kembali pulang ke rumah kediaman. Sejak itu beliau tidak mampu lagi bangkit dari tempat tidur. Keadaan beliau semakin gawat, sampai-sampai kain pengikat beliau pun terasa panas. Panas yang sangat tinggi menyebabkan beliau sering tak sedarkan diri.

Melihat keadaan ayahandanya, Sayyidah Fatimah RA terus menangis, “Ya Allah, alangkah berat penderitaan ayahku. Alangkah beratnya, ya Allah….”

Mendengar tangis putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW sempat bersabda, “Bersabarlah anakku sayang. Tidak ada lagi penderitaan ayahmu sesudah hari ini…” Nabi SAW berusaha menghibur putrinya agar tidak bersedih hati. Namun sabda Beliau itu juga merupakan pertanda bahwa tinggal pada hari itu beliau merasakan penderitaan. Dan setelah itu, meninggalkan keluarga dan segenap kaum muslimin.

Tepat pada waktu dhuha, datanglah Malaikat Izrail yang diutus oleh Allah Ta?ala untuk menjemput Rasul SAW. Perintah Allah Ta?ala kepada Izrail, “Masuklah kalau diizinkan olehnya. Kalau tidak, kembalilah engkau kemari. Berangkatlah dan muncullah di hadapannya dalam wujud seorang lelaki yang sopan dan rapi. “Maka muncullah Malaikat Izrail sebagai seorang lelaki berpakaian putih-putih dengan aroma yang harum mewangi.

“Assalamualaikum, wahai penghuni rumah kenabian….”

“Wa’alaikumussalam. Maaf Rasulullah sedang payah. Datanglah lain kali,” jawab Sayyidah Fatimah RA.

“Assalamu?alaika, ya Rasulullah. Salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah saya masuk?” ujar Izrail lagi.

Mendengar salam khusus itu, Nabi membuka mata beliau lalu bertanya kepada Fatimah, “Anakku, ada tamu ya? Siapa yang berada di pintu, hai Fatimah?”

“Seorang laki-laki yang bersih sopan, rapi, dan wangi. Ia memanggil-manggil ayah dan minta izin untuk masuk. Saya bilang, Ayah sedang payah. Saya minta dia dia untuk kembali lain kali.”

Tiba-tiba Nabi SAW memandangi putri tercintanya itu dengan tatapan yang menembus jauh, dengan cahaya pekat yang mengabut.

Sayyidah Fatimah RA menggigil kerana hatinya tergetar

“Izinkan tamu itu masuk, Fatimah. Tahukah engkau siapa dia, anakku?” sabda Rasulullah SAW.

“Tidak”

“Dialah penjemput kenikmatan, pemutus nahsu syahwat, dan pemisah pertemuan. Dia adalah malakul maut.”

Sayyidah Fatimah RA terkejut, “Ayahanda, jadi mulai hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandangi wajah jernihmu?” Sayyidah Fatimah menangis.

Jangan bersedih dan menangis, jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersamaku di hari kiamat,” sabda Rasul SAW

Mendengar itu, barulah Sayyidah Fatimah RA lega.

“Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Tanya Nabi.

“Aku datang untuk berziarah, juga menjemput Tuan jika Tuan mengizinkan. Tetapi kalau tidak aku akan kembali.”

“Engkau datang sendirian? Dimana engkau tinggalkan Jibril?” Tanya Nabi sambil tersenyum.

“Aku tinggalkan dia di langit kedua bersama para malaikat lainnya.”

“Panggil dia kemari.”

Jibril tergagap. Maka Malaikat JIbril pun turun ke bumi, menuju rumah kediaman Rasul, lalu duduk disebelah kepala Rasulullah SAW.

Beberapa saat Nabi memandangi Jibril, lalu dengan sayu beliau bersabda, “Jibril, mengapa berlambat-lambat? Tidakkah engkau tahu saat yang dijanjikan itu hampir tiba?”

“Beri tahu aku bagaimana hakku di hadapan Allah nanti.” sabda Nabi lagi.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat berbaris berlapis-lapis menunggu kehadiran ruh Tuan, seluruh gerbang syurga terbuka sebagai persemayaman Tuan.”

Namun wajah Nabi tetap suram dan gelisah. Lalu sabdanya lagi, “Jibril, bukan berita itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana umatku besok di hari kiamat.”

Maka dengan tenang Jibril menjawab, “Ya Rasulullah, Allah Ta?ala berfirman, „Aku haramkan syurga dimasuki oleh para nabi sampai engkau, Muhammad, masuk terlebih dahulu. Dan aku haramkan umat para nabi masuk ke dalamnya sampai umatmu, Muhammad, masuk terlebih dahulu?.”

Mendengar jawaban itu, barulah wajah Nabi berseri-seri. “Alhamdulillah. Kalau begitu hatiku tenang, wahai Jibril.” Beliau merasa tenteram, kerana kaum muslimin mendapat hak dan tempat istimewa di hadapan Allah SWT. Bibir beliau yang sudah memucat itu menyunggingkan senyum. Senyum istimewa itu juga beliau tujukan kepada Malaikat Izrail ketika beliau mempersilakan sang Pencabut Nyawa itu melaksanakan tugasnya.

Pada waktu yang bersamaan suasana gundah gulana menggantung berat di ruangan sempit itu. Angin kota Madinah yang meniupkan hawa dingin tapi kering tambah dalam menusuk tulang. Sejengkal demi sejengkal matahari pun semakin meninggi ketika Malaikat Izrail berancang-ancang untuk mencabut nyawa Rasulullah SAW.

Penderitaan Nabi SAW semakin menghebat ketika nyawa beliau, yang dicabut oleh Izrail dengan sangat pelan dan lembut, sampai di pusat. Dahi dan sekujur wajah beliau bersimbah peluh. Urat-urat di wajah beliau menegang dari detik ke detik. Sambil menggigit bibir, Nabi SAW berpaling ke arah malaikat Jibril. Mata Rasulullah SAW pun basah, cahayanya pun semakin meredup. “Ya Jibril, betapa sakitnya! Oh, alangkah dahsyatnya derita sakaratul maut ini.”

Sayyidah Fatimah RA memejamkan mata, sementara Ali bin Abi Thalib, yang berada disamping Rasulullah SAW, menundukkan kepala, sedangkan Malaikat Jibril memalingkan muka. “Ya Jibril, mengapa engkau berpaling? Apakah engkau benci melihat wajahku?” tanya Rasul SAW. “Sama sekali tidak, ya Rasulullah. Siapakah yang tega menyaksikan Kekasih Allah dalam kedaaan seperti ini? Siapakah yang sampai hati melihat Tuan kesakitan?” jawab Jibril tersekat-sekat.

Rasa sakit itu kian memuncak. Sekujur tubuh Nabi menggigil. Wajah beliau semakin memucat, urat-uratnya menegang. Dalam keadaan sakit tak tertahankan itu beliau berdoa, “Ya Allah, alangkah sakitnya! Ya Allah, timpakanlah sakitnya maut ini hanya kepadaku, jangan kepada umatku.”

Mendengar sabda Rasul itu, Jibril tersentak. Betapa agung peribadi Rasulullah SAW. Dalam detik-detik paling gawat dan menyiksa, bukan kepentingan sendiri yang dimohonkan, melainkan kepentingan umatnya. Andai beliau mohon agar rasa sakit itu dicabut, pasti Allah SWT mengabulkannya. Namun beliau lebih memilih sebagai tumbal agar derita itu tidak menimpa umatnya.

Ketika Jibril menyedari keadaan di sekelilingnya, Izrail sudah dengan sangat santun menarik nyawa Nabi SAW sampai di dada. Maka napas beliau pun mulai menyesak. Rasa sakit semakin menghebat. Ketika itulah, lelaki agung itu menengok ke arah sahabat-sahabatnya, lalu bersabda dengan suara lirih dan pandangan sayu, “Ushikum bishsembahyangi wa ma malakat aimanakum (Aku wasiatkan kepada kamu untuk mendirikan sholat, dan aku wasiatkan kepada kamu orang-orang yang menjadi tanggungan kamu).”

Sejenak kemudian, keadaan Rasulullah SAW bertambah kritis. Para sahabat saling berpelukan lantaran tak kuat menahan pilu. Dan ketika itulah tubuh Nabi SAW mulai dingin. Hampir seluruh bagian tubuh beliau tidak bergerak-gerak lagi. Mata beliau pun berkaca-kaca dan menatap lurus ke langit-langit hanya sedikit terbuka.

Menjelang akhir hayat beliau, Ali bin Abi Thalib melihat Nabi SAW dua kali menggerak-gerakkan bibir beliau yang sudah membiru. Maka Ali pun cepat-cepat mendekatkan telinganya ke bibir Nabi. Ia mendengar Nabi SAW memanggil-manggil, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).” Dengan memanggil-manggil umatnya inilah, Rasul Akhir Zaman itu wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 haribulan Jun 632 Masehi, dalam usia 63 tahun.

Maka meledaklah tangis para sahabat. Sang kekasih Allah telah wafat, membawa cinta yang agung, cinta kepada umat, hingga akhir hayat. Bahkan dibawanya sampai Padang Mahsyar. Ketika nyawa sudah sampai tenggorokan. Pemimpin Besar dan Pencipta Peradaban itu bukan mengkhawatirkan keluarganya, melainkan memprihatinkan umatnya. “Ummati, ummati….”

Sesaat sebelum wafat, sebagaimana tercatat dalam Shahih Bukhari, Rasulullah SAW masih sempat berwasiat dan menghibur umatnya. Beliau bersabda, “Wahai umatku, kamu akan melihat hari yang tidak kamu sukai, iaitu perpecahan dan fitnah dari berbagai musibah yang akan datang. Akan tetapi hendaklah kamu bersabar sampai berjumpa denganku di Telaga Haudh kelak…”

Sementara itu, dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mulai membaik. Maka ketika mendengar adzan, beliau memutuskan untuk pergi ke masjid sekalipun keadaannya masih lemah. Ketika beliau masuk masjid, sembahyang sudah dimulai. Para sahabat pun menjerit, mengucapkan, “Subhanallah, subhanallah”, pertanda gembira dan bersyukur menyaksikan keadaan kesehatan junjungan mereka yang mulai membaik.

Begitu melihat Nabi datang, para sahabat hampir membatalkan sembahyang. Namun, beliau memberi isyarat agar mereka meneruskannya.

Sejenak beliau berdiri menatap mereka dengan bahagia. Wajahnya berseri-seri menyaksikan ketaatan umatnya. Sampai-sampai Annas bin Malik berkata, “Belum pernah aku melihat pandangan yang lebih menakjubkan dari wajah Nabi SAW (ketika itu).” Kemudian beliau tersenyum. Abu Bakar Ash-Shiddiq, yang menjadi imam sembahyang, menyedari apa yang terjadi di belakangnya. Yakni, pasti Rasulullah SAW ada di masjid. Maka tanpa menoleh, ia pun mundur. Tetapi, Nabi segera memegang pundaknya dan mendorongnya maju agar terus sebagai imam, sementara Nabi SAW sembahyang di sebelah kanan Abu Bakar dalam kedudukan duduk.

Selesai sembahyang, Nabi kembali ke rumah Sayyidah Aisyah RA dipapah oleh Fadlal dan Tsawban, sementara Ali dan Abbas mengikuti dari belakang. Sampai di rumah, Nabi SAW kembali ke tempat tidur, berbaring di pangkuan isteri tercintanya itu. Dan ternyata, sembahyang subuh tadi adalah yang terakhir kali Nabi SAW sembahyang berjamaah dengan para sahabatnya. Ketika itulah segenap kekuatan Nabi SAW melemah.

Saat Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam kamar sambil membawa siwak (sikat gigi dari kayu arak), Sayyidah Aisyah RA melihat Nabi SAW sepertinya menginginkannya. Maka ia pun meminta siwak itu, membersihkannya, lalu memberikannya kepada ayahanda tercinta. Lalu beliau pun membersihkan gigi dengan cekatan, sekalipun keadaannya cukup lemah. Tidak lama kemudian kesedaran Rasulullah SAW hilang. Sayyidah Aisyah RA mengira beliau tengah menghadapi sakaratul maut. Tapi, sekitar satu jam kemudian, beliau membuka mata. Sayyidah Aisyah RA teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun yang dicabut nyawanya sebelum ia ditunjukkan tempatnya di syurga.” Sayyidah Aisyah RA pun faham, inilah saat sakaratul maut itu.

Sejenak kemudian, Nabi SAW bersabda dengan suara bergumam, “Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang shalih. Mereka itulah sahabat yang paling baik.” – Surah An-Nisaa (4): 69. Setelah itu, beliau kembali bergumam, “Ya Allah, aku memilih bersama Yang Maha mulia.”

Setelah itu, kepala Nabi SAW beransur-ansur terasa bertambah berat di pangkuan Sayyidah Aisyah RA, sehingga para isteri yang lain menangis. Sayyidah Aisyah RA lalu membaringkan kepala beliau di bantal, kemudian menangis bersama isteri Nabi SAW yang lain.

Dalam Sahih Bukhari dikisahkan, begitu mendengar Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar As-Siddiq berlari menuju rumah kediaman Sayyidah Aisyah RA. Namun jasad Nabi SAW telah membujur kaku. Ketika menyingkap kain yang menutup tubuh Nabi SAW, ia menangis sambil memeluk wajah Sang Rasul. Saat memandikan jenazah Rasulullah, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, ketika hidup, Tuan semerbak mewangi. Ketika wafat pun, tubuh Tuan tetap wangi.”

Ya… Rasulullah SAW, dan syariatnya, tetap akan selalu semerbak mewangi sampai hari kiamat.


Moga kita tergolong dalam golongan umatnya yang beriman..


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 12 Jun 2011

Nikmat Syurga kepada hambaNya..



Assalamualaikum wbt...


Petang2 bulan rejab yang indah ni umidanish nak share dengan semua tentang kisah yang semua orang tahu iaitu kisah syurga.. Indahnya syurga itu tak dapat kita nilai dengan apa2 keindahan dunia namun terpilihkah kita untuk menikmati nya dengan amalan dan bekalan yang masih tipis didunia.


Bulan rejab yang indah ini, selain membanyakkan amalan kita juga digalakkan berkongsi serba sedikit ilmu yang kita ada dan kita dapat. Manatahu dengan sedikit ilmu tersebut telah menyelamatkan kita dari neraka jahanam? So, sesape yang rasa boring dengan entry umidanish kali ni, bolehla tutupkan terus.. dan sape2 nak share cerita ni dengan anak2 umidanish alu2kan.. umi pun sedang sama2 cerita dengan danish yang banyak celoteh ni.. bila kita sebut syurga dia pun kata... ooo shuger...huhuhu




Keindahan dunia adalah sementara..




NIKMAT SYURGA


Semoga Allah mengurniakan kita rahmatNya!

Akhirat tempat yang kekal selamanya


(Al-Bayyinah : 8) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.


Kenikmatan Syurga


Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas


1. Pohon Syurga


Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim


2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga


(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.


Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim


3. Pasar Jumaat


Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim


4. Sungai Syurga


(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.


5. Bidadari Syurga


(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;


Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.


6. Makanan dan Minuman Syurga


(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!


(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.


#SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim


Semoga dengan perkongsian secubit ilmu ini menambah manfaat kalian semua.. amin

Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 10 Jun 2011

Tazkirah Jumaat : Kita dan sabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ya Allah ya rahman ya rahim.. sesungguhnya hamba mu ini terlalu lemah untuk melalui semua ini. Dengan dugaan dunia yang maha hebat, hamba mu ini kerap alpha dengan nikmat sementara ini. Kau berilah daku ini keteguhan keimanan, ketinggian kesabaran dan ketabahan hati dalam mendidik anak-anak, dalam apa jua situasi..

Sekali lagi umi teruja untuk berkongsi tentang sifat sabar yang semakin lupus didunia akhir zaman ini. Kita sering lihat, anak2 derhaka yang membunuh sendiri ibu bapa dan saudara sedarang sedaging sendiri. Ada pula ibu bapa yang membuang anak dan kekejaman manusia yang semakin hari semakin bersikap kebinatangan dengan merompak, merogol, membunuh dan pelbagai lagi perkara.. semuanya kerana tiada sifat kesabaran dalam diri.. Ya Allah, lindungi kami umat Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Oleh itu, sebagai hambanya.. yang selalu alpha dan selalu lupa, cuba kita hayati dan tanamkan dalam diri sifat sabar serta sentiasa berdoa agar diberi kesabaran yang tinggi dalam segala hal.. amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator