PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 18 Oktober 2014

Pendidikan awal kanak-kanak, sekolah mana yang patut di pilih?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Anak-anak adalah permata dan mereka adalah harapan menyambung kemasyuran keluarga,bagi mereka yang mempunyai harta kekayaan dan kemewahan tentunya anak-anak diharapkan sebagai penyambung kemasyuran tersebut malah ada juga yang mengharap anak-anak mereka berjaya sebagai khalifah dibumi Allah yang dapat membantu ibu dan ayah diakhirat kelak. Jika itu niat kita sebangai ibu bapa, bagaimana dengan ;pilihan sekolah mereka diawal usia mereka mengenali huruf dan buku??


Mencari sekolah pendidikan awal untuk anak-anak perlulah mengambil kira pelbagai aspek. Seperti umiIzz, umiIzz pentingkan setiap apa yang akan dibentangkan kepada anak-anak kita juga aktiviti harian mereka. Dahulu umiIzz menziarahi setiap sekolah yang menawarkan program pendidikan awal, malah umiIzz turut sama melihat persekitaran dalam sekolah tersebut.

Lebih kurang 5buah sekolah umiIzz melawat dari situ umiIzz kumpulkan beberapa perkara penting seperti subject yang mereka ajar menggunakan sistem apa, waktu pelajaran, aktiviti harian termasuklah keagamaan, kalau umiIzz tentulah pendidikan agama islam diutamakan juga kos yuran dan bulanan.

Dan dalam banyak-banyak sekolah pendidikan awal, umIizz pilih Little Caliph untuk abang Izz memandangkan aktiviti harian mereka tersusun cantik tanpa membiarkan anak-anak leka bermain. Alhamdulillah LC di tempat abang Izz menitik beratkan waktu solat termasuk solat dhuha juga diajar dan diamalkan dalam aktiviti harian.


abang izz menjadi imam solat

Disebabkan itu, usia abang izz 5tahun lebih, beliau sudah boleh solat sendiri dengan bacaan yang betul dan beliau minat mengimamkan kawan-kawan. Alhamdulillah LC Sungai Besi membantu anak umiIzz melakukan solat dengan betul dan galakan tersebut memudahkan umiIzz membentuk abang Izz melakukan solat dirumah dan dimana sahaja tanpa perlu menunggu umiIzz dahulu melakukan solat.

Selain aktiviti solat dan mengaji, LC sungai besi sangat-sangat terbaik apabila aktiviti harian selepas waktu kelas dipenuhi dengan kretiviti guru-guru yang tidak pernah jemu berkongsi dan mengajar ilmu. Alhamdulillah, setiap kali pulang dari sekolah ada sahaja bahan rekaan abang izz ditunjukkan pada uMIizz.. =) malah aktiviti diluar sekolah juga menjadi aktiviti tahunan LC..=) alhamdulillah...Malah abang Izz sudah boleh membaca buku sendiri, kadang-kadang umiIzz tidak berkesempatan membaca suratkhabar, Izz danish tolong baca kuat-kuat untuk umiIzz.. alhamdulillah... Jadi, sekolah beginilah yang tepat untuk uMIizz menghantar anak-anak melalui pengalaman pendidikan awal..

Jika anda ibubapa yang inginkan terbaik untuk anak-anak, kajilah dahulu setiap sekolah yang ingin dipilih, apakah sistem pembelajarannya, aktiviti apa yang dijalan kan sepanjang lepas waktu sekolah dan adakah ilmu islam yang diajar dipraktikkan disekolah.

Apapun pilihan ibu bapa, umiIzz doakan agar ibubapa berjaya memilih sekolah yang terbaik buat sicomel. Perlu diingat, sekolah pendidikan awal adalah pengalaman pertama anak-anak supaya berasa lebih yakin meneruskan pengajian seterusnya di sekolah 

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: