PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 7 Oktober 2014

Salam AidilAdha 2014 - Pengorbanan kita dijalan Allah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, Allah bagi kita bernafas untuk hari ini dan diharap dapat berterusan kehari akan datang agar kita dapat berubah menjadi lebih baik dan lebih beramal.. Walaupun kita rasa kita telah beramal tetapi jadilah manusia yang tidak pernah puas beramal.




Alhamdulillah.. Dalam dunia ini, banyak cabang rezeki yang boleh kita usahakan. Mencuba dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya dan jika tidak usahakan yang lain tanpa putus asa. Allah juga tidak suka jika kita berjaya, kita memandang rendah pada mereka yang kurang berjaya apalagi yang langsung gagal. Namun, dalam dunia ni.. ramai yang suka memandang rendah pada kekurangan orang lain, walhal mereka tidak sedar sebenarnya Allah beri orang lain gagal kerana inginkan mereka yang berjaya itu berjaya. Tapi kebanyakkan mereka adakalanya berkumpulan mengata antara satu dengan lain yang sipolan itu tidak mahu berusaha.. atau kita mengatakan mereka gagal sebab malas..

Sebab kita tak berada dalam kasut mereka, kita tak nampak usaha mereka setakat mana.. kita tak tahu, laluan harian mereka bagaimana.. Apapun setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan besar. Hanya orang yang melaluinya sahaja akan mengakui betapa bernilainya pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya..


Mereka gembira di rumah opah (MIL)

Di kesempatan ini, dalam usia yang Masih berbaki.. Dalamilah apa yang islam berikan panduan untuk menuju jannah. Kadang terlupa, Allah ingatkan dengan UJIAN. Lalu janganlah kita mengeluh kenapa Allah uji sedemikian sebenarnya Allah panggil kita KEMBALI kepadaNya melalui ujian.

Semoga dengan kehadiran AidilAdha, kita memahami maksud tersirat kisah dari pengorbanan seorang anak dan bapa melalui kisah Nabi Ismail dan Ibrahim yang Allah uji dengan keikhlasan mereka dijalan Allah.

Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109:

"Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.

Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu" - Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,".

Salam AidilAdha dari kami keluarga IZZ..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136




Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: