PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 22 Oktober 2015

Abid si Wali Allah : Contoh Ujian Yang Maha Dasyat Berjaya Dilalui

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrhmanirrohim..

Alahmdulillah, petang ni berkesempatan umiIzz nak share cerita yang betul-betul membuka mata hati seorang yang diberi ujian Allah melalui kehidupan didunia ini. Sungguh, umi nak bagi tahu. bukan senang kita sebagai hambaNYa diberi hidayah melalui ujian Allah yang diberi. Ada yang sedar malah ada juga ramai yang makin tersasar.. MasyaAllah, bagaimana cara kita untuk selalu mengingati Allah dalam apa jua keadaan? Semestinya melalui solat 5 waktu, kita benar-benar mengingati Allah setiap hari tanpa jemu.



Diceritakan bahawa terdapat seorang wali Allah yang begitu alim, Abid dan sentiasa dahagakan ilmu Allah. Walau dia mendapat taraf wali tetapi dek kerana merasa kecetekan ilmu yang ada pada dirinya menyebabkan saban hari dia sentiasa berulang-alik ke masjid untuk menuntut ilmu agama dari ulamak dan tuan guru.



Begitulah rutin harian wali Allah itu. Tarafnya yang tinggi di sisi Allah tetapi dia masih merasa kerdil pada yang Esa. Masih banyak ilmu yang belum dia ketahui. Begitulah kita, apabila semakin banyak yang kita belajar semakin ‘bodoh’ diri kita. Bodoh bukan kerana malas tetapi kerana terasa banyak lagi ilmu yang kita belum fahami dan diteladani. Kita mencari ilmu bukan kerana nama tapi kerana agama!

Apa guna pangkat dan takhta andai pengetahuan agamanya lemah! Di padang mahsyar nanti Allah tidak akan mengira status pendidikan kita di dunia. PHD apa yang kita ada? Ijazah apa yang kita cipta dan Diploma mana yang kita rasa? Bukan itu yang menjadi nilai ukur kita. Neraka itu bengis sifatnya. Syurga itu damai rasanya! Kita pasti akan di tempatkan di antara dua. Syurga atau neraka? Di sana nanti kita akan mengikut ketua-ketua kita. Moga syurga jaminan kita!



Berbalik kepada cerita wali Allah tadi. Hampir 80 tahun dia melakukan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t dan pada suatu hari Allah menguji suatu ujian kepada kekasihnya itu. Ujian yang hebat yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Ujian menguji keteguhan iman kepada yang maha Esa.

Di dalam perjalanan ke masjid wali itu bertemu dengan seorang wanita. Wanita itu memanggilnya… “Wahai abid, saya ingin meminta pertolongan dari kamu. Saya ingin mengangkat barang di rumah saya tetapi kudrat saya tidak mampu untuk mengangkat barang itu. Jadi, saya ingin meminta pertolongan kamu. Sudikah kamu menolong saya?” kata wanita itu.

“Erm..InsyaAllah”

Lalu wanita itu membawa wali Allah itu ke dalam rumahnya. Apabila sampai ke rumahnya. Wanita itu mempelawa Abid masuk dan pintu itu di tutup rapat dan dikuncinya. Wanita itu menyelitkan kunci rumahnya di dalam dadanya. Wali Allah itu terpinga-pinga.

“Sebenarnya tiada barang yang perlu diangkat. Kamu hanya perlu mengangkat saya. Marilah kita berzina. Hanya kita berdua di rumah ini.” Rayu wanita itu.

Wanita itu mula menanggalkan pakaiannya.

Wahai Abid, marilah berzina denganku. Di rumah ini hanya kita sahaja. Kau setubuhilah aku kemudian kau pulang ke rumahmu dan kau kembali ke rumah dan bertaubat. Allah kan maha pengampun dan penerima taubat?” Godaan dan tipu daya dari syaitan.

Ujian dari yang Esa kepada seorang kekasihNYA . Wanita cantik di hadapan mata yang menggoda!

Wali Allah itu agak terkejut. Di dalam hatinya berdoa, “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”

Bagaimana pula dengan kita? Iman kita terlalu nipis. Melihat wanita cantik sahaja sudah goyah iman apatah lagi bila berdua. Bersemuka!

Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa……suara ini di dengar oleh hati yang bersih sahaja bukan pada hati yang penuh noda.

“Wahai abid, andai dikau ingin selamat dari wanita ini pergilah dikau ke tandas rumahnya.” Bicara suara ghaib itu.

Dia yakin itu adalah bantuan dari Allah!

Wali Allah itu membuat helah

“Baiklah aku akan berzina denganmu tetapi, izinkan untukku pergi ke tandas untuk melepaskan hajatku.” Kata wali itu.

“Silakan.”

Hanya berserah pada Allah moga dia selamat dari fitnah ini. Wali itu memasuki tandas. Dalam keadaan resah dan mengigil ketakutan suara ghaib itu hadir lagi. Wali itu berdoa lagi, “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”

Tiba-tiba suara ghaib itu menyapa lagi…

“Wahai abid, jika kamu ingin selamat dari wanita itu, ambillah najis (tahi) yang ada di lubang tandas itu dan lumurkanlah ke seluruh badanmu dan kembalilah dikau kepada wanita itu.”

Wali itu dengan penuh ketaatan mengikut apa yang kehendaki oleh suara ghaib itu. Kemudian di keluar dari tandas dan terus berjumpa dengan wanita yang menunggunya tadi dan….

“Ish, busuknya! lelaki apa kau ini? Aku mengajakmu untuk menyetubuhi aku tetapi mengapa kau lumurkan najis di seluruh badan mu?” Soal wanita itu sambil menutup hidungnya. “Keluar kau dari sini!” Kata wanita itu lagi.



Allah telah menyelamatkan kekasihnya dan dia berjaya dengan ujian ini. Wali itu pergi berlalu mencari anak sungai yang terdekat untuk menyucikan dirinya kemudian dia terus ke masjid untuk meneruskan pengajiannya.

Dia datang agak lewat. Pada kebiasaannya wali itu akan duduk di hadapan sekali untuk mendengar pengajian dari Tuan Gurunya. Tetapi kali ini tempatnya sudah diambil orang. Dia duduk di barisan yang paling hujung. Sedang asyik tuan guru menyampaikan syarahannya kepada anak-anak muridnya. Tiba-tiba Tuan Guru itu memberhentikan syarahannya. Dia bagai menghidu sesuatu bau yang menarik perhatian hidungnya. Kemudian dia bertanya kepada semua anak muridnya.

“Sesiapa yang di antara kamu yang berbau?” Soalan ini diulang beberapa kali oleh Tuan Guru itu.

“Akulah insan yang berbau itu.” Bisik wali Allah itu di dalam hatinya. Dia tidak mampu untuk mengangkat tangan kerana fikirnya dia telah melumuri badannya dengan najis sebentar tadi dan abiditu hanya diam tidak terdaya untuk berbicara.”

“Baiklah, jika tiada siapa yang ingin mengaku akanku cium kamu seorang demi seorang.” Kata Tuan Guru itu.

Dia bingkas bangun dan mencium seorang demi seorang anak muridnya namun masih tiada dia jumpa sehinggalah sampai kepada wali Allah itu. Dia menghidu lalu bertanya…..

“Wahai Abid, di manakah kamu perolehi bau ini? Soalan itu ditanya berulang kali.

Akhirnya wali Allah itu menyatakan bahawa dia melumurkan najis dibadannya kemudian dia membersihkannya di sebatang anak sungai.

“ Ketahuilah olehmu wahai abid bau yang wangi ini merupakan bau wangian para nabi dan rasul di syurga. Kamu sudah memperolehnya wahai kekasih Allah. Kata Tuan Guru itu yang juga merupakan wali Allah. Sememangnya ada hubungan rasa di antara wali Allah.

“Wahai abid, mulai dari sekarang kaulah yang layak mengajar di tempat ini.” Ujar Tuan Guru itu.

Allah maha besar. Nikmat yang diberikan oleh Allah begitu banyak. Ujian seperti ini tidak dapat kita rasa tapi jangan pula kita pinta kerana iman kita masih nipis seperti senipis selaput mata. Perbanyakkanlah ibadah kita kepada Allah. Ketahuilah olehmu wahai sahabat semua di bulan yang mulia ini Allah menutup pintu-pintu neraka dan membuka seluas-luasnya pintu syurga! Moga dapat kita perolehi pengajaran dari cerita ini. Jagalah iman kita! Salam.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

0 comments: