PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 14 Mac 2013

Pilih Set Vitamin Shaklee untuk hasil Penyusuan yang lebih baik

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera..

Hari ini umiIzz masih mc (seminggu da mc ni sebab kne ciken cop) nak bercerita mengenai Set Shaklee untuk Penyusuan Susu Ibu. Ramai yang da tahu tentang set penyusuan shaklee sangat membantu, so hari ni terus je cerita tak payah nak mukadimah panjang2 hehe.. Alhamdulillah dengan pengambilan Set ini boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hasil susu yang cukup zat serta membantu ibu sihat dan cergas sepanjang masa.

Potensi menambah susu ibu lebih daripada selalu dengan pengambilan Set Penyusuan Shaklee adalah tidak disangkal sama sekali. Neily sendiri sebagai pengguna setia telah menyetujui ianya adalah benar dan tidak mustahil jika cara pemakanan dan sesi pengepaman yang mengikut jadual setiap hari dilakukan tanpa miss.

Ok ini adalah Set yang ingin UmiIzz beritahu semua:




1) Set B = Alfafa + Vitalea Vitamin B Vita C

2) Set E = Set B [Alfafa + Vitalea Vitamin B + Vita C] + Kalsium 

3) 3M= Set E ={ Set B [Alfafa + Vitalea Vitamin B + vita C] + Kalsium} + ESP 


Alhamdulillah cust yang mengambil set B atau Set E mahupun set 3M sangat berpuashati dengan vit yang mereka amalkan.

UmiIzz Sangat menggalakkan ibu2 mengambil set penyusuan selengkapnya kerana setiap vitamin mempunyai fungsi yang tertentu dan sangat membantu keperluan ibu dan anak dengan lebih seimbang berbanding bila hanya bergantung dengan hanya satu-satu vitamin semata-mata.

Vitalea

Merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi membantu pembinaan sel darah merah dengan sempurna dan mengurangkan risiko kekurangan darah pada ibu yang sedang menyusukan anak.

B complex :

Ianya sangat lengkap dengan 8 kumpulan B dan sangat penting dalam membantu pembinaan darah, menstabilkan hormon dan emosi selain membuatkan lebih bertenaga.

Vitamin C ( boleh digantikan dengan zinc, omega, carotomax, nutriferon atau C 100mg):
Sangat penting dalam membantu mengukuhkan sistem imunisasi anak-anak itu sendiri.

Alfalfa :

Dapat membantu mempercepatkan lagi proses penghasilan susuibu dengan syarat ibu kerap pam/ menyusukan anak.

Ostematrix :

Dikenali sebagai Calcium sangat penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan pembentukan tulang dan gigi kita. Ibu yang kurang kalsium dalam tubuh akan mempunyai risiko osteoporosis manakala anak yang kurang kalsium boleh terganggu pembesarannya.

ESP

Sangat penting untuk pembinaan sel. Pembesaran anak memerlukan cukup protien dan kandungan utama dalam susuibu ialah protien.

Apabila Seorang ibu yang menyusukan hanya fokus pada kuantiti susu yang dipam, tanpa memikirkan aspek keperluan yang lain. Si ibu tadi boleh terdedah pada tekanan, keletihan/kelesuan melampau dan akhirnya mempunyai wajah yang kusam dan tidak berseri. Manakala si anak yang disusukan itu mudah mendapat risiko terdedah kepada penyakit. Dengan pengambilan set yang betul dan bersesuaian bukan sahaja membantu menambahkan nilai baik terhadap kandungan susu, kuantiti susu malah membantu memperlihatkan si ibu yang cantik dan sihat serta anak yang pintar dan cergas.

Sekiranya ada yang berminat nak dapatkan set penyusuan dari Shaklee bolehla menghubungi UmiIzz yang juga agent dan consultant Shaklee melalui :


UmiIzz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur


alynn_41181mr@yahoo.com

Selamat menyusu!!!
 
Salam sayang dari,
 

gif creator
gif creator

Jumaat, 8 Mac 2013

2013 : PRE BESDAY CELEBRATION UMIIZZ

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Alhamdulillah, ada masa nak mecorek.. simpan gambar ni dah lama.. tapi sayang nak buang sebab terlalu comel bebudak duaorang tu.. So simpan sini sebagai kenang-kenangan..



Gamaknya diorang ni.. Terlampau eksited kot nak sambut besday umiIzz siap ada pre besday celebration walaupun 2 hari lagi nak celebrate.. hihih... takdelah..

Sebenarnya diorg saja nak makan kek tu yang saja umiIzz pasang lilin untuk anak-anak suka-suka tengok api lilin melentok-lentok sampai adik amik gambar pun lentok-lentok.. Apapun umiIzz harap tahun ni, umiIzz dapat menjadi ibu yang sangat bersabar dalam mendidik anak-anak soleh dua orang tu dan umiIzz dapat menjadi isteri solehah buat abiIzz.. bukan senangkan nak dapatkan tittle tu kat sana nanti.. Ya Allah mudahkanlah urusan kita semua..

Setiap manusia diberikan ujian Allah, semakin ingin nak jadi baik semakin kuat ujian itu datang.. Allah uji sebab dia sayang kita dan nak didik kita dalam pelbagai bentuk salah satunya adalah sabar. Kerana manusia fitrahnya kurang sabar.

Apakata jom layan gambar..

Tengokla jelingan adik Izz yang manja dan senyuman abg Izz yang lebar tu, alahai nak.. rasa umiizz tak puas membesarkan korang diwaktu kecil ini..


Abaikan tisu yang berselirat tu ya..

Oklah selamat beramal...

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,



  gif creator

gif creator