PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 19 November 2015

Apakah Cukai Taksiran dan Bilakah tarikh sebenar bayaran terakhir Cukai Taksiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Selamat pagi semua..
Siapa berpuasa hari ni, alhamdulillah.. moga sampai berbuka insyaAllah..




Ni nak cerita ni.. sape kat sini bayar cukai taksiran?? Hehe, sedikit jakun sebab selama ni abiIzz yang uruskan tapi kebetulan masa tu abiIzz tak sempat nak settlekan memandangkan beliau terpaksa outstation.. So umiIzzlah yang uruskan.. sebenarnya tak perlu susah macam dulu-dulu hanya bayar online je.. hehe. ni umiIzz nak share sikit kenapa kena bayar cukai taksiran dan apakah cukai taksiran tu??



"Kerjasama Anda Menjelaskan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Akan Menjayakan Pembangunan Untuk Kepentingan Bersama

APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran


SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.


MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-

Setengah Tahun Pertama 1 Jan - 30 Jun

Setengah Tahun Kedua 1 Jul - 31 Dis

BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

TEMPOH Tarikh Akhir

Setengah Tahun Pertama 31 Mei Setiap Tahun

Setengah Tahun Kedua 31 Oktober Setiap Tahun


INGATAN KERAS!!
Cukai taksiran @ Cukai pintu DBKL perlu dilunaskan 2 kali setahun iaitu pada penggal pertama dan penggal kedua. Bagi penggal pertama bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari manakala untuk penggal kedua pula bayaran hendaklah dibayar sebelum 31 Ogos

Kalau selepas dari tarikh tu, denda mengikut kawasan perbandaran anda ya, macam umiIzz dikenakan RM20 jika lewat bayaran dari bulan Febuari dan Ogos.. So kena lah elert sangat-sangat. Rugi tau RM20 tu masuk tabung anak-anak lagi molek. So kalau dapat sampul dari perbandaran tu hendaklah korang semua buka cepat-cepat. Bayar terus melalui transfer online bank.

APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA

Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.

KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.

APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI

Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.

BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI

Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.

JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.

TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
Perlaksanaan waran tahanan harta alih.
Pelelongan harta alih yang dirampas.
Tindakan mahkamah.


P/s : Semua cukai taksiran MAJLIS-MAJLIS telah dihantar pada bulan JULAI ini
Harap dapat menjelaskan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan
Jangan tunggu BIL sampai terus ... sahaja ke PEJABAT PBT dengan
menyertakan NO KAD PENGENALAN atau BIL LAMA

Selamat menunaikan tanggungjawab!!

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

1 comments:

Rizziela berkata...

Rasanya ada invoice yg sampai kat rumah kan..kat situ ada due date dia kan