PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 4 November 2015

Besday Abi Part 1 : Kad Besday Abi Izz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Harini rabu.. 4 November 2015.. Anak-anak bangun pagi dengan penuh semangat. Kejut sekali je dah lompat nak mandi.. UmiIzz senyum je tengok gelagat mereka..




Kenapa mereka hari ni semangat lain macam??
Ada kisahnya, hari ini hari lahir abi mereka... Saat yang ditunggu-tunggu untuk memberi hasil kreativiti masing-masing pada abinya, itu yang mereka bersemangat sungguh bangun, mandi dan siap cantik-cantik dan wangi.

Cerita balik apa yang terjadi sebelum hari ini.. Masa kejadian abiIzz tidur lena.. Waktu tu hujan dan anak-anak takde aktiviti nak buat. UmiIzz tanya, hadiah apa korang nk bagi pada aBi? tibe-tibe si abang Izz kata nak surat khabar, umi duduk sini la biar abang ajar adik baca.

Nak dijadikan cerita, mereka berdua masuk bilik.. senyap tak dengar apa-apa tapi sesekali terdengar gelak dan jerit nak-nak oleh si adik Izz tapi ditegur oleh abangIzz..

Umi try usha.. rupanya dah siap kertas lukisan dibahagi dua, gunting, gam, surat khabar yang diminta tadi, pensil dan color.

Nak tahu jadi apa??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Itulah kerja diorang, dalam diam pandai pulak nak buat kad besday abiIzz yang jatuh pada hari ini. UmiIzz layankan jelah.. pandai pulak siap minta umiIzz potongkan bentuk love..

Layan je lah kan, bila anak-anak nak berkarya.. kita kenalah galakkan..

Dan hasilnya pagi tadi sebelum diorang sarapan.. terjinjit-jinjit kaki masing-masing bagi kad pada abiIzz.. punyalah senyum lebar abiIzz baca..

Nak tengok?

yang kiri kad adik Izz yang kanan Kad abg izz, 
mintak bunga konon bagi cantik, layankan jelah umiIzz ni..

Ini dari adik Izz nak lukis dia xberapa pandai, 
jadi tampallah gambar macam superhero..

Ini hasil abang Izz 100%
walaupun tak cantik tp umi rasa bangga kerana 
ini hasil abang izz dari hati dia sendiri..

Oklah, nanti sambung cerita hadiah pula ya..

Selamat hari lahir abiIzz..
Moga Allah lindungi mu selalu..
Dan moga selalu mendapat rahmat dan keberkatan dariNya..
amin....



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: