PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 18 November 2015

Resepi Soto Ayam ala UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Sape suka makan soto? UmiIzz suka makan soto, termasuk anak-anak dan suami. Kalau makan tu kan, memang naik selera sebab anak-anak suka.. sangat bahaya kepada berat badan hihihi.. Alhamdulillah, apa yang menjadi kegemaran mereka adalah yang membahagiakan umiIzz ketika memasak.




Seronok nak masuk gambar, mestilah umiIzz share sama resepi soto, agar yang mencari resepi paling mudah ni senang je kat internet kan?

Ok jom belajar buat soto ayam simple oleh umiIzz..

Soto Ayam
Oleh : UmiIzz

Bahan bahan:
I ekor ayam – cincang dadu
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
sedikit lada hitam
serbuk kunyit untuk goreng ayam..
Air

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan bahan Lain:
Taugeh – celur (umiIzz xletak sebab abi dan anak-anak xsuka walaupun umi suka =D)
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris (ikut nak ketak ke tak)
Bawang goreng
Nasi Impit – direbus awal, sejukkan dan potong kecil
5 biji Kentang direbus
300g isi ayam cincang
6 biji cili padi
Kicap secukupnya
Gula dan garam ikut rasa
Sebiji telor dipukul
Sedikit tepung gamdung

Cara membuat Sup Soto
Memula sekali tumis semua bahan kisar tadi dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, lada putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga. Tumis semua hingga naik bau dan pecah minyak. 

Setelah itu masukkan separuh ayam yang telah dicincang dadu dan tambahkan air biarkan mendidih..
Tambah garam secukup rasa dan biarkan masak hingga pecah minyak ayam
Cara membuat Begedil
Ambil kentang yang telah direbus dan lenyek-lenyekkan, gaulkan dengan ayam, sedikit bawang merah yang telah dikisar dan sedikit lada hitam. Lada hitam ni nk bagi rasa pedas-pedas sikit, kalau suka letak serbuk sup segera.

Gaul sebati..
Ambil secubit-secubit bulankan dengan sedikit tepung agar tidak melekat lalu leperkan (yang ni ikut lah nak bagi bulat terus atau sedikit leper).. Susun didulang.

Panaskan minyak masak dikuali, celupkan begedil yang telah dibulatkan kedalam telor yang telah dipukul dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan..

Cara membuat sambal kicap johor (resepi turun temurun)
Tumbuk cili padi bersama sebutir bawang putih apabila hampir lumat masukkan gula mengikut citarasa, kalau umiIzz xberapa manisla.. cukup rasa sahaja.
Hidangkan..

Baki ayam yang dipotong kecil tadi, tambahkan serbuk kunyit dan kari juga garam mengikut kesukaan dan goreng hingga garing. Ia bagi rasa soto lebih sedap lagi kata abiIzz..

Inilah dianya Soto Ayam Ala UmiIzz.. abaikan warna sup yang terang tu telah di cantikkan oleh kamera 365'.. ya Allah sabar jelah 

Ini gambar begedil yang telah luak.. dapat banyak tau dengan 4 biji kentang saiz besar.. 4 kali goreng penuh kuali.. Puas makan

Ini gambar Soto Ayam Ala umiIzz ulangan.. sedap-sedap.. 
gambar pucat lagi sebab amik pakai 365'

Okla setakat ni dahulu cerita pasal soto ayam ni.. macam rasa nak buat lagi pulak.. selamat membuat





Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: