Bismillahirrohmanirrohim..
Oleh kerana kat kampung tak on langsung Blog.. disebabkan menghabiskan masa sepenuhnya bersama anak-anak dan ayah ibu.. Makanya hari ini baru nak terobek kembali cerita kami di sana.
Perjalanan dari KL ke Johor kami pada selasa minggu lepas, syok nye bila umiIzz sendiri cadang naik bas bersama anak-anak. AbiIzz benarkan, alhamdulillah inilah pertama kali buat adikIzz tapi tah berapa kali buat abang Izz. Saja bawak mereka pulang menaiki bas agar enjoy perjalanan mereka lalui tanpa terlalu rindukan abi.
Kat TBS, punyalah eksited nak naik bas
Tengok posing bukan main
Abang Izz duduk seat single..
Dalam perjalanan tidur.. Alhamdulillah
Duduk ok lama-lama lena.. alhamdulillah..
Kalau tengok gambar-gambar tu, nampak juga mereka sedikit eksited dan cool.. tapi semakin dekat di bandar bas stand, semakin tak sabar si adik Izz. Siap cakap, kenapa kita ke sini, adik nak kampung.. bukan sini.. Ini bukan kampung.. alahai budak cerdik.. lucu ada, letih pun ada nak terangkan bagi faham..
Bila dah sampai kat kampung tu, bukan main lagi mereka berdua. Seronok yang teramat. Si abang danish siap ikut pak ude jalan-jalan bermain game lagi hari kedua. UmiIzz dengan adik kat rumah saja tak kemana.
Dengan adik sepupu..Alia
amboi.. pandai..
Atuk menghantar nenek ke klinik untuk cekup, sayangnya nenek hampir kene tahan wad sebab darah tinggi lebih sedikit. Patutlah asyik mengadu pening kepala je. Risau umiIzz sampaikan pesan pada nenek, jaga makan.. nanti mak sakit..
Pagi raya tu, abang dan adik izz ikut atuk dan acu solat sunat AidilAdha. Dapat perkhabaran dari abiIzz disana beliau sihat dan selamat, alhamdulillah. Walaupun hati agak berdebar-debar kerana peristiwa rempuhan di Mina, namun lega kerana kedengaran tiada kemalangan dari JH Malaysia.
Aktiviti rumah nenek.. Lego..
Yang ni usai solat Sunat Aidil Adha.. tengah tunggu nak makan.. ruang tengah rumah nenek..
Hari jumaat tu, umiIzz ikut nenek ke Kulai, dalam dia tak sihat, sibuk juga nak cari barang umi... So nak tak nak, layan je la.. jerebu juga masa tu agak teruk tapi layankan jela. Dapatlah kain langsir untuk bilik abang izz nanti. Cuma tak berapa suka cara jurujual melayan customer, dan bila kita dah potong dan balik baru perasan si jurujual salah potong. Sangat tensen tapi umiIzz husnozun sahaja dengan jurujual cina tu. Takpelah.. ada hikmah mungkin kan?
Pagi sabtu tu, majlis korban dijalankan.. Ayah kata dapat seekor lembu yang besar. rezeki kami dan mereka semua alhamdulillah.. double Izz tak dapatlah ikut kerana cuaca jerebu umiIzz tak berani nak lepas. Alhamdulillah semuanya dimudahkan Allah.
Semoga pengorbanan yang dilakukan dengan susah payah ini, diterima Allah SWT dengan lebih lagi disisiNya. Terima kasih Allah kerana mudahkan urusan ayah dan mak umiIzz sekeluarga.
Yang ni, imam umiIzz lega dah settle melontar ditemani orang arab..hehe
Botak dah bang aji umiIzz..
Alhamdulillah
Hari sabtu tu, masak sekali lagi lodeh dengan ayam masak merah, yang ni sebab nak bagi angah merasa la pulak sebab dia balik lewat raya haji ni, so ayah dengan mak kesian.. masakkanlah jugak.. Petang tu umiIzz buat puding roti sos castard.. Resepi boleh clik disini
Masak guna Pemanggang Ajaib nenek yang umiIzz belikan kat langkawi tempohari..
Hari ahad tu, umiIzz dan double Izz pulang ke KL.. masa ni tumpang angah.. tengok le keterujaan dapat jalan naik kereta pakngah diorg ni..
OTW ke KL dalam kereta pakngah..
Bila dah sampai KL, tersedar dari tidur, si adik Izz merengek-rengek nak kampung, nak kampung.. Agaknya lah kan.. dah seronok main dengan atuk dan nenek.. rasa rindu nak tinggalkan.. Alhamdulillah, selesai semuanya, harini kembali bertugas.. kesian nenek dan atuk di kampung sebab rindu pula bila cucu-cucunya kembali kerumah masing-masing.. InsyaAllah kita berjumpa lagi ye nenek..
Selamat berjumpa lagi aldiladha akan datang, insyaAllah
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan