PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 15 September 2015

Jerebu di Kuala Lumpur Cuti Sekolah 15.09.2015 : Tips menghadapi Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Keadaan jerebu di Malaysia terutamanya di kawasan Kuala Lumpur makin bertambah buruk, sampaikan abi izz tak benarkan abg izz pergi sekolah isnin semalam.. Betul-betul risaukan keadaan abgIzz yang sedikit alah dengan udara kotor. Memang betul, kanak-kanak yang sensitif lebih cepat mendapat penyakit dengan keadaan jerebu yang makin parah harini.





Siapalah kita untuk bercakap banyak, pada pandangan umiIzz tahap keselamatan anak-anak tidak sama dengan orang dewasa memandangkan mereka belum mempunyai imun yang kuat untuk melawan wabak penyakit. Yang ada hanya Allah SAW untuk mengharap sebagai pelindung anak-anak.



Baru umiIzz menulis berkenaan keadaan jerebu yang agak teruk mendatangkan kesan tidak baik terhadap anak-anak, dan hanya Allah yang boleh membantu lindungi mereka di sekolah, sebab umiIzz tahu takkan semua guru mampu memantau anak-anak disekolah. Lebih0-lebih lagi anak-anak yang sangat pandai seperti anak umiIzz sendiri. =) Alhamdulillah..

Namun siapa tahu, Allah yang memegang hati manusia menggerakkan mereka untuk menutup sekolah hari ini kerana usaha ibubapa berdoa agar anak-anak diberi perlindungan sewajarnya? Alhamdulillah terima kasih Allah.

Pengumuman dibuat malam tadi selepas bacaan IPU mencecah 207, masa tu umiIzz dah terlena dek kepenatan seharian. Namun, sorang suami yang bertanggungjawab mengingatkan umiIzz yang harini sekolah ditutup. Terima kasih Allah kerana berikan seorang suami yang mengambil berat walaupun jauh.

Jam 1.15 pagi beliau text umi. Umi tersedar pada jam 3.15pagi dan tergerak hati nak tengok jam di handphone. Macam tak percaya pun ada sekolah ditutup tapi alhamdulillah, anak-anak mendapatkan hak perlindungan dirumah yang lebih baik.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Moga keadaan jerebu bertambah baik dan kesihatan mereka yang tidak baik juga menjadi lebih baik.

Tips yang dapat umiIzz berikan pada musim jerebu ini, banyakkan meminum air masak/kosong,, kurangkan aktiviti diluar rumah dan sentiasa memakai topeng pernafasan ketika berada diluar rumah.



Pastikan pengambilan Vitamin C melalui buah-buahan segar ataupun cuba dapatkan stok Vitamin C Chewable Shaklee untuk anak-anak ambil sebiji sehari. Anak umiIzz memang diberikan Vitamin C setiap hari sebagai imun kepada alahan udara kotor.



Oklah selamat bercuti pada adik-adik..

UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,




gif creator
gif creator