PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 30 September 2015

Lotus Desaru : Percutian menarik seisi keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. Hari ni walaupun jerebu masih nampak tidak berapa elok untuk anak-anak keluar rumah.. makanya setiap ibu pasti tahu menjaga anak masing-masing untuk tidak melakukan aktiviti diluar kawasan.. Macam umiIzz sendiri, umiIzz lebih suka berpesan pada abang Izz setiap kali beliau ke sekolah, supaya tidak berada diluar kelas atau bermain diluar kelas. Almaklumlah nama pun budak. Makanya diharapkan para guru agar dapat membantu ibubapa memantau anak-anak murid disekolah sepenuhnya. Sebab, si kecil itu.. yang baru belajar, wajib kita pantau memandangkan tanggungjawab kita sebagai guru sangat dipandang berat diakhirat kelak. Namun harapan umiIzz atau semua ibu-ibu mestilah Allah selalu menjaga anak-anak kita.. =)




OK, berkenaan tajuk tu.. umiIzz sebelum ni terlalu sibuk sehinggakan tak sempat update blog dengan cerita menarik percutian umiIzz so kalaun rasanya ada sesiapa yang nak review kisah Lotus Desaru boleh la umiIzz kongsikan pengalaman kami sepanjang bercuti disana..

Tempat menarik, sejuk dan nyaman.. juga sesuai untuk pengantin baru kerana tidak terlalu penat nak bergerak jauh-jauh.. maka kat lotus ni sesuai juga jika dijadikan tempat honeymoon.

Kami pergi bercuti masa lepas kenduri adik umiIzz hari tu. UmiIzz sebenarnya nak kenalkan kepada abiIzz tempat menarik di Johor disamping membawa anak-anak kenal tempat-tempat ditempat kelahiran umi mereka.


Tengok le anak-anak posing, ditambah muka abiIzz macam tu tah pape hihih



Gaya macam ni pula..


Akhirnya abiIzz maybe dah penat senyum hihihi,, anak-anak yang sangat soweeet


Ok bergambar dulu sebelum mandi-manda..

Sorylah gambar dalam bilik yang agak romantik, ini abiIzz yang pilih, so layanlan jelah kan.. si adikIzz dan abang Izz tanya kenapa pula ada itik atas katil ni umi?? =P Sila abaikan






Kitorang tak banyak sangat berada dalam bilik, abiIzz siap ajak pergi main pasir kat tepi pantai.. so umiIzz ikut jelah.. selagi tak menyalahi peraturan Allah, on je.. cumanya umiIzz tak mandi sama.. memang kalau ketempat macam ni, memang umiIzz jarang basahkan baju.. I is malu,ok.. Oleh kerana adikIzz je yang ada dengan umiIzz so gambar dia je lah banyak.. gambar abang izz tak dapat umiIzz amik sebab dia sibuk main air tepi pantai dengan abi.. so excited abang izz.. Adik izz masih takut so layan pasir jelah..



  










Nilah gambar abangIzz yang kebasahan main air pantai yang deras jugak lah tengok..nasib dia tak dihanyutkan air..risau umiIzz..


Ok, pandai selfie sendiri dah sekarang ni.. hamboi..

Kat sana ada bas hangkut-hangkut.. hehehe ini panggilan abang izz, layan jelah.. senang juga ada bas ni, so tak lah penat jalan jauh dari tempat penginapan nak ke tepi pantai.. main di tepi pantai best juga sebab angin kuat..











Kat bawah ni gambar aktiviti kat waterpark,serius enjoy dan gumbira si anak and bapak dengan sampai si adik Izz yang kecik tu dengan sendirinya berani meluncur dalam air yang akhirnya jatuh kedalam kolam yang agak tinggi.. serius suspen umiIzz masa tu perhatikan dari atas sebab xjoin sama.. Just tengok diorg je.. tak nampak pula adik meluncur, nampak-nampak abi jalan dengan mula sedikit risau tengah cari-cari. So umi pun mencari-carilah kelibat adik, dalam hati berteka-teki.. MasyaAllah, betullah adik meluncur dahulu dan umi sendiri tak perasan sebab dia terlalu kecik, sampai dalam kolam tu dia diasak-asak dan pelampungnya terbalik.. Nak menjerit umiIzz namun maha kuasa Allah ada seorang kanak-kanak besar sempat tarik tangan adik Izz dan beliau kelihatan pucat ketakutan sebab dah meluncur jatuh dari pelampung yang terbalik tu.

Abi, kata.. dia tengah tunggu abang Izz tak sangka adik meluncur sendiri dengan berani. So seharian tu, aktiviti di waterpark kami stop kerana adik ketakutan. Kitorang pun main air tepi pantai jelah.. Pengalaman untuk adik Izz..

Tapi esoknya kembali ok dan main air kat waterpark macam biasa..


Abi terus peluk na dukung adik Izz..

Ada semangat lagi nak main..

Alhamdulillah dah boleh senyum walaupun dia masih takut-takut..

Ha... nila air kelapa gergasi yang best tu.. Kalau tadahan air penuh je, air tu akan melimpah n sape yang tak perasan opkos basah.. tapi ada yang menunggu air jatuh.. umi??
Tidaklah..



Walaupun keadaan agak cemas di waterpark, tapi mereka berdua tetap seronok dan syukur kerana tiada perkara tidak baik berlaku.. Apapun perkara itu umi anggab sebagai pengajaran untuk adik Izz agar lebih berhati-hati dan sabar dalam melakukan apapun..

Yang penting nak bagi tahu, tempat ni memang best dan kalau korang nak turun johor, boleh juga pilih tempat ni sebagai tempat percutian menarik..

Selamat bercuti..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: