PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 14 September 2015

Fatimah Azzaharah Part 4 : Sejarah Puteri Kesayangan Nabi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Sambungan dari kisah puteri kesayangan nabi sebelum ini boleh rujuk disini


Di lembah tandus itulah tempat Muhammad s.a.w. bersama-sama dengan ahli keluarga Banu Hashim dan al-Muttalib dipaksa tinggal dengan bekalan makanan yang terhad. Fatimah merupakan antara yang termuda di kalangan mereka – beliau berusia lebih kurang dua belas tahun – dan turut merasa hidup tersiksa berbulan-bulan lamanya. Tangisan wanita dan kanak-kanak kelaparan boleh didengar hingga ke kota Makkah. Kaum Quraisy menghalang sebarang perhubungan dengan umat Islam yang dipulaukan itu. Kesengsaraan mereka hanya berkurangan sedikit tatkala tiba musim haji.

Pemulauan itu berlangsung selama tiga tahun. Setelah ia berakhir, Rasulullah terpaksa pula berhadapan dengan lebih banyak cubaan dan dugaan. Khadijah, isteri yang setia dan patuh, meninggal tidak lama kemudian. Dengan pemergian Khadijah r.a., keluarga Rasulullah telah kehilangan satu punca ketenangan dan kekuatan yang mempertahankan mereka pada waktu-waktu ditimpa kesusahan. Tahun di mana Khadijah r.a., dan kemudiannya Abu Talib r.a., meninggal dunia dikenali sebgai Tahun Kesedihan. Fatimah yang kini di alam remaja bergitu berdukacita atas pemergian ibunya. Beliau sering menitiskan air mata dan jatuh sakit buat satu ketika disebabkan terlalu sedih. Bahkan beliau dikhuatiri meninggal dunia akibat kesedihan yang melampau. Walaupun kakaknya Umm Kalthum tinggal bersamanya pada waktu itu, Fatimah merasakan satu tanggungjawab besar yang harus beliau pikul setelah pemergian ibunya.



Beliau menyedari perlunya sokongan yang lebih besar untuk bapanya. Dengan penuh kasih sayang, beliau menumpukan seluruh tenaga dalam menjaga setiap keperluan bapanya. Komitmen beliau yang begitu serius terhadap Rasulullah telah menyebabkan beliau diberi gelaran ‘Umm Abi-ha’ yang bermaksud ‘Ibu kepada Bapanya’. Beliau jugak memberikan sokongan moral dan ketangan rohani ketika baginda dilanda dugaan-dugaan dan kesulitan. Kadang kala beliau tidak mampu menghadapi dugaan yang tiba.

Pada ketika ini, berlaku satu kejadian di mana sekumpulan penyangak Quraisy telah mencampakkan debu kotoran dan tanah ke atas kepala baginda Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja baginda pulang ke rumah, Fatimah menghilangkan kotoran itu dari kepala baginda sambil menangis. ‘Jangan engkau menangis, wahai anakku,’ kata baginda, ‘Allah akan melindungi bapamu.’ Baginda Rasulullah terutamanya sangat menyayangi Fatimah.

Baginda pernah bersabda, ‘Barangsiapa menyenangkan Fatimah, maka dia telah menyenangkan Allah dan barangsiapa membuatkan Fatimah murka, maka dia telah membuatkan Allah murka kepadanya. Fatimah adalah sebahagian dariku. Apa yang menyenangkannya, menyenangkanku dan apa yang tidak menyenangkannya adalah tidak menyenangkankan bagiku.’

Beliau turut bersabda, ‘Ada empat wanita yang terbaik di dunia ini : Mariam, Aasiyah isteri firaun, Khadijah ummul mukminin, dan Fatimah anak Muhammad.’ Dengan demikian Fatimah menempati kedudukan istimewa di hati Rasulullah yang hanya dimiliki isteri baginda, Khadijah. Fatimah r.a. diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”.



Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.

Ok, cukup dahulu kisah puteri kesayangan Nabi Muhammad yang dapat umiIzz kongsikan.. InsyaAllah, umiIzz akan sambung lagi pada masa akan datang..

Boleh lihat kisah berikutnya di sini

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: