Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah.. tengahrini, cuaca agak mendung menampakkan tanda jerebu masih banyak bersisa. Moga Allah menambahbaikkan lagi keadaan cuaca dengan kualiti udara yang lebih baik.. amin.. insyaAllah..
Baru berkesempatan nak bercerita kisah semalam.. aktiviti semalam dan cuti dua hari semalam..Korang buat apa?? UmiIzz macam biasalah mengemas-mengemas dan terus mengemas sementara nak pindahkan barang-barang rumah ke rumah baru kami, alhamdulillah.
UmiIzz memang diajar dari kecil sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas tak kira dimana, lebih-lebih lagi bila dah beranak pinak ni.. Sebab nak biasakan mereka juga keadaan sekeliling yang bersih agar mereka tahu kebersihan tu perkara yang dituntut dalam agama.
Maka penat mana pun, kemas jugalah. So aktiviti hari sabtu tu umiIzz kemas barang-barang tupperware umiIzz. OK nanti kalau dah ternampak gambar tu, abaikanlah yang tak berapa nak cun tu ya. Almaklumlah, nak pindah ni memang kene rajin sikit mengemas dahulu supaya kita tak lupa apa yang kita bawak dan kat mana bungkusan tu.
Bungkusan Tupperware yang perlu di kumpulkan dan sort ikut kategori.. ini baru sikit yang keluar dari almari.. ada lagi berkotak-kotak dan berplastik-plastik..
dalam proses sort jenis tupperware
Banyak tak?? ini sebahagian tuppeware umiIzz
Ok, ini contoh yang dan siap sort mengikut jenis tupperware.. yang ni umiIzz guna untuk freez.. memang terbaik tau..
Kebanyakkan tuperware umiIzz ini umi dapat free semasa umiIzz aktif mengambil order belian dari kawan-kawan.. Ada tu bila belian mencukupi syarat yang ditetapkan, umiIzz pun dibenarkan mencabut cabutan bertuah.. ada tu kne cabut tiga kali dan setiap cabutan ada hadiahnya.. serius memang best sebab hadiah yang umi dapat pun bukan kecik-kecik tp besar-besar dan ada tu limited addition.. ha bestkan rezeki umiIzz??
Pakai brand ni memang best la sebab bila rosak, kita boleh minta tukar ganti balik yang terkorak atau pun patah. Mereka akan cek kerosakan berlaku samada disengajakan atau tak.. barulah mereka ganti yang baru..
Kita kenalah bijak kan menjadi pengguna.. Tipuware pun ada lebh kurang 1 plastik besar jugak umiIzz pilih yang elok sahaja umiIzz pack. kotla nak pakai, senang nak cari nanti. DAh rupa gudang store tupperware..
Tapi tak boleh lawan kakak ipar umiIzz yang memang galak simpan tupperware.. Memang terbaik.. satu bilik khas sahaja tupperware kot.. heheh.. beli sebab cantik dan sayang nak guna.. Takpelah banyak duit.. hehe
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan