PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Isnin, 14 September 2015
Takziah buat Jemaah Haji Korban Kren Di Makkah : Perkhabaran abiIzz, doakan mereka
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim
Hari Wukuf makin hampir.. Para jemaah juga sudah semakin ramai berada di tanah suci mekah. Walaupun kejadian sedih baru menimpa semua jemaah disana, namun perjuangan untuk menunaikan rukun islam ke-5 tidak mematahkan semangat jemah lain mahupun saudara lain yang tidak terkorban sama.
DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Yang terlibat semuanya adalah yang terpilih dikalangan yang terpilih. Jihat mereka yang terkorban menunaikan rukun islam ke-5 diberikan hadiah lain oleh Allah SWT.
Jom sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat almarhumah yang dipanggil mengadap Allah SWT:
Shahid mereka hanya Allah yang tahu, kita doakan semoga amalan mereka semua diterima Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mati itu pasti, cuma awal atau lambat sampainya hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, AbiIzz waktu itu ada tugasan di padang Arafah dan ingin bergerak melawat tapak, namun disebabkan angin kuat dan hujan, lawatan tapak dibatalkan dan beliau berada didalam pejabat menyiapkan tugasan lain.
Maha Suci Allah, kejadian berlaku disana jam 5.30petang dan di Malaysia pula waktu itu jam 10.30petang.. Waktu itu, umiIzz berhubung dengan AbiIzz namun tiada jawapan. Mungkin keadaan ketika itu terlalu sibuk dengan panggilan kecemasan dan pelbagai.. Alhamdulillah, beliau dalam lindungan Allah.
Mari kita semua mendoakan keselamatan para jemaah haji agar dimudahkan urusan dan dilapangkan perjalanan menuju hari wukuf dan selamat sampai ke tanah air kembali kepangkuan keluarga..
Apa yang terjadi hanya Allah yang maha mengetahui, sebagai hambanya kita redha dan pasrah agar roh almarhum dipermudahkan urusan dan dicucuri rahmatNya. Semoga seluruh ahli keluarga aewah redha dan faham yang baik semuaNya dari Allah dan percayalah Allah pilih mereka dikalangan yang terpilih.
Amin, InsyaAllah..
Moga kita juga pergi dalam keadaan husnul khotimah.
InsyaAllah
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan