PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 6 Ogos 2011

Menangis

Assalamualaikum...

Pagi ini tetiba teringat untuk menulis di blog yg sangat usang ini. Tah kenapa ada seuatu yang ingin disampaikan atau dibukukan.. Ianya mengenai hati.. hati kita terlalu sensitif dan bila diuji dengan kebahagiaan kita mudah menangis tak kiralah didalam hati mahupun mengalir dipipi.. Itu bagi yang bersyukur, bagi yang tidak akan terus takbur dan riak.

Menangislah wahai hati.. lebih2 lagi dibulan ramadhan yang mulia. Allah selalu mendengar akan rintihan mu dan memakbulkan setiap permintaan mu. Kuatkan hati untuk bangun bertahajud ditengah malam.. alirkan cinta mu pada Illahi dan kamu takkan berpaling untuk mencari yang lain kerana jiwamu yang tenang telah dihiasi sebuah cinta abadi. Andainya sebelum ini kamu pernah tersasar dari landasan.. pohonlah padaNya petunjuk dan hidayah.. Nescaya semua itu akan kamu perolehi walaupun terlalu lama kamu menantinya.

Allah akan terus-terus menguji dirimu tak kiralah dengan cara apa sekalipun. Namun kamu hendaklah sentiasa berSABAR dan REDHA diatas ujianNya. percayalah menangis itu mampu mengubat hati yang lara, namun biarlah menangis dengan bibir terus-terus berzikir dan kamu akan tenang dengan setiap dugaanNya..

Wanita, dirimu lebih kuat dari segala2nya, jadi sabarlah dengan setiap dugaan Allah dan jangan lupa sujud dan berdoa selalu padaNya.. Insyaallah aan dipermudahkan

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator