PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 31 Oktober 2011

Kenapa 50 saguhati tu kene wat camtu plak???


Assalamualaikum.. WBT..

Terima kasih kepada semua yang sudi join walaupun masih tak berapa ramai tapi syukur ada yang sudi.. Lama umid@nish menyepi kerana tidak sihat, alahan teruk dan sibuk di tempat kerja baru. Nak suaikan diri ditempat baru dengan keje baru, bos baru, kawan2 baru, suasana baru... aduhai memang letihla korang, rasa nyesal tukar pun ada tapi demi mencari ilmu baru kene la berhijrahkan??? MInta maafla umid@nish tak jalan2 umah korang dan tak tinggal jejak macam selalu.. Ada yang tanya untuk apa sebenarnya doa ni, apa jadi dan kenapa.. Untuk makluman korang, sebagai hambanya kita perlu selalu doa yang baik2kan.. tak kiralah untuk siapa... Nak panggil korang datang jauh2 untuk kenduri kendara, umi d@nish tak sihat nak masak dan masanya tidak ada, jadinya disini sahajalah kita mengeratkan silaturrahim dan berdoa untuk abid@nis# yang jauh.. Kepada yang terpaham, umi harap biarlah simpan dihati sahaja.. =) Dan kepada yang tertanya2 takde apa2 yang perlu umid@nish jelaskan melainkan niat memberi amal jariah disamping mengeratkan tali persaudaraan sesama islam.

Ok, apa tunggu lai?? Banyak tu 50pcs.. meh la tolong umid@nish habiskan saguhati hanya tinggalkan komen berunsur doa untuk abid@nis# di entry ini. Nanti da tibe masa umidanish kumpul nama yang sudi dan umi minta korang email setiap alamat rumah. Tiap2 tahun umidanish memang ada sediakan contestkan? tapi kali ni tanak contest da, ianya ikhlas sekadar ingatan untuk kawan2 yang sudi.. Jadi semua dapat dan semua akan senyum girang walaupun hadiahnya hanya tak seberapa tapi nnt kalau korang terpandang ke, ble la ingat umidanish selalu =) cewah... sapela umidanish ni kan????perasan nak suh igt selalu plak..

Tadi cek sekali lagi susulan wad aritu.. subhanallah masa doktor scan baby, baby sedang pandang scan dan bila tgk kat screen seolah2 dia memandang kami semua.. Yang paling mengejutkan bila doktor memberi salam pada baby, baby seolah2 menjawab dengan menggerakkan mulut wa'alaikumussalam.. maha suci Allah.. dktor pun terkejut.. pastu baby terus hisap jari.. baby alhamdulillah sihat tp uminya yang tidak berapa sihat lagi dan dapat mc sampai jumaat ni..


k la korang selamat menyambung tugas.. sape ada geng blogger jom ajak depa join saguhati cameron tu erk..


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

Ahad, 30 Oktober 2011

50 saguhati dari cameron.. takde yang nak ke?


Assalamualaikum...

Umid@nish masih tak sihat lagi.. Jadi duduk2 dirumah sahajala.. Saguhati dari Cameron tu umidanish kirim dengan kawan ofis, depa p sana sebab ada kursus.. So umi d@nish kirim jela saguhati sempena nak bg kat kengkawan yang sudi.. tapi nampaknya masih belum ada sambutan yang menggalakkan.. Korang tak sudi ke nak terima saguhati dari Umid@nish? ada 50pcs semua sekali tau.. so sape2 nak bole tinggalkan komen berunsur doa untuk abid@nish kat sini.. Tak perlu tulis berjela2 pun takpe doa2 tu.. asalkan berbentuk doa untuk umi dan abid@nish udahlah..


Keadaan umidanish masih tak stabil lagi tapi berkuranganlah berbanding sakit yang lepas.. sakit apa??? Ala bese le.. muntah2 lebih sangat.. tak silap umi lebih 10 botol air masuk dalam badan.. hehe... takpela.. untuk sikecil, asalkan sikecil umi sihat..

Sekarang ni musim hujan kan petang2? risau pulak umi nnt kalau da start kerja.. Ya Allah permudahkanlah setiap hari hamba Mu yang lemah ini...

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..

gif creator

Sabtu, 29 Oktober 2011

Saguhati dari Cameron


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..


Seperti yang umidanis# janjikan, umid@nis# nak beri sedikit saguhati comel kepada sesiapa yang sudi. Kiranya saguhati ini adalah amal jariah buat pembaca yang sudi. Terbuka kepada semua dan beragama ISLAM.. Bukan untuk mengaut keuntungan BE yang akan sedikit bertambah atau menarik peminat pembaca untuk singgah dan tinggalkan komen.. Umid@nish nak minta bantuan semua kawan-kawan ikhlas melakukannya sebab umid@nis# akan beri kepada semua yang sudi.. Caranya mudah sahaja..

a) Tidak perlu buat entry tapi kalau rajin untuk bantu umid@nis# menwar-warkan entry ni alhamdulillah.. =)
b) korang cuma perlu meninggalkan beberapa baris doa untuk abid@nis# didalam komen entry ini. Doa korang hendaklah mengandungi ayat :
1. Abid@nis# diberi petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci
2. Mendapat rahmat dariNya dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.
3. abid@nis# mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umid@nis#
4. Jadikanlah doa korang tu benar2 ikhlas dari hati korang untuk benar2 membantu umi berdoa padaNya. Jangan kopi doa umidanish yang dah sedia ada diblog ini yerr,heheheh ikhlas tau menulis sambil berdoa.. =)
c) Tarikh akhir untuk saguhati ini akan diberitahu kemudian.

Insyaallah doa korang tidak umi sia-siakan kerana setiap komen yang ditinggalkan akan diberi cenderamata dari cameron sebagai tanda terima kasih dan umi juga akan doa untuk korang supaya korang diberi kebahagiaan yang hakiki.


Usaha tanda kejayaankan? Moga usaha kita ini dimabulkan Allah SWT dan sama-sama menemui kebahagian dunia dan akhirat. Insyaallah..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

Tahajud Cinta


Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.. umi terjaga selepas bermimpi sidia.. rindukah??? Jadi umi taip bait2 penting disini selepas ini umi nak bertahajud cinta dengan Illahi, moga Allah memakbulkan permintaan umi..

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, dengan pertolongan mu kami semua bermohon moga abidanish diberi petunjuk dan rahmat hidayah agar setiap harinya yang akan datang mendapat petunjuk hidayah kebenaran oleh mu. Kuatkanlah imannya dan bukakanlah seluas-luasnya pintu hatinya agar nur hidayahmu menyaluti hatinya. Moga sekembalinya beliau di Malaysia beliau menjadi hambaMu yang lebih bertaQwa,pengasih dan penyayang terhadap keluarganya.. alfatihah..

amin..
indahnya jika tangan ini benar2 menadah memohon dihadapan rumah mu..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

Khamis, 27 Oktober 2011

Baru keluar wad


Assalamualaikum..

Maaflah kawan2 umidanish terpaksa tangguhkan niat murni umidanish utk saguhati yang umi janjikan tu kerana umi danish baru sahaja keluar dari wad disebabkan tidak sihat.. moga korang sabar menanti ya..




Ya Allah ya tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah buat @bid@nish yang berada ditanah suci mekkah al mukarramah.. Moga abid@nish kembali kepangkuan keluarga dengan hidayah dan kasih sayang yang berpanjangan.. amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..

gif creator

Ahad, 23 Oktober 2011

Saguhati untuk yang sudi

Assalamualaikum..

Malam tadi baru sampai dari Johor melawat sepupu meninggal.. Moga adik Sharul Amri menjadi bidadara syurga yang akan menanti mamanya disana.. Al fatihah..

Dapatlah umid@nish berjumpa dengan si abang d@nish yang pada umi makin bijak.. (bukan nak memuji anak sendiri, tapi kata2 tu doakan??) Alhamdulillah dia sihat, ceria dan makin bijak.. tutur katanya da makin baik dan menampakkan kematangannya sebagai abang.. Namun jauh disudut hati, umi tahu hati mu menyimpan sesuatu kesedihan tentang umi dan abi kamu.. Menyimpan rindu.. menyimpan sedih.. umi tahu tu semua sayang.. Tapi apa boleh umi lakukan.. hanya doakan agar kamu dilindungi Allah SWT selalu..

Sampai je di ruang parking, danish da jerit2 memanggil umi.. wajahnya ceria sangat2.. Sungguh umi tahu kamu juga sama rindu seperti umi.. kami berpelukan dan terus berbual bersama2.. seronoknya waktu itu, macam2 yang danish cerita.. tentang atuk, nenek, acu, uda, alia.. tapi bila sebut tentang abi.. dia diam... katanya abi jeee... (keje) memang dari bulan 4 tu kalau ditanya tentang abi dia akan kata abi keje... takpelah sayang.. abi keje mencari rezeki untuk kita..

Malam tu kami tidur bersama.. rindunya pada dia, hingga umi tak henti2 cium rambut danish yang wangi.. Keesokannya, danish sambung main dengan umi.. umi yang masih tidak sihat memerhati kan danish main.. setiapkali itu juga danish menyebut perkataan keramat buat semua ibu "saaaayang umi" nak menitik air mata ni tiap kali dia peluk cium dan luahkan sayangnya.. umipun sayang danish.. Satu yang umi tak boleh lupakan bila danish bermain handphone umi dan melihat gambar2 abi danish.. dia akan mencium banyak kali di gambar2 abi dan dia akan kata saaayang abi.. aduhai nak.. runtun sungguh hati ini melihat kamu.. makin besar kamu, makin umi sayu memikirkan nasib kamu nnt.

Bila tengahari muncul, umi bacakan surah yassin disebelahnya dan disambung dengan zikir penenang jiwa.. danish juga turut mengaji dalam bahasanya hingga tertidur disebelah umi.. umi kucup ubun2 danish dan mendoakan yang terbaik untuknya.. Moga Allah melindungi kamu dari perbuatan jahat dan godaan syaitan.. Sedar dari tidurnya, dia dalam keadaan masih mengantuk menyebut2 nama @bi.. @bi mana? abi mana? umi hanya mampu menjawab sambil bergenang air mata mengatakan yang abi keje.. tp danish seolah2 paham hati uminya dan berkata, abi kat dapur... huhuhu...

Umi suap dan temankan danish makan, makannya tak banyak macam selalu mak kata.. dia hanya hendakkan susu.. umi mandi dan solat.. selesai solat, umi bersiap2 untuk balik ke KL, danish lagi tadi hanya menjerit2 memanggil umi dan memeluk umi sambil berkata "saaaayang umi" dia seolah2 paham yang umi akan pergi meninggalkannya lagi.. Setiap kali wajah umi hilang dipandangan, dia akan mencari dan memeluk sambil menyebut sayang umi.. danish.... umi pun sayang danish..

Bila tiba saat umi mengenakan tudung, danish pun tanya.. umi... umi... umi nak g ane? umi menjawab yang umi nak balik berkerja.. danish menjawab ala... ala umi... dia memeluk umi sambil berkata saaayang umi.. aduhai nak.. sedih sungguh hati umi.. bukan umi umi tak sayang, sungguh umi sayang kamu, tapi inilah ujian Allah untuk kita. Kita doakan abi ye sayang.. dia seoalah2 paham, dia tak mahu umi tinggalkan dia tapi atuk danish memancingnya dengan membawanya berjalan.. air mata umi sembunyikan tak mahu nenek nampak. Rupanya atuk membawa danish menunggu ditepi simpang jalan, umi nampak wajahnya sayu bila melihat kereta umi menderu meninggalkannya..

Ya Allah kuatkanlah semangatku.. Hati ibu mana yang sanggub berpisah dengan anak tersayang,walaupun ada hati yang kejam dan lupa hingga sanggub meninggalkan keluarga demi orang lain.. Kita akan bersama lagi danish, percayalah pada Umi, Allah akan memudahkan segalanya..


Oklah.. tutup cerita pasal danish, kita bercerita pasal saguhati untuk para pembaca yang sudi dan ikhlas.. Ada beberapa langkah yang perlu dibuat tapi jangan risau, setiap yang melakukannya dengan ikhlas umi nak beri sedikit saguhati sebagai kenangan dan tanda ucapan terima kasih kepada semua yang sudi. Entry tersebut akan dibuat kemudian..Ada sape2 berminat?


Ya Allah ya tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah buat @bid@nish yang berada ditanah suci mekk@h al mukarramah.. Moga abidanish kembali kepangkuan keluarga dengan hidayah dan kasih sayang yang berpanjangan.. amin




Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 19 Oktober 2011

Bantulah umidanish berdoa,hanya berdoa sahaja..

Assalamualaikum..

Wahai kawan-kawan.. saya masih merayu agar kalian dapat membantu umid@nish dalam mensedekahkan alfatihah buat abid@nish yang berada ditanah suci dan mendoakan beliau diberi petunjuk dan hidayah rahmat dari Allah SWT. Sape umid@nish untuk meminta2? Umid@nish hanya rakan maya yang hanya dapat mendoakan kalian juga akan berbahagia didunia dan akhirat. Umid@nish da buat entry sebelum ni di sini. Namun umi tak tahu berapa ramai yang sudi baca. Ini bukan entry rayuan untuk meminta simpati duit tapi hanya beberapa minit untuk korang luangkan masa membaca doa tersebut dengan ikhlas. Tolonglah umid@nish yang sedang kesedihan ini..

Umid@nish tuliskan sekali lagi doa tersebut disini..

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, dengan pertolongan mu kami semua bermohon moga abid@nish diberi petunjuk dan rahmat hidayah agar setiap harinya yang akan datang mendapat petunjuk hidayah kebenaran oleh mu. Kuatkanlah imannya dan bukakanlah seluas-luasnya pintu hatinya agar nur hidayahmu menyaluti hatinya. Moga sekembalinya beliau di Malaysia beliau menjadi hambaMu yang lebih bertaQwa,pengasih dan penyayang terhadap keluarganya.. alfatihah..

amin..

Doa umi pada kalian semoga Allah melimpahkan rezeki yang luas buat kalian dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Selasa, 18 Oktober 2011

Tolonglah saya..

Assalamualaikum wbt

Di sini umid@nish ingin meminta bantuan kalian semua yang IKHLAS dan SUDI mendoakan abid@nish semoga diberi petunjuk dan rahmat hidayah oleh Allah SWT agar beliau menemui jalan kebenaran di tanah suci.

Kenapa dengan abid@nish??? umid@nish tak dapat ceritakan lebih lanjut tentang semuanya cukuplah sekadar ianya ujian sedikit berat dari Illahi. Semoga rakan blogger dapat sama-sama membantu umid@nish mendoakan abid@nish.

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, dengan pertolongan mu kami semua bermohon moga abid@nish diberi petunjuk dan rahmat hidayah agar setiap harinya yang akan datang mendapat petunjuk hidayah kebenaran oleh mu. Kuatkanlah imannya dan bukakanlah seluas-luasnya pintu hatinya agar nur hidayahmu menyaluti hatinya. Moga sekembalinya beliau di Malaysia beliau menjadi hambaMu yang lebih bertaQwa.. alfatihah..

amin..

Semoga doa kalian di makbulkan Allah dan semoga Allah memberi rahmat kepada kalian jua.. Terima kasih kawan-kawan ku sekalian, semoga dengan doa kalian Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Sabtu, 15 Oktober 2011

Usah berputus asa, Sabarlah dan Yakinlah Allah bersamamu selalu..

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh tak berblog.. bila mengimbas kembali kisah2 indah keluarga kami.. Menitis air mata ini.. Sungguh dengan nama ALlah ia bukan rekaan atau pun sekadar menunjuk2 kepada semua yang kami bahagia.. Tapi sebagai isteri yang jujur itulah yang realitinya.. Tulisan itu nnt akan dijadikan kenangan untuk anak2 kita malah kalau ada blogger yang pergi dijemput illahi.. tulisan ini lah nnt yang menjadi kenangan pengubat rindu kepada yang tinggal..

Hari ini, alhamdulillah.. Allah izinkan untuk umi berblogging sekian kalinya untuk berkongsi sedikit ilmu buat kawan2 yang lain dan untuk kaum keluarga umid@nish sendiri. Allah maha besar, lagi kuat kita ingat padanya, lagi kuat ujiannya.. Abid@nish sudah jauh diperantauan menjalankan tugas mulia sebagai penyambut tetamu Allah. Kita doakan moga Allah memberi hidayah dan rahmat buatnya disana. D@nish pula berada jauh dikampung memandangkan umid@nish yang sangat2 tidak sihat, mujurlah Allah memahami dan memberi kekuatan pada ayah dan ibu umi yg da tua di kampung untuk menjaga d@nish. Tapi, sape tahu hati seorang ibu yang berjauhan dengan anak dan suami dalam keadaan begini?? Hanya Allah yang tahu, umi serahkan semuanya padaNya.. Kerana umi percaya setiap sabar seorang isteri dan ibu itu balasan bahagia untuknya kelak maha dasyat ALlah berikan.. insyaallah..

Kalini umi d@nish nak share kan sedikit artikel yang umi danish petik dari Iluvislam.. Artikel ini sangat2 menarik dan sesuai untuk dijadikan pedoman.. Tak kiralah kita kaya, miskin, bahagia, susah kita tetap terus diuji.. cume kita perlu sedar kita diuji dan jangan angkuh untuk menadah tangan memohon keampunan dan kadang2 walaupun kita sedar kita sedang diuji tapi untuk menghadapi ujianNya hanya yang melalui sahaja yang tahu bagaimana rasanya..

Jom kita baca artikel dibawah, ,moga tulisan si penulis ini membuka pintu hati sesorang yang sedang sakit seperti umi..

Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.

Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.

Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?

Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.

Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.

Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Danbersangka baik dengan Allah.

Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.

Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.


Dari hati umidanish sendiri yang pernah merasa seperti berputus asa diatas.. Tak tahu kenapa Allah kejutkan umi untuk mencapai pc usang umi ini dan umi terbuka artikel diatas.. Tak semena2 berjujuran air mata, Allah semua sayangkan kita kalau kita selalu memohon petunjuk rahmatnya.. Allah akan tetap bantu walau dengan cara apa sekali pun.. Buktinya, malam yang umid@nish runsing tu, tetibe umid@nish terbaca entry ni yang secara tak sengaja ada di Facebook umi.. Alhamdulillah.. Maha suci Allah.. Percayalah Allah akan mendengar setiap permohonan hambanya..

Mari kawan2, kita berdoa untuk abid@nish yang berada di tanah suci :

Ya Allah, moga Abid@nish diberi petunjuk hidayah dan rahmat Mu melingkari hatiNya ke jalan yang benar. Dan Berilah jua hidayah Mu padanya agar dia melihat dengan mata hatinya yang lurus dan suci..

Amin ya rabbal alamin..



Salam sayang dari,


gif creator