PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 25 Disember 2013

Jom Belajar OrderShaklee Melalui Online

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini umiIzz nak terangkan perkara yang semakin mudah, biz yang semakin membantu kepada mereka yang ingin menjana pendapatan lebih dari gaji biasa. Dahulu, sedikit kepayahan bila mana seorang ahli perlu menghubungi pihak shaklee untuk membuat belian malah sanggub beratur panjang untuk mendapatkan barang yang diorder oleh pelanggan.

Sekarang tidak sesusah itu lagi, segalanya telah menjadi dihujung jari anda. Alhamdulillah, pada tahun ini Shaklee telah melancarkan belian melalui sistem online bagi memudahkan para pengguna dan biz partner sendiri membuat belian. Anda hanya perlu layari www.shaklee.com.my untuk melalui proses belian.

Masukkan Id dan Pasword anda
(Sila tukarkan pasword anda)

Klik Online Shopping

Mulakan dengan memasukkan maklumat penerima

Betapa mudahnya Shaklee sekarang ini, malah jika ada new member pun kita boleh terus registerkan di online Shaklee. Tanpa mengisi borang dan perlu pelbagai step lain untuk diikuti. Sebelum itu, aktifkan online shopping debit kad anda untuk mendapatkan kod MSOS bagi melancarkan belian anda.

Apa tunggu lagi, jom kita mulakan dengan langkah ber biz Shaklee.. Anda buat anda dapat, bukan umi Izz.. Untuk mendaftar menjadi ahli sekitar RM75.00 sahaja dan anda telah boleh menjalankan perniagaan anda, umiIzz akan bantu anda untuk berjaya dalam group umiIzz. Jom mulakan langkah baru dengan menghubungi umiIzz untuk lebih lanjut.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,

  gif creator
gif creator

Khamis, 12 Disember 2013

2013 Selamat hari lahir danish umi : 5 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Sebagai ibu, kita lebih tahu hebatnya sicomel kita, sebagai ibu kita lebih arif dengan kesukaannya. Anak-anaklah penawar dan juga racun untuk seorang itu merasa bahagia yang tak dapat diucap dengan kata2..

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan umiIzz seorang anak yang cerdik, pintar dan rajin juga bakal pemimpin ummah dimasa depanNya. Jadikan dirinya anak yang soleh yang membawanya ke pintu syurga

Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Rabu, 11 Disember 2013

Testimoni pengguna product Shaklee untuk anak-anak Autisme, ADHD dan Hyperaktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Kali ini, penulisan umiIzz masih berkisarkan dan masih dalam cerita Autisme, ADHD dan Hyperaktif. Banyak tempat umiIzz cari berkenaan testimoni pengguna yang menggunakan product shaklee untuk pengalaman setelah menggunakan shaklee terhadap anak-anak namun tidak banyak yang bercerita di Blog namun alhamdulillah, terjumpa sebuah blog yang sudi menceritakan pengalaman kenalan beliau yang sama daftar sebagai ahli shaklee dalam group yang sama. Anak rakan beliau berusia 7tahun dan mengalami ADHD (Hyperaktif).

Dibawah ini saya kongsikan perbualan mereka yang saya taip sendiri untuk testimoni perkongsian semua. Jom kita hayati :

Perkhabaran gembira yang ingin dikongsikan oleh pengguna shaklee terhadap anak penghidap ADHD (hyperaktif) yang berusia 7tahun.

"Ifa, saya tak sangka anak saya dapat no. 1 dalam kelas. Semalam pergi majlis anugerah dia, dan dia beritahu saya dia dapat no 1, dan sy sangat-sangat terkejut, betul kah ini???Selepas attent majlis tu, barulah saya percaya memang betul anak saya dapat no satu dan mendapat anugerah cemerlang di sekolahnya walaupun sebelum ini, dia seorang yang sangat hyper dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar."
Syukur Alhamdulillah, berita ini amat menterujakan saya dan kalau nak tahu apa yang saya syorkan untuk anak beliau ..
"Pelanggan ini telah memberikan suplemen Mealshakes, GLA Complex dan OmegaGuard untuk anaknya yang ADHD - anaknya hyper dan kurang tumpuan ketika belajar. Hasilnya, setelah 2 bulan mengamalkannya, anaknya telah dapat fokus kepada pelajaran dan juga berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas."

Testimoni yang lain adalah daripada pengguna2 di US yang mempunyai anak2 autisme dan ADHD. Berikut saya kongsikan pautan dan ringkasan apa yang diceritakan dalam blog/laman web mereka. 

Penulis blog ini mempunyai anak lelaki yang didiagnos mempunyai simtom autisme, tetapi tidak didiagnos sebagai autisme dan ADHD. Dia juga mempunyai masalah lambat bercakap dan masalah pembelajaran 'slow learner'. Pada Nov 2012, dia didiagnos pula dengan PDD-NOS, disleksia, diskalkulia, masalah bahasa, masalah daya ingatan - tidak boleh mengekal dan mengingati maklumat dan ketidakupayaan dari segi pembelajaran. Anak ini belajar dalam pendidikan khas, menjalani terapi pertuturan dan terapi cara kerja.
Keluarga ini sedang mencuba produk Shaklee setelah mendapat pandangan dan panduan daripada 'herbalist' yang mereka temui setiap 3 bulan untuk sesi rawatan bersama anak mereka. Setelah diberi suplemen Shaklee, anaknya QW menunjukkan perubahan positif, malahan lebih baik lagi berbanding ketika dia hanya mengikuti terapi 3 kali seminggu. Mereka turut membuat perubahan dalam diet anak ini - kurangkan gula dan manisan, makanan terproses, perisa dan perasa tambahan (MSG), makanan yang mengandungi pengawet dan membanyakkan makanan dari sumber organik. Ibunya turut berusaha dengan memasak sendiri makanan untuk anaknya serta mempelbagaikan menu dengan bahan2 organik. Keluarga ini turut menggunakan produk pencuci dari 'Get Clean Shaklee'. Ini adalah rawatan biomedikal yang mereka amalkan dan ia sememangnya telah berjaya mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Antara suplemen Shaklee yang diberikan kepada anak ini ialah:
Vita C Chewable, Optiflora (pre & probiotics), Calcium-Magnesium, OmegaGuard, Multivitamin Chewable, B-Complex, Zinc Complex, dan Soy Protein.
Berikut adalah antara perubahan yang berlaku setelah mengambil suplemen Shaklee:

Tidak berterusan menggesek2 kepala,
Boleh bertutur secara lebih jelas (kurang kedengaran seperti merengus/merungut)
Menggunakan lebih banyak perkataan dan menyudahkan ayat penuh, akan duduk diam untuk 5-10 minit pada satu2 masa
Mula menjawab soalan dalam kelas dan boleh mewarna dan melukis gambar.
Dia turut mula menolong dalam melakukan kerja2 rumah.

2. http://www.natural-vitamin-supplements.com/component/content/85?task=view

Kanak2 lelaki ini menunjukkan simtom autisme setelah mendapat beberapa vaksin. Ibubapanya tidak tahu bahawa simtom2 itu ada kaitan dengan autisme. Ketika berumur 18 bulan, dia sering menggoncangkan kepalanya ke depan dan ke belakang, serta mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Dia hanya mula bercakap pada usia 3 tahun. Dia tidak merangkak ketika bayi dan hanya mula berjalan ketika usia 2 tahun lebih. Selain daripada itu, dia turut mengalami sawan.

Namun setelah beberapa tahun, mereka mula mengetahui bahawa tingkahlaku dan permasalahan anak mereka ada kaitan dengan autisme. Mereka telah memberikan beberapa jenis vitamin termasuk Mealshakes, VitaLea, OmegaGuard, GLA Complex, Vita C dan Optiflora. Mereka juga bertukar kepada pencuci organik dan mengawal pendedahan kepada bahan2 kimia. Makanan harian dipastikan tidak mengandungi pewarna tiruan dan pengawet. Anak ini juga bersekolah di rumah (home school) kerana ia memudahkan ibubapanya memantau perkembangan anak mereka serta mengurangkan juga tekanan di rumah. Selain itu, dia turut belajar berenang dan bermain bolasepak untuk menggalakkan dan mengembangkan kemahiran motor (belajar menyeimbangkan badan dan koordinasi).

3. http://www.elisehearn.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=104

Di laman web ini, ia menceritakan testimoni seorang pengguna suplemen Shaklee untuk anaknya, Lindsay. Kanak-kanak ini dilahirkan pra-matang (awal 11 minggu) dan mempunyai komplikasi pada bahagian usus dan apendiks. 18 jam setelah dilahirkan, dia menjalani pembedahan, namun selepas itu dia mula jatuh sakit, keracunan dalam darah dan kegagalan buah pinggang. Dia mengalami pendarahan otak dan didiagnos dengan pembengkakan otak. Pada usia 13 bulan, dia mula diserang sawan, maka telah mula diberikan ubat. Pada usia 22 bulan, dia mula belajar berjalan dan ketika berusia 3 tahun, hanya mempunyai 3 kosa kata, itupun dengan menggunakan tanda isyarat. Dia mengalami masalah perkembangan kanak2. Dia menjalani terapi cara kerja, fizikal dan pertuturan di rumah, serta menerima program pendidikan khas sejak usia 4 bulan. Pada usia 5 tahun, Lindsay didiagnos dgn:

ADHD dan mula diberi Ritalin.
Autistik - kerana perkembangan bahasa yang lemah, kekurangan kemahiran sosial, kelemahan kemahiran motor halus (fine motor-skills).

Selain itu, dia juga:

Mempunyai masalah untuk berubah rutin - jika sedang melakukan sesuatu, sukar untuk dia bertukar pula melakukan perkara lain
Eye-contact yang kurang
Tidak boleh bermain dengan permainan dan orang lain
Marah/berang jika rutinnya berubah walaupun sedikit

RITALIN menyebabkannya KEHILANGAN BERAT BADAN kerana KEHILANGAN SELERA MAKAN. Pakar kanak2 di Hospital University of Michigan telah mencadangkan kepada keluarganya agar memberikan diet dgn 2500 kalori setiap hari untuk menambah berat badan, dan memberi minuman sebanyak 50 auns untuk mengatasi masalah sembelit. Ini bukanlah mudah kerana dia TIDAK MAHU MAKAN dan MINUM. Mereka bernasib baik kerana padeatrik bagi anak ini telah mencadangkan mereka mencuba suplemen Shaklee.
Pada Oct 2007, Lindsay mula diberi suplemen seperti CitriBoost, Lecithin, Optiflora dan HerbLax (bila perlu) & Soy Protein (untuk masalah picky eater). Ibunya juga terpaksa menyembunyikan vitamin ini dalam makanannya.
Kira-kira seminggu selepas memulakan rutin ini, dia mula bercakap buat kali pertama dengan ibunya (pada usia 6 tahun). Dalam beberapa minggu selepas itu, eye-contact menjadi lebih baik dan dia telah mula bersosial dengan orang lain. Doktor telah menghentikan preskripsi ubat laksatif dan ADHD untuknya.
Pada July 2009, Lindsay juga telah berhenti mengambil ubat untuk ADHD, sembelit, sawan dan asma. Ketikan artikel dalam blog tersebut ditulis, dia berusia 7 tahun - boleh bertutur, berinteraksi, membaca dan boleh menggunakan tandas sendiri. Tulisannya semakin elok, fokus kepada tugasan semakin meningkat walaupun belum sepenuhnya berubah. Anak ini turut mengambil:
BComplex, OsteMatrix, Lecithin, Optiflora, Multivitamin, Defense and Immune, OmegaGuard.
Apa yang lebih memeranjatkan, kini ibunya tidak perlu 'menyembunyikan' vitamin dalam makanannya lagi kerana dia telah boleh makan vitamin2 tersebut sendiri serta menggemarinya, terutama DHA Chews dan OmegaGuard. Dia tahu bahawa kedua2nya membantunya untuk menjadi lebih tenang serta membantu dalam fungsi otaknya.

Shaklee Helps Son's ADHD
Keluarga ini mempunyai anak lelaki ADHD yang diberikan ubat Ritalin. Ubat itu membantu anaknya untuk menjadi lebih tenang serta pembelajarannya juga bertambah baik kerana dia dapat fokus. Namun begitu, segala-galanya berubah setelah 2 tahun setengah mengambil Ritalin kerana dia mula menunjukkan perubahan personaliti. Ritalin hanya berkesan sebagai penenang untuk tempoh yang singkat. Selepas itu, anaknya yang berusia 9 tahun ini mula tidak boleh dikawal (emosi terganggu, penuh dgn kekecewaan dan kemarahan) dan dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku kepada dirinya. Mereka bernasib baik kerana dipertemukan dengan pengguna Shaklee yang turut memberikan suplemen ini untuk 2 orang anak ADHD mereka. Segala-galanya berubah setelah mencuba suplemen Shaklee dan anak mereka telah menunjukkan perubahan positif - menjadi seorang yang boleh bergaul, lebih mudah berinteraksi dan kreatif. Dia juga mula dapat memberikan tindakbalas dengan ekspresi fizikal.

Laman web ini menyenaraikan beberapa testimoni pengguna Shaklee yang berjaya mengawal/mengatasi autisme dan ADHD anak2 mereka.
_____________________________________________
Kesemua testimoni ini membuktikan bahawa SUPLEMEN adalah salah satu ALTERNATIF TERBAIK kepada ibubapa yang ingin membantu anak mereka memperbaiki simtom-simtom autisme dan ADHD. Ia mungkin tidak akan merawat atau memulihkan anak anda sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan gejala dan simtom seperti hiperaktiviti, tidak tenang, emosi terganggu dan susah tidur, serta sembelit. Bukan itu sahaja, suplemen membantu dalam fungsi otak dan daya fokus serta ingatan yang lebih baik. Tambahan pula, bagi anak2 yang kurang selera makan atau cerewet (picky eater), suplemen dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian mereka untuk menjamin kesihatan sepanjang tumbesaran.
Oleh itu, jika anda inginkan yang terbaik untuk anak istimewa ini, jika anda inginkan perubahan dalam kehidupan anda sekeluarga, CUBALAH SUPLEMEN SHAKLEE kerana ia halal, dibuat daripada sumber semulajadi, ia berkesan dan sentiasa selamat. Shaklee juga ditunjangi oleh kajian2 saintifik dan ujian klinikal yang menjamin kualiti dan keberkesanan produk2nya.
InsyaAllah...

Sekiranya ada ibubapa yang inginkan mendapatkan omega  atau apasahaja product shaklee bole hubungi umiIzz.. InsyaAllah, umiIzz sedia membantu untuk dapatkan.

Kita berusaha, selebihnya Allah tentukan.. semuanya dengan izin Allah. Apalah salahnya kita berkongsi pengalaman yang boleh memberi kebahagiaan kepada insan lain betul tak??

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com

Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Autisme, ADHD : Rawatan BioMedikal untuk merawat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

UmiIzz nak share lagi berkenaan Autisme, Hyperaktif dan ADHD. Ada pembaca yang PM umiIzz setelah umiIzz sharekan kisah ni di FB umiIzz.. Alhamdulillah, ramai yang nak tahu lagi rupanya.. Jom kita share..

Rawatan ini telah terbukti dapat menolong ramai autisme kanak2 hingga dewasa memperbaiki simtom dan masalah yang dihadapi. Tidak salah mencubanya kerana ini hanyalah satu lagi cabang rawatan yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Rawatan Biomedikal yang dijelaskan dalam entri ini melibatkan perubahan dalam diet (pemakanan) seharian, mengurangkan penggunaan bahan2 yang menyebabkan berlaku alahan, merawat masalah penghadaman, memberikan nutrisi untuk perkembangan dan fungsi otak, suplemen untuk penenang, dan mengurangkan masalah insomnia.

1. Perubahan Dalam Diet
Perubahan dalam diet ini adalah untuk selama2nya. Ia tidak boleh diperkenal selama beberapa minggu atau beberapa bulan, dan berhenti apabila anak menunjukkan perubahan positif dlm tingkahlaku, komunikasi dan pembelajaran. Perubahan ini boleh mula dibuat sedikit demi sedikit dan perhatikan keberkesanannya dgn mencatat dalam diari. Diari ini penting untuk merekodkan apa jua makanan yang dimakan pada setiap hari, makanan yang dikurangkan/dielakkan, serta pemerhatian ke atas tingkahlaku dan perbuatan anak2 ini. Jika tidak direkodkan, susah untuk kita mengetahui apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai diamalkan.
Badan manusia memerlukan nutrisi iaitu mikro dan makronutrien ( vitamin, asid lemak perlu, mineral asid amino dari protin) untuk membolehkan badan berfungsi dgn baik. Diet yang seimbang adalah penting untuk memastikan badan mendapat keperluan tersebut. Tidak terkecuali ialah individu yang mempunyai autisme & ADHD.

Makananan dimakan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Makan makanan yang mengandungi protin seperti daging, telur, ikan. Kurangkan gula (minuman bergula, coklat, gula2) kerana paras gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperaktiviti dan menjadi keletihan secara mendadak. Ia boleh menjadi punca 'tantrum' atau emosi bergolak serta tidak dapat mengawal kemarahan. Elakkan makanan ringan seperti keropok, snek Kurangkan makanan bergoreng dan makanan yang mengandungi trans-lemak.
Elakkan makanan yang mengandungi pewarna, perisa tiruan dan pengawet. Sebaiknya dapatkan makanan organik kerana ia bebas racun serangga.

Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan individu autisme mempunyai masalah alahan dan sensitif terhadap makanan tenusu (dairy product) dan yang mengandungi gluten. Makanan ini dikaitkan dengan kelakuan autistik, masalah bersosial, masalah komunikasi dan hiperaktif. Oleh itu, ibubapa boleh cuba mengurangkan simtom ini dengan mencuba diet khusus iaitu GLUTEN FREE / CASEIN FREE diet. Menurut webmd.com, ibubapa yang memperkenalkan diet ini mendapati ia dapat mengurangkan alahan dan sensitiviti anak mereka.

Ada yang melaporkan bahawa ia turut membantu memperbaiki tingkahlaku dan pertuturan. Idea utama disebalik mengamalkan diet ini adalah untuk mengurangkan simtom autisme dan oleh itu ia dapat membantu pertuturan, tingkahlaku sosial dan fungsi kognitif. Gluten terdapat dalam makanan seperti gandum, barli dan rye. Casein pula diperolehi dalam susu dan makanan berasaskan tenusu seperti coklat tenusu, yogurt, keju dan sebagainya. Kini semakin banyak juga produk di pasaran yang tertulis label seperti ""Gluten-Free", Bebas Trans-Lemak dan sebagainya, jadi ia lebih memudahkan kita untuk memilih makanan yang bersesuaian. Oleh itu, bagi ibubapa yang ingin mencubanya, anda perlu kurangkan atau elakkan sama sekali memberi anak2 makanan ini. Rekodkan makanan yang diambil setiap hari dan perhatikan perubahannya kepada anak anda.

2. Suplemen Vitamin dan Mineral

Multivitamin

Secara umum, pemakanan seharian yang tidak seimbang tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral setiap hari, maka individu autisme digalakkan makan suplemen vitamin dan mineral. Ini untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sepatutnya dalam jumlah yang mencukupi bagi menjamin kesihatan. Walaubagaimanapun, di pasaran kita terdapat pelbagai jenis multivitamin sehingga sukar untuk memilih. Sebagai panduan, ibubapa perlu mencari suplemen dari sumber semulajadi, dan bukannya vitamin sintetik. Vitamin itu juga perlu bebas daripada pewarna dan pengawet. Pilihan terbaik adalah dgn memberikan anak2 ini multivitamin yang lengkap dgn vitamin dan mineral. Berhati2 dengan multivitamin dari jenis yang kenyal (gummy) kerana ia mengandungi lebih banyak perisa dan pewarna yang berbahaya kerana dibuat daripada bahan kimia yang mungkin mengakibatkan gangguan kepada sistem pencernaan. Nutrien di dalamnya juga susah untuk diserap oleh badan.

Kalsium-Magnesium

Bagi yang mengamalkan diet bebas tenusu (dairy-free diet), mereka akan kekurangan kalsium yang penting utk tumbesaran, tulang dan gigi yang kuat. Oleh itu, mereka perlu diberi suplemen kalsium-magnesium. Suplemen kalsium-magnesium menyediakan bukan sekadar kalsium, tetapi juga magnesium yang boleh membantu mengawal (melambatkan) degupan jantung dan hiperaktiviti, serta membantu mengatasi masalah kencing malam. Ia turut membantu mereka berasa lebih tenang dan seterusnya mengatasi masalah sukar tidur (insomnia). Magnesium juga dapat membantu dalam masalah restless leg syndrome , yang mana individu ini berasa kesakitan/ketidakselesaan pada kawasan kaki antara buku lali dan lutut, sehingga menyebabkan kaki perlu digerak-gerakkan selalu untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif dan insomnia seharusnya mencuba suplemen kalsium-magnesium untuk mengurangkan gejala tersebut.

Minyak ikan Omega-3

Minyak ikan merupakan antara makanan otak yang terbaik. Ia membantu sel-sel otak berhubung dan menguatkan daya ingatan, serta membantu minda menjadi lebih fokus. Ia membantu konsentrasi dan oleh itu dapat membantu individu autisme untuk lebih fokus ketika belajar atau melakukan sebarang aktiviti. Otak manusia sendiri terbentuk daripada 60% lemak. Minyak ikan mengandungi Omega-3 (DHA dan EPA) yang bagus untuk otak, kesihatan sendi dan jantung. Terdapat pelbagai jenis minyak ikan di pasaran, tetapi anda perlu berhati2 kerana sesetengah minyak ikan mengandungi lebih banyak ekstrak hatinya. Minyak ikan yang terbaik mestilah bergred farmaseutikal dan mengandungi DHA dan EPA yang tinggi. Keperluan setiap hari adalah antara 300mg dan 1000mg. Minyak ikan terbaik mestilah diperbuat daripada ikan lautan sejuk dan melalui proses penapisan yang boleh mengasingkan bahan bertoksik pada ikan seperti merkuri dan plumbum. Ia juga mestilah tidak mempunyai perisa susu. Minyak ikan boleh ditelan, atau dipecahkan kapsulnya dan dicampur ke dalam kuah sayur, sup, nasi dan lauk.

Protin

Terdapat juga kajian yang menunjukkan sesetengah individu autisme mempunyai masalah dalam mencerna protin dari sumber daging. Maka mereka perlu mendapatkan protin daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Mengikut artikel di asdperspectives.com, kanak2 autisme yang diberi minuman protin ketika sarapan menunjukkan perubahan ketara dari segi daya penumpuan dan konsentrasi. Ia juga mengurangkan keinginan mereka untuk makan snek yang tinggi karbohidrat dan gula. Oleh itu, gejala hiperaktif juga dapat dikurangkan, dan secara tak langsung juga mengurangkan tekanan kepada ibubapa dari segi mengawal tingkahlaku hiper.

3. Gunakan bahan pencuci dan sabun yang bersumberkan organik (dan elakkan dari jenis yang mengandungi bahan kimia tinggi)
Terdapat perkongsian daripada ibubapa yang telah menggantikan sabun2 pencuci, pencuci lantai, kloroks dan sebagainya dengan pencuci organik yang tidak mengandungi bahan bertoksik. Ia membawa kesan positif yang mana anak mereka yang mempunyai autisme telah mula bercakap. Selama ini, mungkin anaknya sensitif atau mempunyai alahan terhadap mana2 bahan kimia dalam bahan pencuci yang menyebabkan dia menghadapi masalah komunikasi dan pertuturan. Dalam entri Testimoni, saya kongsikan senarai testimoni pengguna Shaklee di US yang telah berjaya memperbaiki kehidupan sekeluarga dgn mengamalkan suplemen Shaklee serta menggunakan bahan pencuci organik Shaklee. Tujuan saya berkongsi adalah kerana saya yakin Shaklee ini boleh menjadi salah satu sumber rawatan biomedikal yang selamat dan berkesan. Ia juga hanya menggunakan bahan2 semulajadi dalam pembuatan suplemen, tidak mengandungi bahan bertoksik dan botol2 yang bebas BPA.

Pelajar autisme yang cemerlang dalam akedemi : Adik Muhammad Danial 
Pelajar Autisme Pertama Negara Dapat 9A Dalam PMR

Sumber rujukan:
1. http://www.autismfile.com "Diagnosing Autism: Now What? A Simplified Biomedical Approach", Issue 32, 2009. Dan Rossignol
2. http://www.asdperspectives.com/top-5-supplements-vitamins-for-autism/#ixzz2KMih5fWU
3. www.autism.com "Summary of Biomedical Treatments for Autism"
4. http://www.webmd.com/brain/autism/gluten-free-casein-free-diets-for-autism
Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Selasa, 10 Disember 2013

Jom kenali Austime atau ADHD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Autisme ialah sejenis masalah gangguan perkembangan di kalangan kanak-kanak yang boleh mula dikesan dalam dua tahun pertama kehidupan. Ia meliputi pelbagai masalah dalam kemahiran bersosial, komunikasi, pertuturan, daya fokus, tingkahlaku dan pembelajaran yang dikenali sebagai Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorders). Mengikut statistik, ASD ini boleh terjadi kepada 1 daripada 88 orang kanak-kanak dan 5 kali lebih selalu melanda kanak2 lelaki berbanding perempuan.

Individu akan didiagnosa mempunyai Autisme sekiranya dia menunjukkan ciri-ciri atau simtom dan masalah yang dikaitkan dengan Austime Spectrum Disorders. Antaranya ialah tidak suka bersosial, bercakap dalam nada yang pelik, tidak boleh duduk diam dan tidak mahu bertentang mata (utusan hari ungu). Mereka seolah-olah hidup dalam dunia sendiri, tetapi boleh menunjukkan minat yang mendalam terhadap sesuatu objek di persekitarannya. Individu autisme seringkali mempunyai masalah lambat bercakap dan masalah memahami bahasa. 

Oleh kerana kurang kemahiran pertuturan, mereka menggunakan cara lain untuk menggambarkan apa yang diingini, contohnya menggunakan tangan dan bahasa badan yang lain. Namun jika kehendak itu tidak difahami, ia mudah menyebabkan mereka 'mengamuk' dan 'membuat perangai' tidak kira di mana jua mereka berada. 

Apabila meningkat remaja, mereka mungkin menghadapi masalah dalam bersosial dengan rakan sebaya, tidak pasti untuk menunjukkan emosi mengikut keadaan dan bagaimana untuk berkomunikasi serta meluahkan buah fikiran. Individu autisme tidak dapat memahami lawak jenaka rakan sebaya serta tidak gemar menunggu giliran untuk bercakap atau melakukan sesuatu. Tahap gangguan dan masalah adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka rawatan serta cara intervensi juga berbeza-beza. Atas sebab tersebut, hasil yang diperolehi juga adalah tidak sama. Individu autisme mungkin juga mempunyai Sindrom Asperger, salah satu Gangguan Spektrum Autisme. Ada juga yang dikategorikan sebagai High-Funtioning Autisme. Individu dalam kedua2 kategori ini selalunya mempunyai IQ normal atau melebihi normal. Lebih kurang 60% individu autisme akan mempunyai masalah gangguan intelektual (dari masalah ringan kepada yang lebih berat). 

Saintis masih mencari apakah punca sebenar yang menyebabkan Autisme. Setakat ini, faktor yang dikenalpasti ialah: 

1. Genetik - Terdapat lebih 300 ribu gen dalam badan manusia. Saintis masih mencari gen yang mungkin menjadi penyebab autisme. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana simtom dan masalah yang dihadapai individu autisme adalah berbeza2. Walaubagaimanapun, masalah gen ini mungkin membawa kesan kepada perkembangan otak dan cara sel2 otak untuk berkomunikasi. Ia tidak semestinya diturunkan daripada ibubapa kepada anak2, tetapi juga sekiranya ada berlaku di kalangan ahli keluarga yang lain. 

2. Masalah kesihatan 

3. Faktor persekitaran & penggunaan bahan kimia - Masalah pencemaran boleh menyebabkan alahan di kalangan autisme. Penggunaan sabun pencuci di rumah yang mengandungi bahan kimia tinggi turut boleh mengganggu individu autisme. Ibubapa boleh bertukar kepada pencuci berasaskan organik dan bahan semulajadi untuk mengurangkan risiko alahan kepada bahan2 kimia bertoksik. 

Diagnosa autisme boleh dilakukan ketika umur 18 bulan hingga 4 tahun. Ada juga yang didiagnos ketika umur pra-sekolah dan sekolah rendah. Diagnosa selalunya melibatkan pakar kanak2 , pakar psikologi, pakar neurologi dan speech therapist. Selain itu ia turut melibatkan ujian pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak akan diberi diagnosa berdasarkan perbandingan perkembangan dan kelakuannya berbanding kanak2 sebayanya.

Di Malaysia, setelah mendapat diagnosa, ibubapa perlu mendaftarkan anak mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat kad OKU dan seterusnya layak mendapat bantuan elaun. Kanak2 ini juga perlu belajar samada di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusak Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau sekolah yang menawarkan kelas khas.

Kebanyakan ibubapa yang prihatin akan berusaha untuk mencari maklumat tentang jenis2 rawatan dan terapi yang boleh dilakukan untuk membantu anak mereka. Selalunya ia melibatkan terapi cara kerja, terapi pertututan, terapi tingkahlaku dan sebagainya. Anak2 ini juga perlu di hantar ke kelas khas yang mempunyai kepakaran dalam autisme agar intervensi awal yang berkesan dapat diberi kepada mereka. Bukan itu sahaja, kelas khas mempunyai silibus tersendiri, bergantung kepada setiap jenis masalah pembelajaran. Oleh itu, kelas khas untuk austisme adalah tidak sama dengan kelas khas untuk anak2 disleksia, anak2 yang bermasalah pendengaran, masalah penglihatan, Down Syndrome dan lembam. 

Masalah utama bagi ibubapa ialah tidak banyak pusat-pusat terapi ditawarkan di Malaysia, malah terpaksa berulang-alik jauh untuk menghantar anak setiap hari. Bukan itu sahaja, kos untuk menghantar anak ke pusat terapi bukanlah murah. Ada juga yang tidak dapat menghantar setiap hari disebabkan lokasi yang terlalu jauh, lalu anak dihantar ke kelas khas yang mungkin tidak dapat mendidik anak itu kerana kekurangan/ ketiadaan kemahiran mendidik anak2 autisme. Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua kelas khas yang diwujudkan di sekolah rendah dan menengah mempunyai kepakaran dalam bidang autisme. Malaysia masih kekurangan guru pakar dalam bidang pendidikan khas, terutamanya untuk masalah seperti disleksia, diskalkulia, autisme dan ADHD. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, tahap kesedaran di kalangan guru, ibubapa dan masyarakat juga masih rendah. Anak-anak ini seringkali disalah anggap sebagai bermasalah, kurang cerdik dan ibubapa yang tidak mengetahui tentang masalah ini akan 'menyimpan' anak2 ini di rumah tanpa mendapatkan sebarang rawatan. 

Dari segi emosi dan mental, sejak dulu lagi, ubat atau sejenis dadah bernama Ritalin akan diberikan bagi mengawal tingkahlaku hiperaktif dan kurang daya tumpuan. Namun penggunaan ubat ini dikaitkan dengan masalah hilang selera makan dan juga depresi ketika remaja dan dewasa. Ibubapa yang mendapati ia membawa lebih banyak kesan negatif berbanding positif kepada anak mereka akan berhenti menggunakan ubat kerana khuatir ia akan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk. Namun begitu, ini bukanlah menunjukkan sudah tiada ikhtiar untuk memperbaiki simtom2 dan masalah autisme. Selain dariapada terapi dan program pembelajaran khusus, ibubapa boleh melakukan satu lagi rawatan iaitu RAWATAN BIOMEDIKAL. Klik di sini untuk membaca tentang rawatan biomedikal. 

Sumber rujukan: 

1. http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121004/ke_02/Hari-Ungu-anak-autisme#ixzz2KNOn3daD 

2. http://www.webmd.com/brain/autism/high-functioning-autism 

3. http://www.webmd.com/brain/autism/gluten-free-casein-free-diets-for-autism 

4. http://www.dailymail.co.uk/health/article-2141044/ADHD-Ritalin-prescriptions-soaring-experts-warn-effects.html#axzz2KMdy1WIm
 Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Jom kenali Autisme atau ADHD

Hyperaktif , AHDH atau Autisme, mari kita ketahui..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmannirrohim..

Tajuk sahaja sudah membuatkan pembaca tahu isi dalam kandungan bicara umiIzz. Alhamdulillah, sedikit kajian dijalankan sebelum umiIzz menulis disini. umiIzz taknak nanti ada yang kata umiIzz mengadakan cerita atau pandai-pandai buat cerita.

UmiIzz tertarik untuk mengkaji  tentang Hyperaktif, Autisme atau ADHD kerana ingin membantu ibubapa yang memiliki anak seperti berikut mendapat maklumat dan tahu cara mengatasi dengan mudah. Lebih kurang bulan November tahun 2012, sahabat dalam biz Shaklee umiIzz berkongsi tentang hasil positif yang diperolehi oleh pelanggannya yang mempunyai anak ADHD. Apabila mengamalkan suplemen Shaklee untuk anaknya yang berusia 7 tahun, dia mulaboleh fokus dalam kelas dan mengurangkan hiperaktiviti sehingga anaknya berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dia sangat gembira, apatah lagi kerana sebelum ini dia telah bertahun2 mengamalkan suplemen jenama lain yang tidak kurang terkenal, tetapi tidak membuahkan hasil. UmiIzz sendiri membaca buku panduan nutrisi yang menjadi teman setia sejak saya sign-up sebagai distributor Shaklee, dan mengikut buku tersebut, memang ada suplemen yang sesuai untuk individu autisme dan ADHD. Mengapa umiIzz sebut individu dan bukannya anak? Kerana autisme ini bukannya masalah di zaman kanak2 sahaja, tetapi ia akan kekal sehingga dewasa.

Sebab itu, ibubapa tidak boleh mengharapkan pihak lain semata2 untuk membantu anak mereka, tetapi keluarga itu sendiri yang harus bertindak melakukan perubahan, mencari rawatan dan memberikan maklumat kepada masyarakat agar permasalahan ini akan mendapat liputan meluas dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Saya tahu ia bulan perkara mudah, tetapi tidak mustahil. Jika hendak tahu sejauh mana media percetakan dan elektronik memberi laporan tentang masalah pembelajaran, search sahaja tentang topik tersebut di laman web online newspapers. Saya dapati, banyak sebenarnya laporan berkaitan disleksia, autisme dan pendidikan khas. Tidak kurang juga bantuan2 yang diberikan serta program kesedaran, tetapi jelas ia masih belum mencukupi. Cubalah search tentang autisme di Google, adakah anda dapat satu one-stop-center di Malaysia yang menceritakan tentang gejala ini, ciri2 autisme/Asperger's Syndrome, ADHD, prosedur diagnosa, prosedur persekolahan, jabatan bertanggungjawab, jenis2 rawatan dan senarai penting seperti nama pusat rawatan (swasta dan kerajaan), nombor telefon/emel, hotline dsb yang berpaksikan situasi di Malaysia? Pada pandangan saya, kita perlu ada satu sumber/portal seperti di negara maju. Contoh yang saya suka ialah laman web the National Autistic Society UK, Treating Autism UK, dan banyak lagi contoh di US dan Australia. Laman web mereka lengkap dengan maklumat dan sokongan kepada individu autisme (kanak2, remaja, dewasa), keluarga mereka, maklumat kepada guru2 dan juga maklumat rawatan. Ada juga disediakan talian hotline yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengadu masalah.

InsyaAllah, umiIzz akan kongsikan lagi pengalaman UmiIzz berkenaan pembacaan terhadap masalah hyperaktif ataupun autisme. Moga perkongsian ini memberikan manfaat terhadap ibubapa lain dalam menangani masalah anak-anak hyperaktif , AHDH atau Austime..

Jom kita kongsi rawatan nya di episod akan datang..
 
Salam sayang dari,
 
gif creator
gif creator

Ahad, 8 Disember 2013

Omega Guard Untuk ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Sebelum ni umiIzz ada cerita berkenaan Omega Guard Shaklee dan Omega Guard Shaklee untuk IQ kanak-kanak. Jom kita share pula Omega untuk ibu mengandung.

Ibu mengandung memerlukan suppliment yang terbaik untuk membantu ibu membesarkan bayi dalam kandungan. Kepentingan pertumbuhan otak sangat penting untuk bayi kerana otak yang berfungsi baik memberikan impak terbesar kepada kesihatan bayi selepas dilahirkan.

Pengambilan Omega Shaklee yang mengandungi Omega 3 dan EPA dan DHA membantu bayi cergas dan pintar kerana perkembangan otak yang pantas memberi semangat jitu kepada bayi dalam kandungan lagi.

Dapatkan Omega Guard anda hari ini. Pm saya di page Babyumishop

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com

Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Omega Guard untuk IQ anak Cemerlang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini, umi berkesempatan menaip bait ayat di ruang kecil umi. Mungkin tidak seaktif teman blogger yang lain tetapi tetap menyampaikan ilmu dan berkongsi pendapat dan idea sendiri. Melalui tajuk diatas, ramai yang mungkin tahu apa yang ingin umiIzz perkatakan.

Tak asing lagi, semua dah jelas dengan Omega Guard.. namun umiIzz tetap ingin kongsikan kisah omega guard disini memandangkan ada dikalangan pembaca umiIzz yang baru.. dan cuba mencari maklumat, maka tidak salah umiIzz kongsikan.

Sebelum ini umiIzz ada bercerita tentang Omega Guard untuk ibu yang mengandung di sini. Kelebihannya bukan sahaja untuk wanita mengandung malah untuk mengurangkan risiko nyanyuk dan penyakit jantung.

Apa Kandungan Omega Guard?

Omega Guard minyak ikan yang terbaik di dunia, kerana mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu antaranya EPA (Asid Eikosapentanoik) dan DHA (Asid Dokosaheksanoik). EPA berperanan untuk menyihatkan jantung dan sendi dan DHA pula penting dalam fungsi-fungsi otak. EPA dan DHA tidak dihasilkan dalam tubuh manusia, ia hanya boleh ditemui dalam ikan laut dalam.

Jika anda memerhati kebanyakkan iklan susu formula menekankan kelebihan produk tersebut yang kaya dengan DHA dan EPA. Mengapa? Ini adalah kerana DHA dan EPA membantu dalam perkembangan otak anak anda serta kesihatan retina matanya.

Menurut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh Dr. Bruce Holub iaitu Professor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental) untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung (cardiovascular disease) dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung.

Apakah manafaat DHA dan EPA?

Pm UmiIzz : alynn_41181mr[at]yahoo.com

Manfaat terhadap Kanak-kanak

Perkembangan otak dengan pantas mudah memahami lebih cepat dan mengingati lebih kuat

Kanak-kanak di usia awal memerlukan kesemua nutrien dalam piramid makanan untuk melengkapkan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Walau bagaimanapun, pemilihan makanan yang kurang berlemak, berkolestrol dikawal sepenuhnya oleh kebanyakkan ibu bapa. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lemak yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.

Tenangkan kejang epilepsi dengan cangkok sel otak

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, anak memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal. 

Omega terbaik untuk IQ kanak-kanak, dapatkan Omega Guard Shaklee dari umiIzz, PM segera

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com

 Salam sayang dari,

  gif creator
gif creator