PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 26 Oktober 2015

Memberi walaupun tiada : Hasilnya Hebat, Allahuakbar.. alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Berbuat baik selalu kepada mahkluk Allah dan sentiasa Allah dihati lalu mendahulukan Allah yang pertama dalam segala hal adalah kunci seorang hamba Allah itu diluaskan rezekinya. Ianya bukanlah omongan kosong tetapi ianya adalah perkongsian hebat dari seorang hamba Allah yang Allah kasihi. Betapa Allah permudahkan beliau mencari rezeki hingga mampu membawa ibu dan adik beradiknya menunaikan umrah acapkali.. itulah nikmat paling besar yang beliau syukuri.


Bercakap berkenaan hamba Allah tersebut, sebenarnya saya sangat kagum, dari seorang pendidik beliau berjaya meletakkan jawatan malah yakin dengan setiap rezeki Allah itu dimana sahaja.. Kita?? Semampu manakah kita dalam mengorbankan pemberian Allah kejalan Allah?? Kebiasaannya ramai yang tamak, memiliki rezeki yang banyak dan hanya dengan memenuhi kehendak sendiri tanpa mengagihkan kepada yang berhak. Owh, terbukanya hati umiIzz dengan setiap perkongsian hamba Allah ini.

Apa yang dishare oleh beliau sebenarnya umiIzz dah pernah lalui.. iaitu berkorban ke jalan Allah walaupun kita tahu, yang kita ada itu sedikit dan hanya cukup untuk kita. Tetapi jika itu yang kita berikan, maka berlipat gandalah Allah pulangkan.

OKlah, cukup dahulu perkongsian diatas, umiIzz nak tunjuk korang. Vitamin yang biasa orang amik untuk kesihatan iaitu vitamin Shaklee. Kenapa mesti Shaklee?? Sebab Shaklee terbukti keselamatannya dititik beratkan dengan ujikaji dibuat dimakmal sendiri,

Alhamdulillah, bulan ni oder masuk bertimbun-timbun.. hehe bukan riak cuma nak tunjukkan rasa syukur dan berkongsi cerita gembira. Biasanya umiIzz tak kongsi tapi kalini, umiIzz kongsikan.. Sebenarnya nak memenuhi ruangan entry harini.. tak banyak pun gambar yang dapat dimasukkan.. so share dua je ye..



Kepada yang berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee nyata selamat, mohon PM atau email kepada saya oder anda, dan siapa berminat untuk dapatkan mentor shaklee sebagai usaha penambah income bulanan, juga boleh hubungi saya seperti no yang tertera dibawah.

Okla, tu saja..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Khamis, 22 Oktober 2015

Abid si Wali Allah : Contoh Ujian Yang Maha Dasyat Berjaya Dilalui

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrhmanirrohim..

Alahmdulillah, petang ni berkesempatan umiIzz nak share cerita yang betul-betul membuka mata hati seorang yang diberi ujian Allah melalui kehidupan didunia ini. Sungguh, umi nak bagi tahu. bukan senang kita sebagai hambaNYa diberi hidayah melalui ujian Allah yang diberi. Ada yang sedar malah ada juga ramai yang makin tersasar.. MasyaAllah, bagaimana cara kita untuk selalu mengingati Allah dalam apa jua keadaan? Semestinya melalui solat 5 waktu, kita benar-benar mengingati Allah setiap hari tanpa jemu.



Diceritakan bahawa terdapat seorang wali Allah yang begitu alim, Abid dan sentiasa dahagakan ilmu Allah. Walau dia mendapat taraf wali tetapi dek kerana merasa kecetekan ilmu yang ada pada dirinya menyebabkan saban hari dia sentiasa berulang-alik ke masjid untuk menuntut ilmu agama dari ulamak dan tuan guru.



Begitulah rutin harian wali Allah itu. Tarafnya yang tinggi di sisi Allah tetapi dia masih merasa kerdil pada yang Esa. Masih banyak ilmu yang belum dia ketahui. Begitulah kita, apabila semakin banyak yang kita belajar semakin ‘bodoh’ diri kita. Bodoh bukan kerana malas tetapi kerana terasa banyak lagi ilmu yang kita belum fahami dan diteladani. Kita mencari ilmu bukan kerana nama tapi kerana agama!

Apa guna pangkat dan takhta andai pengetahuan agamanya lemah! Di padang mahsyar nanti Allah tidak akan mengira status pendidikan kita di dunia. PHD apa yang kita ada? Ijazah apa yang kita cipta dan Diploma mana yang kita rasa? Bukan itu yang menjadi nilai ukur kita. Neraka itu bengis sifatnya. Syurga itu damai rasanya! Kita pasti akan di tempatkan di antara dua. Syurga atau neraka? Di sana nanti kita akan mengikut ketua-ketua kita. Moga syurga jaminan kita!



Berbalik kepada cerita wali Allah tadi. Hampir 80 tahun dia melakukan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t dan pada suatu hari Allah menguji suatu ujian kepada kekasihnya itu. Ujian yang hebat yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Ujian menguji keteguhan iman kepada yang maha Esa.

Di dalam perjalanan ke masjid wali itu bertemu dengan seorang wanita. Wanita itu memanggilnya… “Wahai abid, saya ingin meminta pertolongan dari kamu. Saya ingin mengangkat barang di rumah saya tetapi kudrat saya tidak mampu untuk mengangkat barang itu. Jadi, saya ingin meminta pertolongan kamu. Sudikah kamu menolong saya?” kata wanita itu.

“Erm..InsyaAllah”

Lalu wanita itu membawa wali Allah itu ke dalam rumahnya. Apabila sampai ke rumahnya. Wanita itu mempelawa Abid masuk dan pintu itu di tutup rapat dan dikuncinya. Wanita itu menyelitkan kunci rumahnya di dalam dadanya. Wali Allah itu terpinga-pinga.

“Sebenarnya tiada barang yang perlu diangkat. Kamu hanya perlu mengangkat saya. Marilah kita berzina. Hanya kita berdua di rumah ini.” Rayu wanita itu.

Wanita itu mula menanggalkan pakaiannya.

Wahai Abid, marilah berzina denganku. Di rumah ini hanya kita sahaja. Kau setubuhilah aku kemudian kau pulang ke rumahmu dan kau kembali ke rumah dan bertaubat. Allah kan maha pengampun dan penerima taubat?” Godaan dan tipu daya dari syaitan.

Ujian dari yang Esa kepada seorang kekasihNYA . Wanita cantik di hadapan mata yang menggoda!

Wali Allah itu agak terkejut. Di dalam hatinya berdoa, “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”

Bagaimana pula dengan kita? Iman kita terlalu nipis. Melihat wanita cantik sahaja sudah goyah iman apatah lagi bila berdua. Bersemuka!

Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa……suara ini di dengar oleh hati yang bersih sahaja bukan pada hati yang penuh noda.

“Wahai abid, andai dikau ingin selamat dari wanita ini pergilah dikau ke tandas rumahnya.” Bicara suara ghaib itu.

Dia yakin itu adalah bantuan dari Allah!

Wali Allah itu membuat helah

“Baiklah aku akan berzina denganmu tetapi, izinkan untukku pergi ke tandas untuk melepaskan hajatku.” Kata wali itu.

“Silakan.”

Hanya berserah pada Allah moga dia selamat dari fitnah ini. Wali itu memasuki tandas. Dalam keadaan resah dan mengigil ketakutan suara ghaib itu hadir lagi. Wali itu berdoa lagi, “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”

Tiba-tiba suara ghaib itu menyapa lagi…

“Wahai abid, jika kamu ingin selamat dari wanita itu, ambillah najis (tahi) yang ada di lubang tandas itu dan lumurkanlah ke seluruh badanmu dan kembalilah dikau kepada wanita itu.”

Wali itu dengan penuh ketaatan mengikut apa yang kehendaki oleh suara ghaib itu. Kemudian di keluar dari tandas dan terus berjumpa dengan wanita yang menunggunya tadi dan….

“Ish, busuknya! lelaki apa kau ini? Aku mengajakmu untuk menyetubuhi aku tetapi mengapa kau lumurkan najis di seluruh badan mu?” Soal wanita itu sambil menutup hidungnya. “Keluar kau dari sini!” Kata wanita itu lagi.



Allah telah menyelamatkan kekasihnya dan dia berjaya dengan ujian ini. Wali itu pergi berlalu mencari anak sungai yang terdekat untuk menyucikan dirinya kemudian dia terus ke masjid untuk meneruskan pengajiannya.

Dia datang agak lewat. Pada kebiasaannya wali itu akan duduk di hadapan sekali untuk mendengar pengajian dari Tuan Gurunya. Tetapi kali ini tempatnya sudah diambil orang. Dia duduk di barisan yang paling hujung. Sedang asyik tuan guru menyampaikan syarahannya kepada anak-anak muridnya. Tiba-tiba Tuan Guru itu memberhentikan syarahannya. Dia bagai menghidu sesuatu bau yang menarik perhatian hidungnya. Kemudian dia bertanya kepada semua anak muridnya.

“Sesiapa yang di antara kamu yang berbau?” Soalan ini diulang beberapa kali oleh Tuan Guru itu.

“Akulah insan yang berbau itu.” Bisik wali Allah itu di dalam hatinya. Dia tidak mampu untuk mengangkat tangan kerana fikirnya dia telah melumuri badannya dengan najis sebentar tadi dan abiditu hanya diam tidak terdaya untuk berbicara.”

“Baiklah, jika tiada siapa yang ingin mengaku akanku cium kamu seorang demi seorang.” Kata Tuan Guru itu.

Dia bingkas bangun dan mencium seorang demi seorang anak muridnya namun masih tiada dia jumpa sehinggalah sampai kepada wali Allah itu. Dia menghidu lalu bertanya…..

“Wahai Abid, di manakah kamu perolehi bau ini? Soalan itu ditanya berulang kali.

Akhirnya wali Allah itu menyatakan bahawa dia melumurkan najis dibadannya kemudian dia membersihkannya di sebatang anak sungai.

“ Ketahuilah olehmu wahai abid bau yang wangi ini merupakan bau wangian para nabi dan rasul di syurga. Kamu sudah memperolehnya wahai kekasih Allah. Kata Tuan Guru itu yang juga merupakan wali Allah. Sememangnya ada hubungan rasa di antara wali Allah.

“Wahai abid, mulai dari sekarang kaulah yang layak mengajar di tempat ini.” Ujar Tuan Guru itu.

Allah maha besar. Nikmat yang diberikan oleh Allah begitu banyak. Ujian seperti ini tidak dapat kita rasa tapi jangan pula kita pinta kerana iman kita masih nipis seperti senipis selaput mata. Perbanyakkanlah ibadah kita kepada Allah. Ketahuilah olehmu wahai sahabat semua di bulan yang mulia ini Allah menutup pintu-pintu neraka dan membuka seluas-luasnya pintu syurga! Moga dapat kita perolehi pengajaran dari cerita ini. Jagalah iman kita! Salam.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Jumaat, 9 Oktober 2015

AidilAdha dan keluarga burung merpati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, diberi kesempatan berkongsi cerita. Semoga yang baik-baik sahaja untuk dijadikan teladan dan panduan. Kalau yang tidak, mohonlah diperbetulkan.





Bulan-bulan lepas, selalu lah dengar si burung merpati berjoli-joli berzikir nama Allah.. menyanyi di tepi rumah. Kuat jugalah bunyinya seoalah-olah meraikan pengantin baru. Memang sangat riuh dan selalu jugalah abiIzz halau. Bukan niat kedekut nak bagi tumpang burung-burung tu berteduh tetapi risaukan kotoran tahi burung merpati yang akan bersepah-sepah dan menjadikan kuman merebak di bilik abang Izz.

Lama-lama, malas pula nak amik tahu pasal burung-burung tu kami biarkanlah, kecuali kalau bunyinya terlalulah gamat, kami pun ketuk-ketuklah tingkap bagi takut sikit burung-burung tu agar tak terover bising.

Namun tibe-tibe bunyi yang kuat dulu dah tak sekuat dulu, hinggalah suatu hari dibulan september umiIzz ngintai di tingkap kelihatan burung jantan berterbangan dan burung betina seolah-olah bersedia ingin terbang.

Tiba-tiba umiIzz terpandangkan sesuatu..


Ooooooo.. ibu burung.. dia mungkin baru kali pertama bertelur dengan telur yang hanya sebutir.. UmiIzz tak sampai hati halau.. Jadi umIzz biarkan.. Abaikan keadaan lantai tu ya.. pasal lantai gitulah umiIzz xmo bagi burung-burung tu bertenggek disitu, ditakuti hama tu masuk dalam bilik danish, tapi sebagai langkah berjaga-jaga umiIzz tutup rapat tingkat n tak bagi danish buka.

Kalau ada masa memang umiIzz intai burung tu dan nampak dia tengah mengeramkan telurnya. Hinggalah balik ke kampung, umIzz tak fikir yang burung tu telah pun menetaskan telurnya.

Hinggalah minggu lepas, umiIzz tiba-tiba teringat akan telur burung tu dan pagi-pagi subuh terdengar bunyi kecipan si anak burung, rupanya subhanallah... Telur burung ini dah menetas dan kelihatan seekor anak burung yang besar sangat-sangat namun masih kekurangan bulu burungnya.


Lantai umiIzz kaburkan sebab agak kotor dan umiIzz besarkan saiz gambar fokus ke baby burung tersebut. Memang besar dan rasanya sebesar tapak tangan. Macamana telur sekecil tapak tangan baby boleh menetaskan anak burung sebesar tapak tangan dewasa ya? Maha suci Alla tuhan sekalian alam.

Nampak tak kepala burung tu masih botak dan badannya masih tidak berbulu..


Ok. ini gambar 2hari lepas.. dah cantik comel putih bersih.. bulunya dah nampak penuh satu badan.. Alhamdulillah nampak sihat.. Anak-anak umiIzz panggil burung ni whitey sebab putih, walaupun diorg hanya tengok dalam gambar Hp, tapi mereka teruja dan suka.

Kadang-kadang umiIzz bagi juga biskut kering di pecah-pecahkan untuk dimakan oleh burung-burung tersebut. Rasa keibuan umiIzz buatkan umiIzz tak sampai hati nak halau dan berharap biarlah burung tu besar sihat dan boleh terbang tinggi. Umi terbayang jikalah kita berada ditempat ibu burung tu, mahupun kita sebagai burung tu, tentunya kita merasa kecewa jika kita juga dihalau pergi sedangkan kita memerlukan tempat perlindungan untuk hidup.

Semoga Allah beri kebaikkan buat anak-anak umi dan ayah ibu umi nanti, InsyaAllah.




Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911 Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,

  gif creator
gif creator

Khamis, 1 Oktober 2015

Syukur : beri lebih keindahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, walaupun jerebu masih bersisa dan kadang-kadang membaluti udara Kuala Lumpur, Allah hadirkan hujan untuk mencuci jerebu yang melanda.. Alhamdulillah, kita kene selalu berada dalam keadaan bersyukur walaupun hari mendatang itu kita lalui dengan penuh pahit. Itu sebenarnya tips untuk selalu rasa bahagia dan tenang.



Namun, selalunya diantara kita yang hanya manusia biasa, yang selalu tak ingat nak rasa bersyukur. Ramai yang mengeluh dan selalu rasa tak pernah cukup dalam hidup. Ada sahaja perasaan tidak puas hati dan rasa seperti tak dipeduli.

Bukan senang tau, nak datang rasa bersyukur dalam diri. Lebih2 lagi syukur tu dimaksudkan dengan ikhlas,. Sebab ramai sekarang ni orang yang selalu rasa tak cukup, tak puas dan tak beruntung malah sanggub menyalahkan orang lain untuk puaskan hati tapi masih tak puas. Korang tahu kenapa??

Sebabnya perasaan syukur tak pernah wujud, rasa semua dilakukan adalah usaha sendiri tanpa perlu ucap syukur kepada yang maha pemberi. Bila rasa ini selalu ada dalam diri, kita memang takkan pernah puas walaupun yang kita miliki itu terlalu banyak, terlalu mahal..

Bagaimana nak rasa syukur agar kita selalu rasa bahagia walaupun diuji badai?

Kembali pada Pencipta kita iaitu Allah.

Kita lihat balik asal usul kita, siapa pencipta kita dan keliling kita. Sebenarnya bila kita dah kenal Pencipta kita, kita akan selalu rasa bersyukur. Betapa bermurahnya Allah SWT itu setiap hari, walaupun diuji dengan pelbagai.. kita akan mampu lalui kerana rasa syukur itu telah membantu kita sentiasa bersedia menerima apa sahaja yang Allah beri dan barulah datang ikhlas dan redha. Redha dengan ketentuanNya.

Namun jika kita tidak kenal pencipta kita, tidak mahu mengenal pencipta kita.. maka dari situlah kita akan berasa tidak bahagia dan tidak pernah puas dan cukup.

orang yang selalu bersyukur ni akan hadir satu nikmat yang Allah datangkan dalam diri mereka yang sentiasa bersyukur iaitu nikmat berasa positif sentiasa. Dengan kata lain... apapun yang dilalui, mereka itu akan bersangka baik terhadap penciptaNya.


                                           “...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)


Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..



Selalulah bersangka baik dengan Allah nescaya Allah berikan kita pelbagai ganjaran nikmat lagi InsyaAllah.. Semoga kita selalu dahulukan Allah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator