PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 28 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Diabetis terjaga dengan Vitalea

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim

Keletihan melampau, adalah perkara yang tidak baik dalam diri kita. Jika kita mengalami masalah keletihan yang berpanjangan sila hubungi doctor peribadi anda untuk mengetahui punca sebenar agar pengambilan suppliment tambahan membantu mengatasi masalah anda



Tidak ramai yang perasan apabila keletihan, kelesuan serta kebas tangan dan kaki adalah masalah awal diabetis. Namun pengesahan dari doktor amatlah diperlukan agar kita tidak mengalami masalah lain apabila pengambilan makanan tambahan.

Apabila kandungan gula lebih dalam tubuh badan, sendi saraf akan kerap terasa kebas dan tidak mudah memberi ransangan dengan baik. Masalah ini akan menyebabkan pesakit kencing manis mengalami masalah kebas tangan dan kaki.



Hasil pembacaan dan semakan dari penulisan pakar, Kromium sangat membantu mengurangkan rasa kebas kaki dan tangan malah membuatkan sendi saraf pesakit bertindak baik dalam memberi ransangan. Vitalea mengandungi Kromium. Dengan adanya Kromium, vitalea dapat membantu masalah pesakit diabetis yang mengalami masalah kebas.

Vitalea adalah Multivitamin. Vitalea telah diperkenalkan yang pertama didunia. Vitalea adalah makanan kepada sel dan mengandungi semua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk membina darah juga memberikan tenaga kepada sipemakan.

Jika anda atau kenalan anda mengalami masalah Diabetis, boleh amalkan pengambilan Vitalea. Ambil sebiji sehari dan jika tahap Diabetis anda tinggi dan terasa kebas tangan dan kaki dengan kerap, amalkan pengambilan Vitalea sebanyak 2biji seperti yang disarankan di botol Vitalea.

Semuanya adalah dengan izin Allah SWT namun kita hendaklah berusaha untuk melakukan yang lebih baik. Jika anda ingin dapatkan Vitalea, hubungi saya.. InsyaAllah saya bantu

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
 Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Sabtu, 22 Februari 2014

2014 Besday Adik Izz : 2 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah Allah panjang usia anak-anak kita.. YAng terbaik untuk mereka kita sangat harap-harapkan sebagai ibu bapa. Tak de ibu atau bapa yang inginkan anak mereka susah malah, harapan umi mereka menjadi anak yang soleh untuk perjuangan mereka disana.



Aritu 20hb di bulan Febuari kami ada  buat potong kek untuk besday adik izz.. Kami buat berempat je.. dirumah sebelum makan-makan kat restoran.. Alhamdulillah sambutan yang sederhana tetapi mengembirakan hati beliau. UmiIzz xsuka pembaziran dan buat masa ni diusia beliau biarlah sambutan hanya kami yang meraikan.

Jom layan gambar adik Izz..










 Diberi ujian gembira, bahagia, sihat, sakit, celoteh, senyap dan lain-lain ini.. anak2 soleh ni sangatlah terlalu berharga buat umiIzz. Semakin membesar dengan keletahnya yang kuat bertanya dan banyak mencuit hati abng izz, umiIzz dan abiIzz..

Semoga Allah pelihara hidupmu menjadi anak yang soleh, berjaya dan bahagia dunia akhirat..

Amin..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 



Salam sayang dari,






gif creator
gif creator

Rabu, 19 Februari 2014

SHAKLEE KUALA LUMPUR : JHT Sangat Membantu Menghilangkan Sakit Sendi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Bismillahirrohmanirrohim..

Sebelum-sebelum ni ada cerita berkenaan JHT (Joint Health Tablet) yang sangat baik untuk kesihatan sendi dan mengurangkan sakit dan bisa-bisa di sekitar sendi dilutut paling utama. Selain itu, JHT juga amat baik untuk sakit pinggang dan belakang tubuh kita. Apabila kita melakukan kerja seharian dengan lebih lasak seperti mengangkat berat dan melakukan kerja-kerja berat yang lain, pastinya kesakitan yang dialami di bahagian pinggang mudah terjadi apabila usia kita meningkat.



Alhamdulillah, Shaklee ada mengeluarkan suppliment yang membantu mengurangkan risiko sakit berpanjangan disendi tulang kita. Kebanyakan yang mengambil JHT memberitahu, alhamdulillah sangat membantu. Joint Health Tablet Shaklee (JHT) adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. JHT adalah 100% vegetarian tablet. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan.


Namun semakin umur meningkat, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan membataskan pergerakan seseorang.

Bagaimana Joint Health Tablet Shaklee memberi kesan dalam masa 5 hari?
  • Menyokong keselesaan sendi (ekstrak boswellia yang ada di dalam JHT ini akan halang bahan kimia dari terbentuk dan menyerang tulang rawan). Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (ekstrak jagung berfungsi mengekalkan tulang rawan)
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (kandungan zinc, manganese, vitamin c dan copper akan bertindak membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan menjadi komponen tisu penyambung)

UmiIzz juga membelikan JHT pada ayah dan ibu dikampung, sejak mengambil JHT.. Alhamdulillah.. mak mengaku yang JHT membantu beliau lebih sihat berbanding dulu yang kerap sakit sendi hingga waktu hujan pun beliau tidak mampu bergerak kerana sejuknya cuaca membuatkan bisa disendi-sendi tulang kaki.

Lagi testimoni yang boleh umiIzz sharekan ialah disini.

Jika anda mahu dapatkan JHT ini, boleh PM umiIzz seperti nota dibawah dan pesanan umiIzz.. Jika ada diantara ibubapa pembaca yang mengalami sakit sendi dan tulang.. belikanlah JHT bagi meringankan sakit dan menyihatkan tulang ibubapa kita. Apalah sangat pada harganya berbanding senyuman sihat bahagia ibubapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Rabu, 12 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Stress @ Tekanan boleh membunuh, atasi dengan zikrullah dan pemakanan yang sihat seperti BComplex Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim..


Kita kalau nak selalu kelihatan cantik berseri, anggun dan sentiasa nampak muda, pertama sekali haruslah menahan sabar. Jarang-jarang manusia ni kita jumpa benar-benar sabar sebab kebanyakkan nya adalah yang tidak dapat menahan sabar.


Apabila hilang sifat marah kerana sabar, bermakna kita berjaya membuang kemarahan dan menanam sabar lebih dari segalanya. Apabila kita berjaya menahan marah dan bersabar bermakna kita lebih selalu muda dari biasa. Tak caya? cube try buat dalam masa sehari.. Jangan marah.. bole tak? Hehehe

Kesibukkan diri dirumah, dipejabat dengan mengharungi kesesakan lalulintas buat kita rasa Stress. Ditambah pula kerja yang tidak sempat siap tetapi di beri lagi tugasan mencabar yang lain untuk disiapkan dalam masa sama, tentu rasa stress kan?

Cara untuk mengelakkan stress.. Amalkan zikrullah, buat kerja sambil mendengar alunan zikir yang dipasangkan, insyaAllah kita juga tergerak hati nak ikut baca dan lama-lama akan menjadi amalan. Keduanya, jaga pemakanan. Ambillah makanan yang seimbang dan menyihatkan agar kita kekal cergas dan bertenaga. Apabila kita kekal sihat dan cergas, kerja yang banyak akan mudah kita laksanakan kerana tidak terasa stress atau penat berpanjangan.



Pengambilan suppliment tambahan juga membantu mengelakkan stress. Suppliment tambahan yang baik mendatangkan kesan yang baik dan tidak ada kesan sampingan negetif. Shaklee menyediakan BComplex untuk membantu mereka mengelakkan perasaan stress atau tekanan. Pengambilan BComplex membantu tubuh berasa selamat dan tenang dan mudah berfikiran positif fan mengelakkan kemarahan. Bcomplex juga membantu pembentukan darah baru.

Apa kata pengguna BComplex di bawah :



Jika anda mula ada simptomp-simptom Stress ataupun tekanan, silalah cepat-cepat mengambil suppliment tambahan yang membantu anda mengawal tekanan @ stress anda kerana Tekanan @ Stress mengundang padah. Ramai yang mengalami sakit jiwa dan bertindak tanpa sedar seperti membunuh orang atau membunuh diri sendiri kerana tidak mengawal perasaan tekanan @ stress yang berpanjangan.

Gejala Stress ini mampu mendatangkan musibah kepada orang lain. Jom PM saya jika anda ingin pantau tekanan perasaan anda atau pun Stress dalam diri.












Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Selasa, 11 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Testimoni Nutriferon, Basic H2 dan Performance Drink, tiada lagi Virus Usus


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Dihidrasi adalah kekurangan air yang keterlaluan dalam tubuh badan. Ia boleh berlaku apabila seseorang mengalami muntah dan crit birit yang keterlaluan, tidak selera makan dan minum hingga menyebabkan kekurangan air dalam badan. Apabila seseorang mengalami dihidrasi akan kelihatan keletihan dan tidak bermaya malah kulit menjadi kering serta mengelupas.





Dua minggu lepas kelihatan anak sulung umiIzz berulang-ulang ke tandas, namun pada umi ianya biasa kerana beliau memang kerap keluar masuk tandas. Namun setelah melihat keadaan beliau yang tidak mahu makan dan minum ditambah muntah-muntah yang kerap maka kami terpaksa bawanya ke hospital. keadaan beliau yang lemah, akhirnya beliau ditahan wad kerana kekurangan air dalam badan. 3 botol untuk danish sepanjang di hospital. Namun sepanjang di hospital, kelihatan beliau ceria dan macam orang tak sakit pun ada.

Setelah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan virus usus, maka bersiap sedialah umiIzz dengan Nutriferon dan Performance Drink. Alhamdulillah, hari kedua kelihatan beransur ok dan esoknya pulang, sungguh umiIzz terlupa 2 benda tu bila anak sendiri tak sihat.



Virus usus ini adalah jangkitan yang boleh didapati dari orang lain melalui penggunaan tandas dan kebersihan selepas memasuki tandas, ia menyerang usus perut yang menyebabkan ketidakselesaan perut dan menggangganggu penghadaman menjadi tidak normal menyebabkan pembuangan air yang kerap. Pengambilan Nutriferon membantu melawan virus dalam tubuh agar kuat melawan virus dalam badan.

Permulaannya, apabila dijangkiti virus usus.. kita akan berasa haus yang kerap serta kekerapan membuang air kecil.  Kemudian diikuti ceret beret (air) yang berlarutan. UmiIzz juga dijangkiti kerana tidak berwaspada ketika mengambil sample najis abang Izz. Begitu juga adik Izz. Owh memang lemah seluruh anggota badan namun hanya bertahan sehari sahaja esoknya umiIzz siha, alhamdulillah.



Sampai dirumah, semua peralatan rumah termasuk lantai dan perkakasan turut umiIzz bersihkan dengan Basic H2. UmiIzz juga menambah sedikit cairan Basic H2 kedalam pakaian yang ingin di basuh. Sungguh umiIzz tak mahu kuman itu turut merebak lebih banyak dalam rumah dan menjangkiti sesiapa sahaja.

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

  • Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get CleanPeriuk, besen dan pinggan mangkuk
  • Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
  • Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
  • Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


    Perbezaan Shaklee 
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorinBerkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang samaMesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Rasanya, bila rumah telah bersih dan bebas kuman, baru kita rasa selesa kan?? Anak-anak pun sihat dan tidak perlu lagi risau dengan jangkitan pelbagai virus, insyaAllah. PM saya untuk selanjutnya











Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Jumaat, 7 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Set Mengandung Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Anak adalah anugerah terindah dari Allah SWT, apabila kehadirannya dimaklumkan.. Kegembiraan ayah dan ibu terpancar jelas kerana akan bergelar ayah dan ibu bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ingin menimang cucu. Bagi mereka yang ingin menambah bilangan keluarga, tentunya keterujaan melihat si comel lahir tidak dapat digambarkan. Malah keterujaan untuk menyambut kelahiran bayi amatlah dirasai lebih-lebih lagi dalam penyediaan kelengkapan si comel. Namun jangan lupa ibu yang mengandung juga memerlukan pelbagai kelengkapan kesihatan agar melahirkan anak yang sihat cergas dan pintar.


Bagi ibu mengandung, makanan yang berkhasiat amatlah diperlukan dan penjagaan semasa mengandung amatlah dititik beratkan. Jadi, untuk memenuhi khasiat makanan.. ibu mengandung perlulah mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Jika khasiat yang diperlukan berkurangan, masalah lain akan timbul seperti lenguh dan bisa badan serta bengkak gusi kerana kekurangan calcium dan rasa cepat letih dan tak bermaya kerana kekurangan vitamin lain malah HB darah juga akan rendah dan boleh membahayakan diri anak dan juga ibu itu sendiri. Jangan fikir yang makan untuk dua orang atau dua kali ganda itu mencukupi buat ibu dan bayi dalam kandungan.. Kerana kita tidak tahu khasiat makanan tersebut mencukupi dan zat didalam kandungan makanan yang di ambil oleh ibu mengandung itu benar-benar bersih danmengandungi nutrisi yang mencukupi.

Jangan bimbang, jika anda inginkan khasiat yang memenuhi keperluan ibu mengandung, Shaklee ada jawapan. Dapatkan SET MENGANDUNG SHAKLEE dari saya. Ianya mengandungi 4 jenis Vitamin yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu dan anak.


Set kehamilan di atas membantu ibu mengandung mendapatkan khasiat makanan yang mencukupi dan membantu ibu menerima nutrisi dan zat yang baik bagi membantu ibu dan kandungan sihat. Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi Vitalea, B Complex, Ostematrix dan Vita C serta disarankan untuk menambah Omega Guard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.

Ibu yang hamil perlukan khasiat pemakananyang mencukupi agar ibu dan anak sihat berterussan. Ambillah pemakanan  tambahan yang diwartakan bersih selamat dan sihat untuk anda agar tiada kesan sampingan yang memudharatkan.

Jika ingin dapatkan set mengandung shaklee, hubungi saya.. Saya juga ada menyediakan set inidalam bentuk pembayaran sistem kutu. Sila maklumkan saya jika berminat.

Jika anda ingin membuat belian tanpa melalui saya, sila klik lin dibawah:

Sila Klik : Set Mengandung, anda akan selesa berurusan sendiri dengan Shaklee online..









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Shaklee Kuala Lumpur : Vitamin C Shaklee buat kulit saya ditegur cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Kulit kita memerlukan vitamin C untuk lebih segar, sihat dan berseri. Namun tidak semua orang mampu untuk memakan buah limau setiap hari memandangkan kesibukan harian dan pelbagai rutin yang dilalui. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?




Vitamin C sangat baik untuk membentuk kolagen dalam tubuh.. Ramai orang berebut2 untuk mengambil Vit C kerana Vit C membantu kita kelihatan lebih berseri dan segar. Vit C Shaklee tak Sama dengan Vit C brand lain kerana Shaklee menggunakan bahan semulajadi yang selamat dan tidak mengandungi bahan sintetik..
Nak tahu tak bagaimana orang yang kekurangan vitamin C?? Mereka yang kekurangan vitamin C akan ada simptom-simptom bawah ni..
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

So, jika ada diantara simptom-simptom diatas pada anda, sah-sahlah yang badan kita ni kekurangan vitamin C.. Vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin C lain kerana Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel). Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah. Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.



MANFAAT UTAMA :
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa MEMERLUKAN Vitamin C?
Perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Antara pengalaman saya dengan Vitamin C sustained release 500mg :

Pengalaman saya : 

Suami UmiIzz memiliki resdung dan alahan yang teruk. Setiap hari beliau akan bersin dan selesma. UmiIzz wajib sediakan air suam panas dan tisu 2packet untuk dia menguruskan selesmanya. Dengan izin Allah, Alhamdulillah dapat di control dengan sangat baik, selsema, demam yang semakin berkurangan yang menunjukan peningkatan yang bagus untuk antibodi suami umiIzz.

UmiIzz pula negalami kulit wajah kusam, kulit umiIzz cerah tetapi tidak berseri. Sejak mengamalkan Vita C Shaklee, hasilnya memberansangkan.. Seoalah-olah bertukar menjadi kulit lebih muda kerana berseri-seri dan ramai yang menegur, eh lainnya wajah umiIzz.. Tidak perlu pakai apa dah berseri kalau tepek bedak arab.. aduhai... Fikirkan sendirila serinya =)

Sesiapa yang nak kan Vita C, boleh hubungi umiIzz.









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Shaklee Kuala Lumpur : Ostemetrik, calcium untuk tulang dan gigi kuat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Dalam tubuh badan kita, yang memberi kekuatan untuk kita berdiri adalah tulang temulang kita, serupa juga dengan nikmat makan yang memerlukan gigi kuat dan sihat untuk mengunyah. Jika semua itu tiada, maka hambarlah nikmat tersebut dan pincanglah kita untuk melakukan apa-apa.


Kesakitan tulang akibat penat berkerja atau melakukan sesuatu yang melebihi daya kekuatan amat menjejaskan kehidupan harian kita. Samalah juga apabila kita mengalami bisa badan akibat dari demamyang melanda juga kerana mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh kita. Tulang dalam tubuh kita amatpenting bagi menyokong pergerakkan tubuh badan. Sekiranya tidak dijaga maka ia menyusahkan kita untuk melakukan pergerakkan. Pengambilan kalsium yang penting amat diperlukan agar tulang kita kekal sihat dan kuat.



Serupa juga dengan gigi kita. Gigi amat penting untuk kita menggunakannya. Gigi yang tidak sihat akan mengganggu proses kita untuk mengunyah makanan dengan sempurna. Malah, jika mengalami sakit gigi dan gusi bengkak serta berdenyut-denyut, mood kita juga tidak berapa elok pada hari tersebut. Oleh itu penjagaan gigi dan gusi juga sama  penting dalam tubuh kita. Bukan sahaja memerlukan pembersihan yang betul malah pengambilan kalsium yang mencukupi juga penting untuk menjaga gigi.



Dalam Shaklee, Calcium dikenali sebagai Ostemetrik. Ostemetrik amat baik sebagai penyumbang kalsium kepada tubuh badan. Ianya bukan sahaja sebagai pelindung kepada tulang dan gigi tetapi sebagai penghadam baik terhadap usus kita. Setiap pengambilan ostemetrik  juga membantu proses penghadaman menjadi lebih lancar dan masalah sembelit tidak mungkin terjadi. Tetapi, wajib mengambil minuman seharian lebih setiap hari. Ostemetrik sangat mudah larut dalam air, ianya mudah larut kurang dari 30min apabila dimakan. Oleh yang demikian, tiada masalah untuk kita menghadapi sangkutan pada buah pinggang.

Jika anda mengalami bengkak gusi, lebih-lebih lagi ibu mengandung.. Pengambilan 4biji Ostemetrik (calcium) membantu ibu atau sesiapa yang mengalami gusi bengkak, berdarah, berdenyut dan sakit gigi rasa lebih selesa dan tidak ada lagi masalah tersebut. Sebagai testimoni sendiri, sewaktu kehamilan anak kedua umiIzz.. gusi umiIzz kerap bengkak dan adakalanya berdarah, setelah pengambilan secara konsistan tiada lagi masalah gusi bengkak dan berdarah. Begitu juga suami umi yang mengalami sakit gigi kerana gigi beliau adalah gigi bertindih/berlapis dan agak sukar untuk menjaga namun yang mengujakan beliau, apabila mengambil 4biji Ostemetrik pada malam kejadian, esok hari beliau tidak mengalami sakit gigi dan rasa lebih selesa. Sejak dari itu beliau mengamalkan Ostemtrik.

Bagi ibu mengandung, pengalaman ketika mengandung dengan menghadapi masalah seperti lenguh kaki, sakit pinggang dan kejang otot selalu mengganggu ibu. Malah bagi wanita yang menginjak usia dan telah banyak melahirkan juga akan mengalami masalah serupa. Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan kalsium yang mencukupi. Pada umiIzz, Ostemetrik mengandungi calcium yang mencukupi. Ini adalah kerana pengalaman umiIzz sendiri ketika mengandung dan setelah melahirkan, mengalami kekejangan otot kerana mengandungkan bayi yang memerlukan ibu menyalurkan calcium yang mencukupi terhadap bayi dan pengalaman setelah melahirkan pula kepenatan diri selepas seharian berkerja dan menguruskan rumah menyebabkan kaki kadang-kadang lenguh dan kejang. Mengamalkan Ostemetrik ketika mengandung mengurangkan rasa tidak selesa pada tubuh namun meneruskan Ostemetrik selepas bersalin juga membantu umiIzz lebih bertenaga.

So sebagai wanita, umiIzz amat galakkan anda mengambil Ostemetrik bagi melindungi tulang dan gigi anda. Tulang yang sihat membantu anda lebih bertenaga. Dapatkan Ostemtrik anda hari ini. PM saya untuk selanjutnya.









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Khamis, 6 Februari 2014

Bisness Shaklee Kuala Lumpur : Berguru Walaupun Jauh Di Sempadan Laut China Selatan

Assalamualaikumd an salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim..


Dahulu-dahulu, kalau kita nak menuntut ilmu guru dihadapan mata, baru ilmu sampai. Kalau tak pun, kita belajar melalui menjawab soalan dan mengepos kembali soalan dan dibalas dengan pengeposan jawapan. Susahnya menuntut ilmu waktu dahulu tetapi tetap digalakkan hingga ke Negeri China.. Ingat tak pepatah ini??




Namun dizaman serba canggih ini, pelbagai manfaat boleh didapati dengan mudah. Walaupun terpisah di hujung dunia anda masih boleh menuntut ilmu dengan guru anda dengan menggunakan teknologi moden. Apa sahaja ilmu yang anda perlukan samada untuk membangunkan bisness malah apa sahaja pun mudah dilalui. Yang penting, usaha anda untuk berjaya.



Semalam, sambil teman anak yang admit di wad (kenapa-kenapa-kenapa??? biasalah, budak bijak Allah uji lah sikit), UmiIzz masih guna masa mengambil peluang belajar bersama kawan-kawan bisness yang berlainan negeri. UmiIzz di Wilayah persekutuan masih boleh  menimba ilmu bisness bersama mentor yang berada jauh di Sempadan Laut China Selatan. Ada kawan-kawan yang berada di perak, dari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang sama-sama mengambil peluang menambah ilmu. Walaupun umiIzz boleh dikatakan "terror berblogging" wah, jangan pula muntah ya.. Namun perasaan ingin tahu tetap wujud. Manalah tahu ada part yang kita tak tahu, boleh jadi membantu untuk umiIzz lebih bijak berblog. Malah, umi Izz boleh sharekan dengan anak-anak buah bisness umiIzz yang lain.



Yang pastinya, bisness Shaklee ni tak susah dan tak banyak duit yang perlu dikeluarkan demi mendapatkan ilmu dari mentor untuk berjaya. Hanya dihujung jari dan bila-bila masa. Jadi sebagai seseorang tak kiralah anda student, surirumah sepenuh masa ataupun yang berkerjaya.. Kenapa anda tidak memilih untuk menjana income lebih dengan bisness Shaklee. Kisah Meeting Shaklee Online disini

Walaubagaimana pun, senang macamana pun.. Semuanya terletak atas usaha anda untuk berjaya. Kenapa Mentor saya boleh berjaya dalam Shaklee dan mendapat pulangan hingga hampir sejuta setiap bulan, tetapi kita menidakkan untuk kita berjaya macam mereka??? Semuanya terletak pada kita untuk memilih berjaya atau suka-suka. Jika nak berjaya tentulah kena usaha dan tiada dalam dunia ini yang berjaya datang tanpa usaha.

Kalau ada yang bertanya UmiIzz abad ini , musim Shaklee.. Dah ramai yang nak biz shaklee, jadi kita nak biz benda yang sama untuk apa? Jawapan mudah yang telah disediakan oleh para pengkaji bisness... Kebanyakkan yang joint Shaklee 70% daripada keseluruhan nya adalah suka-suka, nak berbisness ikut trend dan glamour..(orang nak buat, awak pun nak.. tp tak 100%), mencampur adukkan semua bisness dan tak tahu nak capai yang mana satu untuk berjaya.



UmiIzz bukanlah kaki MLM dan tak mudah umiIzz nak tumpu 100% MLM untuk berjaya lagipun umiIzz ada biz sendiri, TETAPI Shaklee ada kelainannya. Selain dapat belajar banyak perkara, umiIzz lebih dekat lagi kepada pencipta. Walaupun Mentor umiIzz berada diseberang Laut China Selatan, tetapi itu tidak mematahkan semangat umiIzz untuk berjaya. Dan umiIzz tidak kedekut ilmu.. Jika anda berminat nak join under group UmIizz, insyaAllah.. umiIzz bantu anda untuk berjaya bersama.

Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan atau berminat nak jana income dihujung jari, jom kita join Bisness mudah dari Shaklee. Email, Wsap, Sms dan Viber umiIzz segera.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator