PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 21 Oktober 2013

Kita sebenarnya tidak punya apa-apa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Benarlah apa yang tertulis untuk kita adalah dariNya dan kita menjalankan apa jua perkara adalah dariNya.



Semua milik Allah

Kita hanya hambaNya, yang melalui apa yang telah direncana dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT..

Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

Ahad, 20 Oktober 2013

Set Penyusuan 3M


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Harini umiIzz nak iklan sahaja.. dan biarkan gambar berbicara.. Untuk rujukan sila semak di sini Ramai yang menyetujui  makanan tambahan dari brand shaklee so apa kata bagi yang ingin mendapatkannya boleh terus wsap umiIzz.



Bagi bapa bayi, sila pilih makanan tambahan berkhasiat agar membantu ibu menyusukan bayinya berjaya hingga mencapai usia 2tahun. Sokongan padu anda sebagai suami dan bapa kepada ibu yang menyusu adalah sangat2 diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Jumaat, 18 Oktober 2013

Resepi sotong goreng tepung gebuz ala umiIzz


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini dah jumaat.. Waktu pun dah petang, umiIzz MC sebab tak sihat.. Kalau ikut hati memang tanak mc sebab kerja banyak tapi disebabkan ketidaksihatan diri yang memerlukan rehat yang cukup maka umiIiz ambil juga mc yang doktor beri.

Ok ada masa sikit kat rumah rasanya nak update la kisah umiIzz masak cuti sebelum raya haji hari tu. Oleh kerana ramai yang nakkan resepi simple umiIzz maka gagah jugala menaip bait-bait resepi.
Sebenarnya.. lama dulu bila buat sotong goreng tepung mesti tak menjadi.. tapi kali ini, alhamdulillah.. umiIiz pun guna resepi sendiri simple dan mudah. Jom kita tengok..

Resepi Sotong Goreng Tepung Gebuz ala UmiIzz




Bahan-bahannya:

5 ekor Sotong saiz besar
3 sudu tepung gandum
1 biji Telur
Serbuk Roti (boleh buat sendiri atau beli yang siap)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

*Bersihkan sotong sebersih-bersihnya dan potong jangan terlalu nipis dan jangan pula terlalu tebal
* Toskan sotong tersebut agar air sotong tiada dan gaulkan dengan garam secukup rasa
* Sambil menunggu sotong itu, pukul telur dengan tepung hingga sebati dan masukkan sedikit garam sebagai
   rasa untuk tepung itu nanti. (umiIzz letak sedikit bagi ada rasa)
* Sotong yang telah ditoskan di masukkan kedalam tepung yang telah dipukul bersama telur hingga sebati
   dan gaulkan sotong didalam adunan tepung tadi.
* Panaskan minyak dikuali
* Ambil satu persatu sotong dan gaulkan dengan serbuk roti lalu masukkan kedalam minyak yang telah
   dipanaskan untuk menggoreng sotong tersebut.
* Goreng sehingga naik bau dan kekuningan
* Sedia untuk di hidang..

Senang je kan?? Jom cuba, masak untuk anak dan suami tersayang moga air tangan kita sebagai ibu membawa berkat kebahagiaan dalam keluarga.. amin, insyaAllah..

Nampak gebuz dan crunchy kan sotong ni? Alhamdulillah memang best suami pun puji... apa tunggu lagi.. esok time cuti boleh la mencuba ya..

Salam sayang dari,




  gif creator
gif creator

Bulan Oktober Bulan Cantik Collagen Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama juga tak menulis di blog umi memandangkan umi sangat sibuk urusan dipejabat malahan Umi juga sibuk membantu adik-adik yang nak berkecimpung dalam biz dan melakar blog biz. So kelas-kelas online umiIzz adakan bila ada waktu terluang hinggakan tak berkesempatan nak menaip bait cerita untuk dikongsikan kepada yang sudi menyinggah.

Hari ini umiIzz nak share sedikit berkenaan Collagen Shaklee yang sedang hangat dipromosikan. Bulan ini setiap belian 6 kotak Collagen Powder Shaklee akan menerima sekotak percuma Collagen Powder yang bernilai hampir RM300/sekotak. Disamping itu pembeli pakej promo ini juga akan menerima keahlian percuma seumur hidup yang bernilai RM65 sebagai yuran pendaftaran ahli.

Setiap orang telah mengatahui kolagen sangat perlu dalam tubuh badan kita kerana membantu tubuh kekal sihat dan muda sentiasa. Keserian wajah dan keanjalan kulit dapat dirasakan selepas penggunaan Collagen Shaklee. Bagi kaum wanita yang sangat menjaga penampilan dan ingin kelihatan muda dan berseri dimata suami, pengambilan Collagen Shaklee membantu anda tampil segak jelita.

Cerita lebih lanjut berkenaan Collagen Powder Shaklee ada di sini. Dan Kalau nak tahu umiIzz juga mengambil Collagen Shaklee dan telah menggunakannya selama 7bulan. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Kesan parut Chicken Pox yang umiIzz kena baru-baru ini hilang. Semuanya usaha dengan izin Allah.


Apabila usia meningkat, kulit wajah dan serimuka akan kelihatan tidak bermaya malah bagi yang kurang menjaga penampilan kesuraman amat ketara diwajah. Mungkin ada yang kata, tak perlu semua ini kerana ianya dah lumrah bila berusia kulit akan bertukar keanjalan dan keserian pun pudar. Pada umi, tak silah kita merawat dan menjaga penampilan lebih-lebih lagi untuk suami tercinta. Almaklumlah kebanyakan walaupun tak semua (tak semua tu maybe dalam 1%) yang sukakan keindahan. Lelaki suka memandang keindahan dan wanita suka menampilkan keindahan. Jika tidak berlebihan dan tak disalahgunakan tidak menjadi masalah. =)

So kepada yang berminat nakdapatkan Collagen Powder Shaklee yang masih dalam promo,boleh hubungi sy UmiIzz.. Malam ini umi Izz nak bermasker dengan Collagen Shaklee..

Keanjalan kulit begitu bermakna


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator