PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 17 Julai 2011

Kenapa menyepi??

Assalamualaikum WBT..

Lamanya saya tidak berblogging..bukan malas tapi bZ.. umidanish bz dengan perpindahan tempat kerja baru umidanish.. tak tahu nak berhadapan dengan kawan2 baru dan suasana baru macamana.. Memang umidanish minta tukar tp bila nak memulakan ditempat baru adalah sesuatu yang mengerikan buat umidanIsh.. bagaimana kah Bos baru?? bagaimanaKah kawan2 baru? bagaImanakah tempat Umi? bolehkah berblogging hari2?ekekekek.. kalau nak tahu itulah perkara yang paling umi tak suka nak lalui..

Sebanarnya syg nak tinggalkan tempat lama Umi tapi disebabkan seekor nyamuk tiruk habis kelambu dibakarnya.. tu yang malaskan??kan?? hihihi

Kalau nak tahu selain simtom2 diatas yang menghalang uMI nak berblogging, ada satu lagi simtom.. iaitu simtom2 tidak selesa tekak, tidak selesa perut, tidak selesa kepala dan tidak selesa anggota badan.. owh apakah itu,huhuh...

Jadinya terbantutlah blog umidanish dengan kisah fatimah azzaharah.. nnt umidanish sambung lain yer kisah dia.. Oklah, umidanish mintak korang doakan kesihatan umidanish bertambah baik dan doakan juga keselesaan dan kebahagiaan umidanish ditempat baru.. =)

Umi tanya : Danish.. ni siapa???
Danish jawab : abang.. abang danish


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 5 Julai 2011

Danish dan fatimah Azzaharah

Assalamualaikum wbt..

Apa kaitan danish dan fatimah Azzaharah pulak? Apa khabar harini? Umidanish sedih sikit arini, sebenarnya dari semalam. Dalam jam 4ptg macam tu, pengasuh danish kata mata danish sebelah kanan bengkak. Katanya danish lari2 dan terlanggar bucu meja.. huhuh, sadis sungguh berita tu.. kesian danish.. menitik air mata ni.. kita yg besar ni kalau bengkak2 pun rasa sakit inikan si kecil cumil kita tu..

Tapi danish budak yang kuat.. dia tak meragam pun.. cuma dia kata ata.. sakitla ni.. sambil tunjukkan mata dia.. kesian anak umi, semoga cepat sembuh yer sayang.. Ok kali ni umidanish nak sambung kisah Fatimah Azzaharah anak kesayangan nabi.. semoga kalian mendapat sedikit ilmu dari cerita yang akan disampaikan..

Ketika berusia lima tahun, Fatimah menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya : ‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali.

Sambung baginda lagi : ‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar).

Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.

Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.


Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 4 Julai 2011

Cinta..

Assalamualaikum...wbt

Cinta ku yang satu hanya padaMu ya Allah.. terima kasih kerana Dikau memberi aku peluang menikmati kesihatan dan setiap dugaan Mu adalah ujian buatku terus2 menyintai Mu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Berat ujian kita berat lagi yang orang lain hadapi.. Begitulah kisah Noorma seorang ibu yang sedang bertarung nyawa dan masa.. Menitik airmata tatkala memandang gambar2 shahdu dia bawah..


Kasih suci..


Kasih ibu..

rafiQ.. ketahuilah ibumu amat2 menyayangimu dan selalu ingin membelaimu.. doa ibumu tak pernah putus untuk melindungi mu.. umidanish tahu kerana umidanish juga ibu..


Kita doakan yang terbaik buat Noorma dan Talib. Sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan peribadi, sila ambil No akaun ni CIMB Noormawati Mohd Rasif
01070068677528, bukan dai lubuk hati suami isteri ini sendiri tapi ianya ilham dari kakak tersayang. Moga sedikit itu mendatangkan sesuatu kebahagiaan buat mereka.

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Fatimah Azzaharah ibni Muhammad


Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua, sebelum umidanish mencari ketenangan diri.. kat tingkat 3 blok umi ni.. umi nak share kisah terbaik untuk kaum wanita.. Kisah ni patut semua da tahu, tapi saja la umi nak share sebagai pedoman umidanish sendiri betapa indahnya diciptakan kita oleh Allah sebagai seorang wanita.. Kisah ni yang umidanish nak sharekan adalah kisah puteri kesayangan nabi Saidina Fatimah Azzaharah..



Gambar sekadar hiasan

Saidatina Fatimah r.a. merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.a. Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.

Pada ketika itu, before the Bithah, kakak beliau yang sulung iaitu Zainab telah berkahwin dengan saudara sepupunya, al-Aas ibn ar-Rabiah. Diikuti pula dengan dua orang kakaknya, Ruqayyah dan Umm Kalthum, yang dikahwinkan dengan dua orang anak lelaki Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah. Abu Lahab dan isterinya Umm Jamil sebenar-benarnya merupakan musuh paling sengit kepada Rasulullah sejak awal kerasulan baginda lagi.

Dengan demikian, Fatimah telah menyaksikan bagaimana kakak-kakaknya meninggalkan keluarganya seorang demi seorang setelah dikahwinkan dengan suami masing-masing. Belaiu pada waktu itu masih terlalu mentah untuk memahami maksud sesuatu pernikahan dan sebab mengapa kakak-kakak beliau terpaksa tinggal bersama suami masing-masing. Beliau sangat menyayangi kakak-kakaknya dan berasa sedih dan sunyi apabila mereka meninggalkan rumah tempat tinggal keluarganya. Beliau dikatakan diselubungi suatu kesedihan yang mendalam pada ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak keseorang di rumah walaupun kakak-kakaknya telah berkahwin dan berpindah bersuami mereka. Barakah yang merupakan pembantu Aminah, ibu Rasulullah, yang menjaga baginda sejak lahir, Zaid bin Harithah dan Ali, anak kepada Abu Talib, semuanya merupakan sebahagian dari isirumah baginda Rasulullah pada ketika itu. Tidak terkecuali juga ibu beliau yang pengasih iaitu Saidatina Khadijah al-Khuwailid.

Melalui ibunya serta Barakah, Fatimah memperoleh ketenangan dan keselamatan. Ali yang berumur dua tahun lebih tua dari beliau, membekalkan kasih sayang seorang abang dan seorang kawan serta mengambil tempat saudara lelaki Fatimah, al-Qasim yang meninggal ketika masih bayi. Seorang lagi saudara Fatimah, Abdullah yang digelar the Good and the Pure, yang lahir selepas Fatimah, juga meninggal ketika masih bayi. Walaupun begitu, tidak seorang pun di rumah bapanya yang mempu memberikan kegembiraan seperti yang dirasakan Fatimah bersama kakak-kakak beliau. Fatimah merupakan seorang yang berjiwa sensitive sejak kecil.




Ok, kita sambung lagi cerita di lain tajuk.. bagi umidanish mencari ketenangan dan doakan umidanish semoga selalu tenang dan dilindungi olehNya..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 1 Julai 2011

Isteri solehah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama sunggu umidanish tak berbloging disebabkan kesibukan kerja dan masa yang hanya sempat menjengan rumah korang dan update status fb sikit2.. Sejak kebelakangan ni, banyak betui dugaan Allah berikan untuk kita.. bak bait2 lirik lagu dambaan kasih inteam..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Yang penting setiap dugaan Allah kita kene rasa bersyukur, redha dan sabar.. Moga setiap dugaanNya membawa seribu rahmat buat kita.. umidanish nak bercerita berkenaan isteri solehah.. mesti semua kaum wanita bercita-cita menjadi isteri solehah.. tapi adakah ciri2 itu?

Umidanish bercita-cita tinggi kearah itu, moga impian itu tercapai.. dan disini umidanish nak berkongsi sedikit ilmu dan tip2 untukkearah menjadi isteri solehah.. Bukan mudahkan nak menjadi yang terbaik, semuanya berdugaan hebat dan hanya Allah sahaja yang menentukan kita setanding Bidadari Syurga yang akan menjaga suami kita atau tidak.. JOm kita share serba sedikit..

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Okla itu sahaja untuk kali ini, moga kita semua mencapai cita2 agung ini.. amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator