PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 27 Mei 2014

Bersarapan atau bersahur dengan Mealshake, kenyang seharian.. tenaga berpanjangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirohmanirrohim

Sarapan pagi sangat penting kepada seseorang kerana membantu memberi tenaga dipermulaan hari anda beraktiviti. Begitu juga dengan bersahur ketika dibulan ramadhan. Mengambil makanan ketika bersahur digalakkan malah mendapat pahala sunat bagi yang mengerjakan sahur demi berpuasa dising hari.





Namun tidak semua orang sempat menyiapkan sarapan pagi yang mengandungi sumber zat penting dan berkhasiat. Ada yang langsung tidak bersarapan kerana tidak sempat. UmiIzz sendiri dahulu tidak sempat menyediakan sarapan untuk dimakan oleh suami dan anak-anak hanya bekalkan mereka untuk makan ditempat kerja dan dirumah pengasuh. Namun, sejak danish bersekolah tahun lepas, umiIzz pastikan anak dan suami umiIzz wajib bersarapan sebelum keluar rumah kerana itulah yang dilakukan oleh ibu umiIzz. Kami wajib bersarapan sebelum keluar dari rumah.

Pentingnya secawan mealshake

Namun, siapa lah umiIzz yang tidak pernah terlajak waktu.. Nak tak nak, mereka perlu alas perut sebelum keluar dari rumah. Jika terlewat, Mealshake la yang membantu. Hanya bancuhkan dengan Holick dan masukkan sesudu nestum, suami kata dia kenyang sampai tidak sedar tengahari dah kepetang kerana perut tidak lapar. Alhamdulillah, membantu abiIzz fokus dalam pekerjaan.

Begitu juga abang Izz, beliau jadi bertenaga, lebih fokus dan tumpuannya dalam pelajaran lebih dan cepat mengingati apa yang dipelajari hingga teachernya mengatakan terang sungguh hati abang izz. Alhamdulillah.. Bila anak boleh fokus dalam pelajaran, bukan kah itu yang membahagiakan umi??

Dan jika anda berpuasa pun, pentingnya bersahur kerana membantu anda bertenaga sepanjang hari.

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.


2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

Jika masa anda hanya tinggal beberapa minit, maka sahur perlu juga diteruskan dengan mengambil minuman dan sekurang-kurangnya kurma. Pengambilan secawan Mealshake membantu anda kekal cergas dan aktif sepanjang tempoh berpuasa. Jadi, minuman melashake tidak susah dibancuh malah mengandungi multivitamin sihat yang membantu.

Pada umiIzz setiap ibu-ibu perlulah menyediakan se Jar Mealshake dirumah kerana membantu kaum ibu menyediakan sarapan hebat setiap pagi.  Malah diwaktu bulan puasa pun, ibu-ibu juga tidak perlu membiarkan anak dan suami tidak bersahur dan keletihan kerana dengan mudah bancuhan mealshake mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari.

Jika anda berminat untuk dapatkan melshake dari umiIzz, jom hubungi UmiIzz segera seperti yang tertera dibawah.

Beli Mealshake secara online melalui Shaklee?? Klik >> MEALSHAKE << sekarang!!

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Jumaat, 16 Mei 2014

Resepi Nasi Arab Mandy (Ayam) Ala UmiIzz


Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim

Cuti-cuti hujung minggu, aktiviti yang menarik adalah memasak makanan yang menyelerakan anak dan suami. Oleh kerana anak-anak suka makan nasi mandy nama kepada nasi arab.. So umiizz pun try la belajar masak sendiri. Tengok pada resepi tu mudah je.. umiIzz cari bahan-bahan yang diperlukan dan umiIzz cuba dirumah.. Memang harapan sangat-sangat biarlah menjadi dan sedap lebih dari kedai nasi arab.. Nak tahu ke tak jadi ke tak nasi arab mandy umi.. jom layan resepi dahulu..




Masih dalam periuk, tak hidang lagi.. hihi


Resepi Nasi Mandy (Ayam)

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih (umiIzz guna peha ayam sahaja)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya pakai minyak jagung)
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


p/s: sambil sambil masak tu jangan lupa berzikir ye.

Ok, inilah gambar Nasi Mandy dari UmiIzz Yang telah dihidang



Okey, rasa macam nak masak lagi minggu ni la.. kena minta abiIzz beli bahan lagi ni.. Selamat mencuba..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

Rabu, 7 Mei 2014

Meal Shakes Menambah Selera anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim

Bila anak tak mahu makan makan ruji kita iaitu nasi, tentu kita sebagai ibu sangat risau dan tak keruan hati. Malah akan mencari pelbagai altenatif untuk kita menarik minat untuk anak makan. Macam-macam cara dan resepi bagi menarik minat si comel hingga kadang kala sanggub menghabiskan duit untuk membeli beras yang mahal dan ikan yang mahal-mahal; sayangnya anak tetap tak mahu makan.



Sebagai ibu, umiIzz juga pernah melalui masalah itu. Namun masalah umiIzz mudah diselesaikan kerana umiIzz memang seorang pengguna tegar shaklee. Tak tahu kenapa selepas membaca kebaikkan Mealshake, umiIzz terus menberi kepada anak umiIzz. Selepas kali pertama memberi, anak umiIzz semakin berselera malah bertambah-tambah nasinya.

Kalau dulu abang Izz suka memilih makan, sekarang beliau akan meminta makan. Seronoknya beliau dah pandai makan macam-macam lauk dan sayuran. Owh memang sangat berterima kasih kepada Shaklee kerana menyediakan makanan kesihatan yang selamat dan membantu.



Meal Shakes adalah Makanan Segera,Tanpa curiga

Dalam kehidupan seharian yang sangat aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat. Sumber terbaik serat pemakanan dan protein Sumber pekat kalsium Index glisemik rendah.

Jika anda berminat nak tambah selera anak dengan pengambilan minuman MealShake dan anak lebih mendapat nutrisi yang mencukupi, hubungi umiIzz seperti tertera dibawah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator