PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 29 Mei 2013

Sotong Bakar ala UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim...

Curi masa sebab da janji dengan member2 nak share resepi sotong bakar, menu buka puasa malam tadi.. Korang Mesti dah terrer buat.. Kali ini umiIzz gunakan resepi mudah namun sangat menyelerakan.. nyummy nyummy.. jom try..




Resepi Sotong Bakar Ala UmiIzz

Bahan-Bahannya
3 ekor sotong saiz BESAR (lagi sedap)
2 ulas bawang putih di tumbuk *
2 tangkai daun ketumbar di tumbuk *
3/4 sudu teh jintan manis di tumbuk *
1 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar cili boh
2 sudu teh majerin

gambar diambil ketika sotong masih terbakar hihih

Cara-caranya:
1. Potong sotong ikut kreativiti masing-masing. Basuh bersih, kemudian perah limau nipis pada sotong dan ratakan garam pada badan sotong. Biarkan dalam 5 minit dan buang air tersebut.
2. Kemudian letakkan kunyit, kicap dan semua bahan yang bertanda *.
3. Seterusnya sapukan cili boh dan majerin diseluruh badan sotong.
4. Bakar sotong sehingga masak mengikut kegemaran masing-masing.

UmiIzz suka lembut sedikit sebab nak bagi Double Izz makan jadi bakar lebih kurang 15 minit sebab tanak liat.. Kalau nak garing lebihkan tempoh dalam 25 minit.

Selamat mencuba ^__^

Salam sayang dari,
 

gif creator
gif creator

Isnin, 27 Mei 2013

Nasi Ayam Umi Izz

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sungguh tak menulis, semuanya kerana kebizian umiIzz disebabkan jadual kerja yang padat disamping jadual bersama anak-anak dan Allah SWT =) alhamdulillah.. Hari ini berkesempatan nak menulis sedikit kisah hari ini, dimana umi Izz bercuti dihari pertama cuti sekolah.. UmiIzz dengan danial namun danial pun jiran lama nak pinjam untuk ajak main, so sempatla umiIzz masak petang ini untuk suami tersayang...

Seronakkan duduk rumah, bilalah agaknya Allah nak buka rezeki melimpah ruah untuk keluarga umiIzz agar umi duduk dirumah menguruskan segalanya macam hari ini. Umi layan teman (pelanggan) baru, share tips, share pengalaman dan share perkara menarik.. Sambil bermain dengan anak-anak dan masak sedap2 untuk keluarga... Packing2 barang dan lain-lain lagi dengan gembira =).

Namun apa yang ada ni pun umiIzz tetap bersyukur pada Allah atas nikmat nya.. Ok, jom.. umi nak Share Nasi Ayam UmiIzz Special... Yang ini resepi Ibu umi..







Nasi Ayam UmiIzz Special BT


Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Oklah kawan2.. umiIzz nak berundur dulu.. Selamat mencuba

** ada nak bedak arab? Jom ke Aisyizzlynn.com

Salam sayang dari,
 
gif creator
gif creator

Selasa, 21 Mei 2013

Berbaik-baiklah dengan Allah,maka Nikmat rezekinya limpah-limpah





Selama ni, kita berusaha pernah tak kita terfikir.. Kenapa rezeki kita hanya setakat itu? Atau pernah tak terlintas macamana dah banyak berusaha tapi hasilnya tak seberapa.. Pertama sekali kita kena belajar bersyukur dari setiap hasil yang kita dapat. Allah beri sedikit sebab dia nak ajar kita sikap bersyukur dalam diri kita. Bila ada timbul sikap bersyukur itu, maka Allah akan gandakan nikmat rezeki kita..

Selain itu sebagai hambanya, kita juga di suruh meminta-minta padanya. Rezeki yang hadir adalah dari Allah, dan dengan kehendak dan izin Allah, maka jika kita sebagai hambaNya tidak sombong malah selalu memuji-muji KebesaranNya malah menjalankan tanggunjawab kita sebagai hambaNya dengan cukup tawado' maka Allah tidak sekali-kali berkira untuk mencurahkan lebih rezeki dan membuka seluas2nya pintu rezeki kita.

Di bawah ini, umi Izz nak share kan amalan penarik rezeki yang boleh kita amalkan. Semoga amalan kita memberi rahmat Allah dan membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya. Namun disini, umiIzz nak tegaskan. Janganlah buat kerana ingin mendapat rezeki tetapi buatlah kerana keihklasan hati mencintai Illahi, insyaAllah.. bukan sahaja rezeki berupa harta kekayaan bertambah, malah rezeki panjang umur, rezeki kebahagiaan berpanjangan dan rezeki nikmat diatas segala-galanya Allah limparkan untuk kita.. Jom kita amalkan 7 Perkara dibawah..



7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Kita punya senjata sebagai seorang mukmin...kenapa kita tidak selalu menggunakannya..Allah menjanjikan kehidupan yang baik jika kita sentiasa bertaqwa kepadanya..

①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapka...n "La hawla Wala
Quwwata Illa Billah." (HR. At-Tabrani) 

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari
arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al -Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."( HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat
yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Selasa, 7 Mei 2013

Kalah Menang itu ujianNya



Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai semuanya walaupun macam-macam hebahan dan ketidakpuashatian kita terhadap perjalanan seharian itu. Pelbagai tomahan, cacian makian dan kata-kata kesat hadir dalam diri semua orang. Kenapa ya? Pelik umi.. Sepatutnya sebagai umat islam, dan alhamdulillah sangat2 mengagungkan islam tak perlulah kita tuduh menuduh, caci mencaci, dan lain-lain yang seangkatan (tak sanggub nak tulis) bukankan nabi itu indah bahasanya??



Kalau kita lebih mendalami islam, kita lebih tahu yang semua nya adalah dugaan dan ujian tak kira kita dalam bahagia atau dalam duka, tak kita kita kaya atau miskin semua itu adalah ujian dan dugaan. Jadi tak kira siapa menang atau siapa kalah semua tu ujian Allah..

Bukan kira yg menang itu betul yang kalah itu salah atau yang memang itu main tipu yang kalah itu dianaiya. Semua itukan kehendak Allah.. Yang menang itu tetap diuji dengan kemenangan dan yang kalah itu tetap diuji dengan kekalahan.. Maka ianya tetap adil. Keputusan Allah itu adil..

Ujian Allah tak kira kalah menang, tak kira kaya miskin tak kira suka duka.. semuanya diuji. Kalau yang kaya diuji dengan kekayaannya, kalau yang bahagia diuji dengan bahagianya.. begitu juga kalah dan menang.. Allah uji dengan kemenangan, adakah ia sombong? adakah ia akan berlaku adil? Adakah ia akan amanah? Adakah ia telus??

Begitu juga yang kalah.. Allah tetap uji.. adakah ia redha dengan keputusan dan kehendak Allah, adakah ia berusaha memperbaiki apa yang terkurang? Adakah ia ikhlas menerima kekalahan? Adakah ia percaya dengan keputusan dan qada' dan qadar Allah?

Semua itu ujian.. Sedarlah wahai umat nabi. Kita semua sedang diperdaya syaitan. Andai yang berilmu agama lebih, sebarkanlah ilmu mu dengan ikhlas agar penerimaan itu dipermudahkan Allah. Dan andai kekurangan dipihak yang menang, berdoa untuknya agar dibuka hati untuk mendalami lebih islam. Yang patut kita perang adalah kafir, yang kurang mendalami islam kita pimpin. Bagaimana nabi berdakwah dengan berlembut, begitulah yang patut kita contohi. Fikir-fikirkanlah..


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Rabu, 1 Mei 2013

Repeat bedak arab... Free Postage



Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Ada yang berminat untuk dapatkan bedak arab? Jom like page aisyizzlynn dan order disana.. Apabila anda menjadi pembeli bedak arab kami, anda akan didaftarkan sebagai ahli dan bila anda membuat belian untuk kali kedua, anda akan layak menerima free postage.. Berbaloi bukan?



Free Shipping untuk repeat order bedak arab.. Berbaloi kan?

Postage sekarang ni pun tinggi, so kalau aisyizzlynn nak beri Free Postage untuk belian ke dua dan berikutnya, bukankah menguntungkan?? So apa tunggu lagi, dapatkan hanya di aisyizzlynn
Salam sayang dari,


gif creator
gif creator