PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 28 Oktober 2014

Aiskrim Mealshake Oreo ; lazat dan sihat =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirohmanirrohim..

Anak-anak memang gemarkan aiskrim, bukan anak-anak je mak anak dan bapak anak juga datuk nenek pasti gemar makan aiskrim.. Apa perisa yang korang suka, boleh share tak?? Hehehe, umiIzz lama dah nak share resepi aiskrim Mealshake Oreo tapi tak berkesempatan sebab masa yang tak berapa bersetuju... uwaaa kerja banyak okehh..


Namun pagi ni, dengan hati gumbira dan rasa bahagia, tangan ini pantas memulakan jarinya menaip resepi-resepi sihat untuk dikongsikan bersama semua.. Almaklumlah benda yang baik, perlulah dikongsi agar mendapat faedah bersama ye tak??? Budak-budak memang suka aiskrim kan kan kan... Ha kalau suka apa kata korang hidang aiskrim berkhasiat untuk mereka? Bukan susah pun senang je.. Tak perlu makan masa... Jom share resepi dengan umiIzz..

gambar ehsan google ; sedap kan??? =P

RESEPI AISKRIM MEALSHAKE OREO

2 cawan susu HL biasa
2 cawan coffee mate
2 sudu mealshake
Oreo PERLU dihancur-hancurkan
Oreo yg dipatahkan - guna chipsmore pula utk yg chunky ni

UmiIzz tak guna gula pun sebab susu HL ni dah ada manis2 sikit, mealshake pun ada manis n manis oreo tu pun dah cukup

Esen Vanila pun tak perlu dah sebab dalam mealshake dah ada perisa vanilla lazat...

Langkah Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas tu then blend, jangan lama-lama ye.. sekejap je nak bg sekata semua

2. Bila dah blend terus masuk peti ais dan bila dah separa beku, keluarkan then masukkan
biskut yg chunky-chuncky ni, sedap sikit bila ada biskut yg chunky ni berbanding yang dah hancur

3. Then biar dalam 6-8 jam sampai beku dah boleh makan, walaaaa nyum nyum sedap sgt
mcm baskin robbin rasanya, wee~~ tak sabar nak cuba... tekstur pun lembut je n yg penting xmanis

Ok.. jadilah aiskrim mealshake oreo yang sedap... yummy... double izz suka sangat okehhh, selalu dah habis baru ingat nak amik gambar, so layan je gambar ehsan pakcik-pakcik google key. Nanti ada gambar umiIzz sendiri umiIzz masukkan.. =D




Lepas ni nak buat versi MnM... Selamat mencuba...

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 




Salam sayang dari,







gif creator
gif creator

Jumaat, 24 Oktober 2014

Buang kanta Pelekap dan gantikan dengan Caratomax untuk mata lebih cantik dan sihat



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim..

Harini umiIzz terajin nak cerita pasal mata.. kalau tengok rakyat malaysia, dulu-dulu mata semua warna kehitaman.. berkilat... jarang2 nampak warna coklat, tp kalau ada pun sebab family mix atau ada orang kata terkenan mat salleh, hehehe.. Namun mata adalah pancaindera yang perlu disyukuri nikmat yang diberi olehNya memandangkan kita sebagai hambaNya memiliki pancaindera yang mampu memberikan kita cahaya dan penglihatan kepada ciptaan Allah yang serba cantik didunia.



Namun sekarang ni, di Malaysia tidak mustahil untuk kita melihat mata-mata manusia yang pelbagai warna dan fashion. Ada yang ebrwarna unggu, hijau, merah dan tak kurang berbentuk mata kucing dan ular??? Owhh, tahukah korang akibat menggunakan kanta mata pelekap boleh mendatangkan mudharat pada kecantikan mata??





Kesan memakai kanta mata pelekap yang mengandungi bahan kimia merbahaya.. 

Jika anda mengalami masalah rabun mata, pengambilan makanan tambahan dapat membantu anda mengatasi atau mengurangi simtom rabun mata antara yang terbaik dipasaran dan selamat adalah CARATOMAX.

Caratomax

CarotoMax™ merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CarotoMax™ menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
Memelihara kesihatan yang baik. *
Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Pada umiIzz, mengambil makanan tambahan yang baik adalah lebih baik daripada menambah lagi kerosakan yang sedia ada. Untuk apalah cantik jika sementara? Kebaikkan karatomax tidak dinafikan lagi sebab umiIzz sendiri pun mengamalkannya untuk mata dan alhamdulillah power mata umiIzz berkurangan.

Jika anda inginkan Caratomax, boleh hubungi UmiIzz atau klik >>CARATOMAX<< untuk belian terus dengan Shaklee.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Sabtu, 18 Oktober 2014

Pendidikan awal kanak-kanak, sekolah mana yang patut di pilih?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Anak-anak adalah permata dan mereka adalah harapan menyambung kemasyuran keluarga,bagi mereka yang mempunyai harta kekayaan dan kemewahan tentunya anak-anak diharapkan sebagai penyambung kemasyuran tersebut malah ada juga yang mengharap anak-anak mereka berjaya sebagai khalifah dibumi Allah yang dapat membantu ibu dan ayah diakhirat kelak. Jika itu niat kita sebangai ibu bapa, bagaimana dengan ;pilihan sekolah mereka diawal usia mereka mengenali huruf dan buku??


Mencari sekolah pendidikan awal untuk anak-anak perlulah mengambil kira pelbagai aspek. Seperti umiIzz, umiIzz pentingkan setiap apa yang akan dibentangkan kepada anak-anak kita juga aktiviti harian mereka. Dahulu umiIzz menziarahi setiap sekolah yang menawarkan program pendidikan awal, malah umiIzz turut sama melihat persekitaran dalam sekolah tersebut.

Lebih kurang 5buah sekolah umiIzz melawat dari situ umiIzz kumpulkan beberapa perkara penting seperti subject yang mereka ajar menggunakan sistem apa, waktu pelajaran, aktiviti harian termasuklah keagamaan, kalau umiIzz tentulah pendidikan agama islam diutamakan juga kos yuran dan bulanan.

Dan dalam banyak-banyak sekolah pendidikan awal, umIizz pilih Little Caliph untuk abang Izz memandangkan aktiviti harian mereka tersusun cantik tanpa membiarkan anak-anak leka bermain. Alhamdulillah LC di tempat abang Izz menitik beratkan waktu solat termasuk solat dhuha juga diajar dan diamalkan dalam aktiviti harian.


abang izz menjadi imam solat

Disebabkan itu, usia abang izz 5tahun lebih, beliau sudah boleh solat sendiri dengan bacaan yang betul dan beliau minat mengimamkan kawan-kawan. Alhamdulillah LC Sungai Besi membantu anak umiIzz melakukan solat dengan betul dan galakan tersebut memudahkan umiIzz membentuk abang Izz melakukan solat dirumah dan dimana sahaja tanpa perlu menunggu umiIzz dahulu melakukan solat.

Selain aktiviti solat dan mengaji, LC sungai besi sangat-sangat terbaik apabila aktiviti harian selepas waktu kelas dipenuhi dengan kretiviti guru-guru yang tidak pernah jemu berkongsi dan mengajar ilmu. Alhamdulillah, setiap kali pulang dari sekolah ada sahaja bahan rekaan abang izz ditunjukkan pada uMIizz.. =) malah aktiviti diluar sekolah juga menjadi aktiviti tahunan LC..=) alhamdulillah...Malah abang Izz sudah boleh membaca buku sendiri, kadang-kadang umiIzz tidak berkesempatan membaca suratkhabar, Izz danish tolong baca kuat-kuat untuk umiIzz.. alhamdulillah... Jadi, sekolah beginilah yang tepat untuk uMIizz menghantar anak-anak melalui pengalaman pendidikan awal..

Jika anda ibubapa yang inginkan terbaik untuk anak-anak, kajilah dahulu setiap sekolah yang ingin dipilih, apakah sistem pembelajarannya, aktiviti apa yang dijalan kan sepanjang lepas waktu sekolah dan adakah ilmu islam yang diajar dipraktikkan disekolah.

Apapun pilihan ibu bapa, umiIzz doakan agar ibubapa berjaya memilih sekolah yang terbaik buat sicomel. Perlu diingat, sekolah pendidikan awal adalah pengalaman pertama anak-anak supaya berasa lebih yakin meneruskan pengajian seterusnya di sekolah 

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Selasa, 14 Oktober 2014

Semoga berjaya sahabatku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan selalu yang baik itu Allah sayang dan sekejap je Allah beri pinjam.. Maka bila anda rasa ia baik untuk anda, belajarla menghargai. Belajarlah ikhlaskan hati tak kira la dalam perhubungan mahupun dalam apa jua situasi.




Umi selalu berpesan, pada adik-adik.. anak-anak, yang salah tetap salah. Maksud umi disini, perbuatan salah tetap salah dan tak perlulah kita turut serta membantu melindungi perkara yang salah. Sebab kalau orang lain tak tahu, Allah tahu.. Allah ada dan maha melihat. =)

Begitulah dalam perhubungan persahabatan, indahnya bersahabat andainya ianya seikhlas hati dan bukan niat sekadar melepaskan diri.=D Alhamdulillah, sahabat yang umi kenal semuanya baik-baik belaka.. Alhamdulillah, Allah berikan setiap persahabatan itu dalam situasi yang baik dan aman.

Berbalik pada tajuk entry ni, umiIzz dedicate untuk sahabat bernama azie.. sebelum ni ada cerita tentang AMY sekarang sorang lagi team kami pergi tinggalkan umiIzz.. Orangnya cantik, ceria, periang, sangat amanah dan pekerja yang sememangnya cemerlang. =D dan suka menolong orang..

Buat azira,


Semoga azie berjaya di tempat baru, dikurniakan keluarga bahagia hingga jannah dan menjadi isteri yang solehah. Terima kasih sebab banyak membantu dan sudi kawan dengan umiIzz yang tak berapa comel ni. Ingatlah, Allah uji sebab sayang dan setiap ujian Allah itu memberi khidmah tersembunyi yang kita akan lalui kemudian.

Semoga Allah melindungimu selalu dan jangan lupa umiIzz disini..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Selasa, 7 Oktober 2014

Salam AidilAdha 2014 - Pengorbanan kita dijalan Allah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, Allah bagi kita bernafas untuk hari ini dan diharap dapat berterusan kehari akan datang agar kita dapat berubah menjadi lebih baik dan lebih beramal.. Walaupun kita rasa kita telah beramal tetapi jadilah manusia yang tidak pernah puas beramal.




Alhamdulillah.. Dalam dunia ini, banyak cabang rezeki yang boleh kita usahakan. Mencuba dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya dan jika tidak usahakan yang lain tanpa putus asa. Allah juga tidak suka jika kita berjaya, kita memandang rendah pada mereka yang kurang berjaya apalagi yang langsung gagal. Namun, dalam dunia ni.. ramai yang suka memandang rendah pada kekurangan orang lain, walhal mereka tidak sedar sebenarnya Allah beri orang lain gagal kerana inginkan mereka yang berjaya itu berjaya. Tapi kebanyakkan mereka adakalanya berkumpulan mengata antara satu dengan lain yang sipolan itu tidak mahu berusaha.. atau kita mengatakan mereka gagal sebab malas..

Sebab kita tak berada dalam kasut mereka, kita tak nampak usaha mereka setakat mana.. kita tak tahu, laluan harian mereka bagaimana.. Apapun setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan besar. Hanya orang yang melaluinya sahaja akan mengakui betapa bernilainya pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya..


Mereka gembira di rumah opah (MIL)

Di kesempatan ini, dalam usia yang Masih berbaki.. Dalamilah apa yang islam berikan panduan untuk menuju jannah. Kadang terlupa, Allah ingatkan dengan UJIAN. Lalu janganlah kita mengeluh kenapa Allah uji sedemikian sebenarnya Allah panggil kita KEMBALI kepadaNya melalui ujian.

Semoga dengan kehadiran AidilAdha, kita memahami maksud tersirat kisah dari pengorbanan seorang anak dan bapa melalui kisah Nabi Ismail dan Ibrahim yang Allah uji dengan keikhlasan mereka dijalan Allah.

Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109:

"Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.

Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu" - Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,".

Salam AidilAdha dari kami keluarga IZZ..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136




Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Isnin, 22 September 2014

Masker ori dari bahan asli hanya dirumah sendiri..


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim..

Ada satu malam tu memang adikIzz tidur cepat.. oleh kerana masa hanya mendengar danish membaca buku, umiIzz pun terajin untuk memanjakan diri dengan menyediakan masker scrub. Menggunakan bahan semula jadi dan tiada bahan kimia tambahan memang membuat kulit tambah sihat la kan.. Kita pun tak risau dihari akan datang.. So hari ini, umiIzz kongsikan cara menyediakan dan memakai masker ala umiIzz..

Bahan untuk membuat masker ini senang sebab dah ada pun sebotol alfalfa dirumah dan esp. So tak payah susah2 nak pergi cari Alfalfa dan kacang soya bermutu.hehe



Bahan utama :

Alfalfa 3 biji
ESP sesudu
Air mineral secukupnya

Caranya :

Hancurkan alfalfa mengikut citarasa kita.. Ambil sesudu ESP dan campurkan setelah itu tambahkan air dan gaul hingga ramuan menjadi pekat. Sapu dikulit wajah.

Biarkan hingga kering.

Apabila masker kering, basahkan tangan dan gunakan tapak tangan dengan sapuan secara bulat, bulatkan tapak tangan anda diwajah hingga masker tertanggal.

Anda akan rasa ianya sangat tegang dan semasa menunggu sesi pengeringan masker, minda anda akan diterapi oleh alfalfa yang berbau herba tulin. Anda akan rasa tenang.

Selepas sesi penanggalan masker, kulit anda berasa tegang dan halus.
Anda akan teruja untuk tampil lebih anggun.

UmiIzz suka sangat masker ini sebab liang roma yang terbuka mengecut malah terasa kulit mulus gebus.. tiada daki melekat dan kulit terasa bebas.

Selain anda slim dan langsing, anda dapat mencantikkan wajah.

Kenapa perlu bayar lebih dengan facial di pusat kecantikan yang menggunkan bahan kimia berlebihan?? Di rumah sahaja anda dah miliki.

Jadi tunggu apa lagi..

Klik >>sini<< untuk set kurus dan masker srcub anda.
Boleh terus order ke Shaklee online tanpa melalui saya..

Kepada yang dah order dengan saya Macih ya..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,






gif creator
gif creator

Jumaat, 19 September 2014

Suka-suka kumpul USD??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Tak tahu nak buat apa arini, sebab umiIzz dijangkiti penyakit mata.. so dapatlah mc.. Pembawa pertama adalah danial.. dia baik, umiIzz pula kena.. So duduklah rumah sambil berniaga dan membersihkan blog yang bersawang dari cerita best.




Asyik cerita pasal Shaklee je kan apakata hari ini umiIzz merapu sikit. KOrang pernah dengar ajak kawan klik, dapat duit?? umiIzz pun tak tahu sejauh mana kebenaran tersebut tapi kalau korang boring tahap gaban kuasa 999juta bolehla bazirkan masa..

Senang je, isi form tu, kemudian akan diberi link,
contohnya link ini >> http://EarnYoga.biz/?reflink=Rizdalin
Lepas tu korang copy je link tu kat blog ke, kat fb ke untuk hebahan orang lain..
Bagitahulah kat orang lain untuk sama klik n isi form bole jana duit poket suka2..

Ha, kat situ bila korang register je.. diorg masukkan 25usd..
Bila ada kawan klik sekali dapatla 5usd..
1usd tukar ke Ringgit Malaysia dapat RM3.50..

So alang-alang tak perlu modal, dan saja gatal nak buang masa, jom lah suka-suka klik-klik..
Hehehe,tak tahu betul ke tidak tapi dapat 300usd baru bole withdraw..

Heheh, sekadar suka2 mengisi masa je kan..

Klik >>Sini<<

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911 Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



 Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Eh, 16 September setiap tahun akan diberi cuti umum kepada semua kan.. seronoknya bila jatuh hari itu pada hari ahad yang akan bersambung ke isnin ataupun jatuh pada hari jumaat. Ibubapa mesti planning nak bawa anak-anak bercuti dan tak lupa juga mereka yang bujang menghabiskan masa bersama keluarga dengan pulang kekampung.. Betul tak korang? Hakikatnya, korang tahu ke kenapa diadakan cuti dan sambutan 16 September yang dipanggil selamat hari Malaysia??



Jam ini (1.30pagi) sudah pun bertarikh 16 September..UmiIzz berbesar hati nak share sedikit cerita berkaitan 16 September, agar anak-anak umiIzz tahu dan kalian yang search pun dapat ilmu.. Segala isinya umiIzz petik dari bacaan umi di Wikipedia, ensiklopedia bebas juga beberapa bacaan lain.. Nak tahu sejarah lanjut?? Jom baca..



Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Masa ini, Singapura masih lagi dibawah Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 tetapi kemudiannya terpaksa ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6, ingat tu tarikh merdeka negara kita 31 Ogos 1957. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Bagi Negeri Sabah, mereka memang cuti pada 16 September kerana Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraanYang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Bestkan?? Dapat cuti lagi..

Ok, umiIzz nak sambung lagi berkenaan Permasyuran Malaysia..

Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia diStadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:

Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu,United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.
Okla, serba sedikit berkenaan Hari Malaysia, umiIzz berharap sangat-sangat agar cuti umum yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia ini dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua. Jangan biarkan anak-anak kita bercuti dengan tidak memantau aktiviti mereka dari jauh hingga berlaku perkara tidak dingini.. Anak-anak kita adalah pewaris negara..

Selamat Hari Malaysia..

Pengedar Sah Shaklee
Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,



  gif creator
gif creator

Rabu, 3 September 2014

Apa Kandungan Vivix, sampai mahu telan sebotol sehari??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Pertama kali telan vivix, uik.... sedap...macam makan anggur, buah berry.. TU yang rasa macam nak telan sebotol bagi habis terus..=D Memamg best, hasilnya pun semua dah tahu.. Memang TERBAIK!!


Kenapa rasa Vivix ni sedap, kenapa Vivix ni sangat TERBAIK..
Jom kita kaji apa yang terkandung dalam VIVIX..




Anggur Muscadine 

Satu2nya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg menafaat utk kesihatan..Ia mempunyai ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser,anti virus dn anti bakteria.
Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. . 

Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Elderberry atau Sambucus Nigra

Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional.


Jus Elderberry telah terbukti sangat efektif dalam pengobatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengobati penderita flu selama epidemi di Panama
pada tahun 1995.

* Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengobatan penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteri.
* Manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah kemampuannya untuk mencegah dan mengobati kancer, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya.
* Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengobati penyakit AIDS dan kancer.
* Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakitjantung.
* Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sehat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
* Jus elderberry mencegahan dan mebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas.
* Juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal,

Purpple Carrot

Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimial termasuk carotenoids ,phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins,antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur.

Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dan ia bertanggungjawab mengurang diabetes.

Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak sebagai anti radang anti mikrobial dn anti carcinogen. Ia mengurangkan
risiko penyakit jantung.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum ( knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yang juga byk ditemui d amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol Polygonum Cuspidatum banyak menafaat kesihatan dn dgunakan untuk merumuskan supplemen anti penuaan . Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan megurangkan berat badan

Mari kita tambah nilai kesihatan dengan mengambil makanan tambahan sebagai makanan lengkap nutrisi harian. Menjaga kesihatan lebih murah berbanding merawat penyakit.

Dapatkan Vivix pertama anda dari saya hari ini.




Sila klik VIVIX untuk terus order tanpa melalui umiIzz..
Senang kan??


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


 Salam sayang dari,




  gif creator
gif creator

Budak Ceria Shaklee Effect

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bismillahirrohmanirrohim..

Cerianya anak-anak bila sihat dan penuh kasih sayang serta perhatian. Anak-anak yang sihat melalui persekitaran yang bersih dan pemakanan yang baik. Kesihatan yang baik mencerminkan kebahagiaan berpanjangan. Anak-anak yang cerdik melalui kehidupan yang membahagiakan.


Kesihatan amat penting dalam pembesaran anak-anak. Persekitaran yang bersih mampu menambah nilai hebat seseorang. UmiIzz memang pentingkan kebersihan, sebab itu selagi tidak bersih dan kemas rumah umi, umi takkan mengusik kerja umi yang lain walaupun orang kata nak berjaya kena korban tapi, kebersihan dan kekemasan tidak boleh dikorbankan agar anak dan suami umiIzz selesa.

Bukan cerewet tapi teliti. Bila kebersihan tu dijaga umiIzz rasa tenang dan selesa. Anak-anak pun terikut sama. Bila bab makan ni, umiIzz kalau untuk anak-anak.. umiIzz akan tapis dan bukan ikut selera anak. Kalau benda tu memudharatkan mereka, memang umi takkan beri.Contohnya la kan.. kalau abang Izz nakkan coklat dan ketika itu beliau batuk, umiIzz takkan beri hinggalah beliau sihat. Tapi sesetengah ibubapa, mereka memberi apa sahaja asalkan anak diam dan tak mengamuk. Pada umiIzz biarlah nak menjerit mana sekali pun, kalau mudharat memang umi tak benarkan dari beliau lembik tak cergas kerana makin teruk..

Namun, alhamdulillah.. sejak mengamalkan vitamin Shaklee.. ketara nampak mereka tidakmudah demam. Kalau batuk dan selesma pun alhamdulillah tidak demam dan mudah baik tidak macam sebelum ni demam kerap dan tinggi suhunya.

Hari-hari mereka umiIzz sediakan 3 makanan tambahan Shaklee. Nampak serasi dan sangat membantu mereka lebih sihat dan cergas. Apa yang umiIzz beri??

1. Mealshake
2. Omega
3. Chewable Vita C

Untuk pembelian set ini secara terus melalui online Web Shaklee sila klik >>LINK<< dibawah:






Dan seminggu sekali, abang Izz akan makan sebiji Ostemetrik. Walaupun beliau masih lagi minum susu formula sebagai minuman berzat.. UmiIzz tetap berikan Calcium dari Ostemetrik kerana umiIzz percaya anak-anak kecil sangat memerlukan Kalcium yang banyak. Pengambilan Ostemetrik boleh diamalkan oleh kanak-kanak berusia 6tahun ke atas. Ambil sebiji atau dua biji sehari membantu tumbersaran tulang dengan sempurna.


Mereka sihat ceria saya gembira..


Saya bersyukur kerana tidak perlu lagi susah hati kerana abang Izz demam tinggi, kerana abang Izz batuk terlalu lama malah selesma setiap bulan.. tak perlu sedih kerana adik Izz tidak lagi sakit berat macam yang kami pernah lalui dulu.

Semua dengan izin Allah, bila kami memberi anak-anak makanan berkhasiat dan amalan rohaniah tak pernah putus pada Allah..

Jika anda inginkan set untuk anak-anak, boleh terus hubungi saya untuk mendapatkan product. Saya teruja untuk berkongsi kesan kebaikkan Shaklee terhadap anak-anak dan keluarga..

Sila klik Link dibawah jika ingin membuat pesanan terus dilaman web Shaklee:
>> SET KESIHATAN/ PINTAR KANAK-KANAK <<





Terima kasih untuk setiap pembelian anda dan keperihatinan anda terhadap anak-anak anda.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Khamis, 24 Julai 2014

Gotong Royong bersih rumah dengan Basic H, lagi selamat

Assalamualaikumdan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah,hampir sebulan kita lalui Ramadhan, pastinya persiapan raya semakin hampir siap dan ada sesetengah tudah siap disediakan. Namun tak tertinggal bagi kaum-kaum ibu yang mengambil kesempatan bergotong royong membersihkan rumah. Waktu inilah ahli keluarga berkerjasama bergotong royong menghias dan membersihkan rumah.



Ada yang bertukar langsir, mengecat rumah dan tak kurang juga yang membuat penambahbaikkan rumah untuk kelihatan berseri-seri di aidilfitri. Bagi umiIzz, kebersihan rumah adalah paling penting sekali, biarpun tak bertukar cat rumah setiap kali menjelang musim perayaan, tetapi tahap kebersihan rumah amatlah umiIzz titik beratkan. Sebab, semasa kecil.. ibubapa UmiIzz telah mendidik kami adik beradik agar membersihkan rumah sebaik mungkin dengan membuang segala bagai kotoran dan menghias cantik ketika menjelang aidilfitri. Oleh kerana sudah terbiasa dari kecil, maka sekarang ini umiIzz turunkan perkara baik ini kepada anak-anak umiIzz.

Mengemas rumah, seperti menyapu sampah.. membersihakan kawasan berhabuk dan sawang, bertukar bentuk hiasan dalaman selalunya dilakukan oleh UmiIzz sendiri, namun alhamdulillah.. suami umiIzz mengambil bahagian dalam mengemop lantai rumah, membersihkan kipas dan tingkap. Bila berkerja sama, yang berat menjadi ringan dan yang susah menjadi senang =)



Bila bab mengemop ini, umiIzz kalau dahulu suka gunakan *Dettol. Rasa selamat bersih dan sihat bila rumah dibilas dengan Dettol. Tetapi sejak adanya Shaklee Basic H2 Organik, UmiIzz memilih Basic H2.. Banyak kelebihan Basic H ni, ada 1001 kebaikkannya. Tapi salah satu yang paling best umiIzz gunakan untuk megemop lantai rumah..

Mudah je nak guna, cuma Drop kan 8-10titik Basic H ke dalam baldi berisi air dan terus mop lantai rumah kita, tanpa membilas. Begitu juga jika anda ingin membersihkan tingkap, hanya sapu dengan basic H yang telah dicampur dengan air.Yang paling best jika terdapat kotoran seperti contengan marker anak-anak dilantai dengan basic H, kotoran cepat hilang. So bila da ada basic H kat rumahni, memang rasa selamat persekitaran dalam rumah dari bahan kimia yang kita tak tahu tahap keselamatannya. Selain itu, basuhan pakaianyang ditambah dengan Basic H juga lebih segar dan selesa dipakai oleh anak-anak kecil.


Kenapa Basic H?
Daripada perkataan itu sendiri sudah menerangkan maksud BAsic H itu sendiri - Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

So, kenapa pilih yang lain??? 

Macamana cara nak dapatkan Basic H Shaklee?? 
Dengan harga berpatutan, Basic H2 Organic Shaklee patut ada disetiap rumah. Boleh hubungi umiIzz terus ditalian dibawah atau lebih mudah tuan-tuan dan puan-puan klik terus gambar Basic H2 Organik dibawah ini untuk shoping online di Shaklee.




Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,




gif creator
gif creator