PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 27 April 2015

Perkongsian Tips Bagaimana Anda berjaya bersama anak soleh.. InsyaAllah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Lagi 4 hari meniggalkan April.. Bagaimana dengan prestasi kita dan anak kita? Anak-anak angureah Allah, bagaimana kita sebagai ibubapa memantau pergerakan mereka? Terbataskah atau bebas terbiar? Zaman serba canggih ni biasalahkan, kebanyakkan ibubapa mengejar kejayaan tanpa menoleh anak-anak mereka.. Tak ramai ibubapa yang memikirkan kejayaan anak-anak lebih penting berbanding diri sendiri macam ibubapa zaman dahulu. Betul ke? Ibubapa sekarang menaikki tangga seusaha keras untuk kejayaan dikatakan demi legasi keturunan diteruskan dengan senang lenang akan datang.. Betul ke? 


Pada Umi Izz, ada setengah nya betul.. ada sesetengahnya tidak.. Tak semua tapi ada juga.. Namun.. baik kita bersangka baik dan berfikiran positif.. dan berdoa agar kita sebagai ibubapa lebih pentingkan kejayaan anak-anak daripada kejayaan sendiri. Kejayaan kita akan berhasil bila kita melahirkan anak-anak yang cemerlang akhlak dan agamanya. InsyaAllah kejayaan dunia mereka akan seiring dan kita juga dibela hingga hujung nyawa usia kita.

Wah.. berbahas pula kan?? Daripada umiIzz terus menulis yang bukan-bukan yang akan menjadi viral, baik umiIzz bercerita tentang anak umiIzz yang sulung.. (*-*) Sejak sekolah rendah dan sekolah agama ni, nampaknya perkembangan beliau kepada tulisan jawi alhamdulillah..

Cuma, biasalah.. budak lelaki n danish ni kategori comel-comel lote tak galah panjang so ada sekali tu ada jugak peminat dia yang nak test ketinggian buang chewing gum atas rambut.. Allah, kesian anak umiIzz.. Rasa geram, mengucap panjang dan rasa bersyukur sebab anak kita tak buat macamtu,. Dalam hati umiIzz Allah je tahu..

Abg Izz dengan hati sedih campur takut terus peluk umi dan cakap, kawan dia bernama sekian-sekian yang buat pada dia. Namun apabila terserempak dengan guru kelas (sebab guru kelas danish satu blok kami cuma beliau di tingkat 3) abiIzz bertanya, hanya bertanya dan ingatkan nak minta tlg nasihat pada budak yang baik tu tapi malangnya cikgu tersebut putarkan cerita lain. Katanya Abang Izz tak bawak pensil setiap hari, walhal umiIzz sebagai ibu, setiap malam n pagi akan cek apa yang abang izz bawak ke sekolah dan apa yang dia akan bawak pulang ke rumah.. Pencil box tak pernah xberpensil dan saya tahu abg izz guna pensil tersebut.

Wahai guru, didiklah anak murid mu sebaik mungkin.. Jangan mengelak jika pertanyaan ibubapa ikhlas dan mereka cerita jika tak berasas. UmiIzz kesal juga disini. Tapi doa umiIzz xpernah putus untuk abang Izz. Belaiu juga cekap membina ayat dan cuba mengira dengan pantas. Kalau diberinya hafaz, memang cepat benar beliau ingat. Alhamdulillah, semua izin Allah SWT.

Pada guru tersebut, Umi Izz tak marah cuma sedikit kesal tetapi UmiIzz tak marah malah umiIzz doakan beliau agar beliau nampak amanah Allah dalam pekerjaannya. Akan datang, jika abang izz bertukar sekolah, umiIzz harap beliau dapat guru yang benar-benar ikhlas mengajar. Sebagai ibu tentunya kita tahu keikhklasan guru tersebut mengajar anak kita kan, sebab kita juga pernah menjadi anak murid.

Amalan baik yang selalu diamalkan oleh umiIzz untuk umiIzz kongsikan pada ibu-ibu untuk anak-anak,

1) Sabar; sebaik-sebaiknya tahan amarah (MasyaAllah)
2) Doa - amalkan surah alfatihah, ayat Kursi dan surah al Insyirah semasa anak baru tidur, bacakan dan hembuskan diubun-ubun anak
3) Sediakan sarapan pagi untuk anak-anak sekurangnya air minum dan sekeping biskut (air bancuhan adalah lebih baik kerana kita boleh bacakan fatihah dalam air tersebut sebagai santapan rohani anak-anak)
4) Peluk anak-anak yang baru pulang dari sekolah, hulur tangan kita untuk anak salam dan cium
5) Ajak solat bersama dan zikir bersama selepas solat.
6) Mengaji bersama
7) Jaga setiap rezeki yang dapat hasil yang baik



Semoga tips-tps diatas menjadi amalan kita. Anak yang lincah bukanlah anak yang degil tetapi mereka seorang anak yang cerdik dan berani menyahut rintangan. Didik mereka sebaiknya dengan disiplin solat dan selalu mengaji bersama walaupun hanya magrib dan isya sahaja kita bersama anak-anak tetapi itulah masanya. Itulah masa untuk bersama anak soleh yang terbaik (*-^) InsyaAllah

Bukan senang kan nak mendidik seorang anak soleh?? Tapi kita usahakan ke jalan Allah insyaAllah.. Allah mudahkan jalan dan beri bantuan.. Selamat mencuba.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


 Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Selasa, 21 April 2015

Rezeki 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Permulaan tahun 2015 yang baik.. Allah beri dan mudahkan.. Walaupun lewat untuk mendapatkannya tetapi rasa bersyukur sebab hajat tu adalah yang terbaik Allah berikan..





Lama juga sebenarnya umiIzz menanti dan mencari.. Namun pertemuan demi pertemuan semuanya tak menepai citarasa dan impian umi dan abi Izz. Hinggalah pada tahun 2012 penghujungnya umiIzz terjumpa iklan di satu laman web berkenaan sebuah rumah tanah lot di kawasan yang bersesuaian.. UmiIzz menghubungi anak pemilik dan pemilik rumah tersebut, sayangnya tuan rumah seolah tidak mahu melepaskannya.



Pada tahun 2013 kami teragak-agak untuk menghubungi tuan rumah kembali memandangkan tuan rumah seakan ingin menjual rumah tersebut cepat akhirnya kami melepaskan peluang yang ada. Namun pada tahun 2014, sekali lagi mencuba nasib umiIzz menghubungi anak tuan rumah dan terus berjumpa tuan rumah. Alhamdulillah persetujuan diterima kami proceed untuk membeli rumah tersebut.

Sebenarnya, sebelum berkahwin dengan abiIzz, umiIzz pernah berangan-angan ingin membeli rumah diatas tanah dan memandangkan sekarang di sekitar kuala lumpur dan selangor rumah atas tanah adalah terlalu mahal dimiliki, namun sape tahu angan-angan tersebut menjadi nyata?

Dengan Keluasan hampir 5000psf, umiIzz rasa bertuah dan bersyukur kerana impian umiIzz menjadi nyata. Namun nak melalui proses pemilikan adalah sangat rumit dan alhamdulillah, Allah sebaik-baiknya tempat meminta. Kesulitan itu berhasil dengan pemilikan.

Sekarangni sedang dalam proses penambahbaikkan.. Sedang mencari tukang rumah yang boleh memberikan khidmat terbaik dengan harga yang berpatutan. Yelah, kita kalau boleh nak yang baik dan harga pun yang baik punya kan??

Doakan ya kawan-kawan, moga proses penambahbaikkan rumah umiIzz menjadi mudah dan selesai dengan baik.

Setiap yang berlaku semua dengan izin Allah.. Buatlah apapun tetapi mintalah padaNya, jika ianya milik kita yang terbaik.. insyaAllah.. Allah mudahkan jalan..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Sabtu, 18 April 2015

Kebaikkan Bulan Rejab : Jom BELAJAR

Assalamualaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..





Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.


Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. 

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya. 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan. 

Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sam
pai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar. 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. 

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya.

InsyaAlah,.. semoga perkongsian dari umiIzz ini mendatangkan kebaikkan kepada kita semua pembaca budiman yang dirahmati Allah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,

gif creator


gif creator