PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 28 November 2011

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum..

Apakhabar semua?? Harini umi nak ucapkan selamat menyambut tahun baru maalhijjrah. Moga tahun baru kali ini membawa berjuta keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua.. Mulakanla dengan bismillah dan akhirkan dengan Alhamdulillah.. Insyaallah sedikit sebanyak hati kita akan lembut untuk mengamalkan zikir walau dalam apa jua keadaan sekali pun..



Tiba2 terasa rindu sangat kat danish, paling rindu nak dengar dia menyanyikan alunan hasbi rabbi... Indahnya... sabar ye abang danish.. nnt abi pulang, kita nyanyi sama2 erk..



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..


gif creator

Sabtu, 19 November 2011

Berhati-hati ketika bersedekah..

Assalamualaikum..

KOrang apa khabar? Umid@nisH macam ni le.. sedang mengemas umAh yang da macam tongkaNg karam.. walaupun sesorg kat uMah tapi disebabkan ketidak larataN.. makanya ruMah dikemaS ala-ala kadar, jadi Hari ni umId@nisH nak geledah balIk umaH umidanIsH ni bagi mendapatkan rumahku sYurga Ku..


KOrang suka bersedeKah tak? MungkiN ada yang kata saya SUka.. tak heran Juga yang katA.. Alah, watpe.. depa tu kaya2 sebeNarnYa.. Umid@nish??? umidaNish suka bersedeKah.. tak banyaK sikit pun jaDIla.. ada baik dan Buruknya bersedekah nI..huhuhu bersedekah pun Ada buruknya ke???? RamaI yang tahu., bersedekah itu amalaN mulIa dan ianYa adalah perkara yang membawa kita ke MATI.. tapi kita kene niat ikhlas memberi bukan terpaksA..

Tapi korang tahu tak baHAya bersedekah di Malaysia ni??? ada member2 uMId@nish kata, mereka yang meminta sedekah tu kebanyakan darI sindiket penipuan.. sebenarnya Umid@nish tak kisah pun org tu nak tipu ke, nak bohonG ke, kaya ke tp niat uMI nak memBeri.. rupanya dalam memberi ni Kita kene berhatI2.. ada yang memerhati tindak tandUk kita dari Jauh sebenaRnya..
Tu yang jAdi Mangsa ragut la.. mangsa "Pau" sambal la.. macam2.. rupa2nya ada pak perati yang memerhati siapa yang kerap mengeluarkan duit poket untuk menderma pastu esoknya depa perangkap pula dengan meminta simpati kononnya motor rosak dll untuk mengenakan mangsa.. Aduhai manusia zaman sekarng ni kejam2.. so, kepada semuanya.. berhati2lah.. tgk keadaaan kalau nak bersedekah. Bukan umi nak halang untuk korang bersedekah tapi berhati2lah, moga perbuatan baik kita mendapat balasan yang baik bukan kerana bersedekah nak dapat ganjaran lebih tp cukupla sekadar dilindungi dari penganaiaan.. Dan paling penting, amalkan ayat Kursi sepanjang jalan insyaallah.. Allah lindungi..

Rasulullah bersabda “Tiap muslim wajib Bersedekah”. Para sahabat bertanya “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Baginda menjawab, “Bekerja dengan kekuatan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekahlah” Mereka bertanya lagi. “Bagaimana kalau dia tak mampu?” Nabi menjawab “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab “Menyuruh berbuat ma’ruf (kebaikan) ” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab, “Mencegah diridari berbuat kejahatan itulah sedekah.”
(HR Bukhari dan Muslim)



Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..


gif creator
samballa

Rabu, 16 November 2011

Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum..

Korang pekabo.. umidanish alhamdulillah dalam lindungan Allah.. hari ni pengajaran untuk umi... tak perlu cite la erk.. cukup umi cakap.. dalam perjalanan balik tadi Allah melindungi umi dari terjadi sesuatu yang menyeramkan.. mengucap panjang umi masa pulang tadi.. Syukur alhamdulillah



Harap2 pasni tidak berlaku lagi pada umi atau orang lain..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 15 November 2011

Al fatihah untuk arwah



Assalamualaikum...

Hari ni, salah seorang sahabat baik saya telah kehilangan ayahanda tersayang. Pagi tadi beliau baru sahaja memberitahu ayahnya sakit, umi takut nak mengganggu beliau dan petang ni baru umi bertanya khabar kembali.. rupanya ayahanda beliau telah kembali kerahmatulah.. Moga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat.. Buat Siti Aisyah kawan ku... banyakkan bersabar ye.. Allah lebih menyayangi ayahandamu..

Buat sahabat jauh ku yang berada diperantauan juga, ummufaqeh.. salam takziah dari umidanish buat mu yang telah kehilangan bapa mertua yang hebat. Moga roh beliau dicucuri rahmat..

Alfatihah...




Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni..


gif creator

Ahad, 13 November 2011

Doa Isteri Solehah: Isteri yang sentiasa dihati


Doa ini elok diamalkan oleh para isteri, umidanish juga sedang mengamalkan dan setiap bait2 doa itu adalah kesedaran kita untuk menjadi isteri solehah insyaAllah.. Jom kita share sedikit ilmu..

Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu

Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu

Aku buta tanpa bimbingan-Mu

Aku cacat tanpa hidayah-Mu

Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu

Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..

gif creator

Jumaat, 11 November 2011

Allah hadiahkan pelangi-motor telah dijumpai


Assalamualaikum WBT..

Sekarang jam 12.35pagi.. Umid@danish terjaga selepas dapat panggilan call dari abang ipar umid@nish mengatakan motor abid@nish yang hilang raya haji kedua itu telah dijumpai.. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah..

Bermacam2 perkara yang menguji kami berlaku sejak akhir2 ini, namun ianya mengajar umid@nish untuk terus2 bersabar dengan setiap ujian Allah.. Kejadian curi motor berlaku dikawasan rumah umid@nish namun waktu itu umid@nish berada di Johor dan malam tu kebetulan nak dijadikan cerita, umid@nish tidak dapat tidur kerana bermimpi akan kehilangan motor.. tapi takyahlah cerita panjang lebar yer.. jadi umi sangkakan moto bapa umi yang hilang., siap umi bangun jam 4 pagi meronda dalam rumah dan tgk apa yg patut tp pagi tu alhamdulillah tiada apa terjadi dijohor namun siapa sangka moto yg dicuri itu rupanya moto abid@nish.. Terkejut umi bila dapat berita itu.. Ianya benar2 kebetulan dengan mimpi umi itu..

Umi redhakan dan umi minta abid@nish bersabar dan redhakan.. buat solat hajat di Mekah mana tahu rezeki itu masih pada kami.. pd rabu esoknya umi mimpi moto tu dijumpai.. umi hanya senyum tp umi kata tak tahulan kalau bole jumpa balik, biasa nya mustahil. Tadi dalam perjalanan pulang dari rumah.. umi memikirkan sesuatu sebab selepas kes kehilngan moto umid@nish diduga lagi tapi waktu itu ditempat kerja.. yg tu tak perlulah cerita.. biar Allah yang tahu dan umi harap dipermudahkan jua..

Dalam perjalanan pulan umi pandang sayu deretan moto di parking moto LRT.. umi teringat kata2 ini yang umi ucapkan pada kakak ipar umi..

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat serta hujan,kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari.. rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik.."

Alhamdulillah, percaya pada ketentuan Allah, andainya rezeki itu milik kita akan menjadi milik kita dan andainya bukan, Allah akan berikan yang lebih baik dari yang diambilnya itu.. ini pesan kakak ipar umi dan umi mengakuinya.. Sungguh umi terpikir petang tadi.. insyaallah Allah edangkan aturkan pelangi yang indah.. Alhamdulillah, motor itu telah dijumpai oleh pihak polis. Pecayalah, setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersirat dan kejadian ini mengajar umi untuk lebih sabar lagi.. =) Alhamdulillah.. tadi call abid@nish beritahu berkenaan motornya, dia call kembali katanya sedang menguruskan kematian.. Terima kasih ya Allah

Mimpi2 tu? Owh, hanya kebetulan sahaja.. Cume umi banyakkan berdoa minta petunjuk Allah setiap selepas selesai solat.. Itu je, hanya kebetulan mimpi itu betul.. namun ada lagi ujian Allah.. bila ada orang cube menggunakan nama comp babyumishop untuk mengaut keuntungan maybe dengan cara menipu.. nantikan entry selanjutnya.. yg ni pun ujian umi juga..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..


gif creator

Rabu, 9 November 2011

Allahuakhbar, Allah maha besar.. ini hari dia sape tahu hari kita??

Assalamualaikum...

Apakhabar semua? Umidanish masih sama, bak kata orang2 tua kepada orang mengandung, selagi tak lahir anak itu selagitu la awak begitu, tapi alhamdulillah kandungan umi sihat. Tercapai juga umidanish untuk mendapatkan barangan dari cameron untuk adik umidanish sempena kutipan amal jariah.. Dan kutipan bayaran yang umidanish buat penuh untuk amal jariah adik umi itu akan diserahkan pada pihak sekolah beliau dan barangan itu menjadi hak umi namun akan diserahkan kepada yang sudi mendoakan abidanish seperti di link ini.. Itulah sebenarnya.. kenapa umi buat macam tu, ikhlas.. bukan kah membantu itu amalan mulia?

Harini umidanish nak bercerita pasal bekerja dalam satu pasukan. Tak kiralah, dalam keluarga ke, organisasi ke yang penting sikap bersatu padu dan tolong menolong tanpa mengharapkan BALASAN adalah lebih baik daripada berkerja tanpa memikirkan kebajikan orang lain. Bekerja itukan satu ibadah?? Kenapa mengharapkan balasan setimpal? Kalaulah dalam team kita ada hamba Allah yang diberi ujian bukankah kita sebagai hambaNya patut membantu meringankan bebannya dan bukannya menambah bebannya??

Kebanyakan manusia sekarang ni mengejar balasan daripada keikhlasan, memangla kita nampak hebat bila mendapat balasan dengan apa yang kita buat.. tapi berbaloi ke bila disana nanti Allah hitung begini "oleh kerana sipulan bin sipulan telah beribadah dengan bekerja mengharapkan balasan setimpal didunia maka Allah tidak memberi apa2 ganjaran ibadah kerja kepadanya"

Takkan ada manusia yang inginkan dirinya diuji dengan kesusahan, tapi andailah sekitar anda ada yang diuji.. ringan2kanlah bebanannya bukan menambah lagi sengsaranya. Tak mungkin diri kita berkehendakkan diberi penyakit tapi kalau itulah yang Allah berikan kita kene redha dan orang keliling kenalah bagi sokongan moral bukan menambah lagi bebanan si pesakit. Mungkin ini hari mereka siapa tahu kita pula nanti diduga dengan ujian lebih dasyat?? Allahuakhabar, Allah maha besar.. setiap perbyatan itu ada balasan nya dari Allah.. Maka beringatlah sebelum terlambat..

Salam sayang dari,



gif creator

Jumaat, 4 November 2011

Selamat hari lahir abi..


Assalamualaikum,

Abid@ni#..

Umi, d@nis# dan baby ingin mengucapkan selamat hari lahir buat abi yang jauh diperantauan.. Semoga Allah melindungi Abi dan memberikan abi taufik dan hidayah dalam segala hal dan dipermudahkan urusan. Semoga abi menjadi Imam kami hingga akhir hayat kami dan menjadi abi yang soleh kepada kami.

Doa kami untuk abi..

Ya Allah ya tuhan kami, bukakanlah pintu hati abidanish menjadi seorang yang beriman, bertakwa dan sentiasa dalam lindungan rahmat Mu dan dijauhi godaan2 duniawi dan diberi petunjuk kejalan syurga Mu bersama-sama kami sekeluarga.. Ya Allah, panjangkan usia Abid@nis# agar beroleh hidayah Mu.. Makbulkanlah permintaan kami.. Amin...

Inilah hadiah yang paling tak ternilai buat insan yang tersayang, mungkin ita rasa hadiah yang bernilai2 itu adalah yang terbaik.. namun mendoakan adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup seseorang..

p/s; umi... danish.. dan baby sayang abi selalu lebih dari segala2nya..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..
gif creator

Rabu, 2 November 2011

Saguhati Cameron dan Salam Aidiladha


Umi tiada di Kuala Lumpur.. masih tidak sihat tapi bukan bekerja.. Umi harap ada yang sudi menjoinkan diri dengan saguhati cameron tu.. kalau taknak berdoa, just komen simple disini dan umi akan masukkan nama anda di list saguhati juga.. Tak perlu doa berjela2 tapi kalau dapat buat camtu lagi terharu umi kan.. K La selamat menyambut aidiladha.. Moga pengorbanan kita semua sebagai Isteri.. Suami.. anak2.. Ibubapa dibalas setimpal kebahagiaan yang hakiki oleh Allah SWT..

Tahun ini memang merupakan pengorbanan yang tak dapat umidanish lupakan bila berjauhan dengan suami dan duduk wad sorang.. Tapi umi percaya, ada hikmah disetiap apa yang Allah berikan untuk kami sekeluarga.. Salam Aidil Adha buat semua pembaca Islam.. dan selamat bercuti

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..

gif creator