Jumaat, 11 November 2011
Allah hadiahkan pelangi-motor telah dijumpai
Ahad, 23 Oktober 2011
Saguhati untuk yang sudi

Rabu, 19 Oktober 2011
Bantulah umidanish berdoa,hanya berdoa sahaja..
Selasa, 18 Oktober 2011
Tolonglah saya..
Sabtu, 15 Oktober 2011
Usah berputus asa, Sabarlah dan Yakinlah Allah bersamamu selalu..
Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.
Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.
Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Danbersangka baik dengan Allah.
Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.
Dari hati umidanish sendiri yang pernah merasa seperti berputus asa diatas.. Tak tahu kenapa Allah kejutkan umi untuk mencapai pc usang umi ini dan umi terbuka artikel diatas.. Tak semena2 berjujuran air mata, Allah semua sayangkan kita kalau kita selalu memohon petunjuk rahmatnya.. Allah akan tetap bantu walau dengan cara apa sekali pun.. Buktinya, malam yang umid@nish runsing tu, tetibe umid@nish terbaca entry ni yang secara tak sengaja ada di Facebook umi.. Alhamdulillah.. Maha suci Allah.. Percayalah Allah akan mendengar setiap permohonan hambanya..
Mari kawan2, kita berdoa untuk abid@nish yang berada di tanah suci :
Ya Allah, moga Abid@nish diberi petunjuk hidayah dan rahmat Mu melingkari hatiNya ke jalan yang benar. Dan Berilah jua hidayah Mu padanya agar dia melihat dengan mata hatinya yang lurus dan suci..

Amin ya rabbal alamin..
Ahad, 24 April 2011
Di tinggalkan sidia
Isnin, 6 Disember 2010
Abid@nish


Khamis, 25 November 2010
Lidah kene gigit??

Bukan nak cerita pasal sape kene gigit lidah atau sape yang suka gigit2 lidah.. saje je buat gempak..Nak cerita pasal isteri majuk suami pujuk tak?? Ada macam2 cara suami memujuk isteri mereka yang merajukkan? Tentu ada yang romantik dengan bunga2an ataupun hadiah sebagai tanda memohon maaf dan macam2 lagi..
Umi pernah sekali tu, abid@nish pujuk umi masa umi merajuk dengan panggilan call tp ingatkan abi nak cakap.. rupanya dia pasangkan lagu kat phone dia utk umi dengar... huhuhu, sangat2 manis sungguh rasa time tu.. dari rasa kecik hati tu, terus sejuk je hati.. bole ter senyum sendiri... tpkan memang time tu kenangan manis gak leee...hehehe
Korang agak2 lagu apa? hehehe, lagu ni la.. Lagu seniman kita Tan Sri P Ramlee.. kalau dengar bait ayatnya memang korang nak marah atau majuk lebih, korang akan tersenyum dan sejuk hati dengar bait dendangan P Ramlee ni..
Ini la lagu yang abid@nish pasangkan tu..
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadiSuami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkatApa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Nak majuk mesti tak jadi punya... hohoho..Layan je le.. =D
Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
Ahad, 7 November 2010
Besday Abidanish
Kesian aBi, da dua tahun celebrate sendiri.. Umi plak tak luPa sediakan hadiah Untuk aBi.. tahun ni hadiahnya Jam tanGAn.. sebelum aBI berangkat aritu,umi d@nish da seletkan hadiah abI kat poket baG abi danish, abi da nampak tapi katanya nak buka pada hari lahirnya nnt.. dan alhamdulillah.. abi d@nish kata dia sangat2 suka dan kawan2 dia memujI abi ada isteri yang baik.. cewah2 ini sudah bikin umI terbang diawangan.. alah, mana2 pun isteri tetap akan ingat besday suamikan.. kita semua isteri terbaik mereka..huhuhu
Abid@nish..
Umi doakan semoga abid@nish dilimpahi rezeki yang melimpah ruah banyaknya dan diberikan kesihatan yang baik serta bahagia disamping umid@nish =P dan anak-anak..
Walaupun rezeki kita untuk beri d@nish adik tak kesampaian kita usaha lagi. mana tau kali ni kembar.. huhu ramai yang doakan macam tu..amin..
ni hadiah umi d@nish bg suprise kat abi..
YAng kat bawah ni pulak gambar abi kat madinah.. huhuhu, abi berambut ala2 botak.. tgk kat belakang tu pak arab sibuk nak p solat la tu.. Umi windu kat abi..hihihi
K la korang, baik korang wat koje daripada layan entry umi yang lalut2 da ni..huhuh
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
Sabtu, 16 Oktober 2010
Daku akhirnya Berpisah jUa..
Sedih ni.. betui2 tak tahan..huhuhu, betui ka lirik kat atas tu.. kalau salah jangan marah na.. Umi danish telah ditinggal kan abi semalam jam 8malam. Umi redha kalau itu yang abid@nish pilih dan umid@nish doakan abidanish selamat di Tanah suci bagi menjalankan tugasnya menjadi penyambut tetamu.. Abi telah berangkat semalam menaiki penerbangan saudi arabia dan dalam jam 2 petang tadi abi bagitahu dia sudah berada di madinah, alhamdulillah selamat perjalanan aBI ke tanah suci..
Kami tak hantar abI seperti tahun lepas.. sebab abi tanak tengok umi bersedih.. aBi tanak tengOk danish menangis.. takpela.. umi faham, abi terlalu sayang untuk tinggalkan kami.. lagi pun abi perGi bukan lama 2 bulan setengah je.. dan umi harap, umi tiada alahan teruk macam pertama kali dulu.. Umi kene redha yang abI pergi menjalankan tanggungjawabnya bukan sahaja kepada kerjanya tapi tanggungjawabnya kepada Allah SWT.
Tugas abi yang terlalu sibuk membataskan kami untuk bersama-sama berkumpul dari raya minggu kedua hinggalah keberangkatan abi kesana. Abi sangat rapat dengan danish dan umi harap danish dapat bertahan utnuk berjauhan dengan abI.. Sabar yer anak umi sayang..
Korang seMua doakan segalanya dipermudahkan untuk umI dan Abi dilindungiNya selalu.. jangan pk yang bukan2 tentang kami na..hehe
Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
Jumaat, 20 Ogos 2010
Dugaan dibulan Ramadhan
Ya Allah sembuhkanlah abid@nish.. moga tiada apa2 terjadi..amin
Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
Khamis, 17 Jun 2010
Piala Dunia: Sepanyol 0, Switzerland 1

Rabu, 16 Jun 2010
Keputusan Perlawanan Piala Dunia Kumpulan G

So, untuk memenuhI permintaan aBi.. nah amik ni keputusan setakat ni.. k la korang cincau dulu erk..
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..













