PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 22 April 2014

Terima kasih pemilik tulang rusukku


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim

Berdirinya seorang lelaki adanya seorang wanita dibelakangnya yang menyokong kejayaannya. Bagi wanita pula, berjayanya seorang wanita itu adalah dari sokongan padu dan redha seorang suami. Bagaimanakah wanita itu berjaya dengan gemilangnya??



Alhamdulillah.. setiap sesuatu yang baik itu ada kelemahannya. Cuma cara kita mengatasi sesuatu itu perlulah cara yang baik dan berhemah. Suami saya dilahirkan dalam family bisness. Ibu mertua umiIzz seorang yg kuat berniaga, beliau juga seorang ahli Shaklee namun sekarang beliau tidak lagi aktif, umiIzz juga mengetahui serba sedikit shaklee dari beliau namun masa itu umiIzz tidak berminat berniaga lagi. Namun kecenderungan abiIzz bukanlah terhadap perniagaan. Namun, tidak disangka isterinya berbakat dalam bidang perniagaan, alhamdulillah..

UmiIzz memulakan perniagaan seawal danish dilahirkan, masa tu kecenderungan berniaga memang sangat membuak2 dan terhasillah Babyumishop Enterprise. Alhamdulillah hingga hari ini masih beroperasi. Waktu itu umiizz sangat-sangat suka dengan barang-barang bayi dan ibu. Termasuklah kesungguhan ibu menyusukan. Jadi setiap pemakanan yang dikatakan membantu penghasilan susu ibu lebih hebat, umiIzz gunakan dan kenalkan kepada kawan-kawan. Waktu itu, umiIzz kerap bercerita dengan kawan-kawan kisah penyusuan susu ibu dan berkongsi link website hinggalah terjumpa website seorang wanita yang gigih dan sekarang merupakan Upline umiIzz dalam Shaklee. Beliaulah yang rajin mengajak umiIzz berniaga shaklee.

Waktu itu, saya masih lagi bermain-main berniaga dalam product Shaklee (rasa rugi sangat-sangat) tetapi inilah jalan yang Allah tulis sekitar 2012 saya aktif dalam shaklee dibawah upline umiIzz iaitu Master Norita yang kami panggil Master N atau kak N.

Kak N aka Master N dan suami

Cantikkan? 16 tahun dengan shaklee sememangnya membuatkan beliau sangat jelita dan muslimah dermawan yang berjaya. (Ya Allah berilah umiizz pun sehebat beliau.. amin =D ..) Yang paling buat umiIzz gemar dengan kak N, beliau seorang yang tidak kedekut ilmu dan sering menurunkan ilmu mencari reseki dengan cara menjemputnya.. Malah kenal dengan beliau, umiIzz semakin seronok memberi tanpa berkira, alhamdulillah. Terima kasih atas semua ilmu yang banyak dikongsikan untuk berjaya. Inilah idola saya, seorang jutawan muslimah dermawan yang kental jiwanya.. malah selalu menjadi kebanggan suami beliau..


Oleh kerana suami umiIzz tidak berminat dalam bidang pernigaan, sedikit demi sedikit umiizz selaku siteri tercintanya memberikan pandangan yang baik tentang bisness. Alhamdulillah, beliau tidak membantah malah selalu menyokong dan membantu umiIzz dalam menguruskan perjalanan bisness umiIzz. Malah, beliau juga selalu menemankan umiIzz menghadirkan majlis ilmu anjuran Shaklee.

Kebaikkan penggunaan suppliment Shaklee terhadap umiIzz ketika melahirkan anak kedua sangat terserlah malah seluruh keluarga saya termasuk ibubapa, adik beradik, ipar duai dan anak buah juga mengambil pemakanan tambahan Shaklee kerana tahu ianya sangat membantu menambahbaikkan kesihatan diri. Siapalah umiIzz jika tidak mendapat sokongan dan redha suami sekarang ini, mungkin umiIzz tidak berjaya seperti sekarang dalam bisness Shaklee kerana tak menang tangan nak uruskan penghantaran dan ambil stok. Kesanggupan beliau membantu umiIzz ketika penghantaran area klang velley dan kadang-kadang beliau turut sama membuat pengeposan barang jika terlalu ramai yang meng 'order' barang - sebab umiIzz tak cukup tangan nak bawak ke pejabat pos.. tak kira hujan dan kesibukannya tetap setia membantu umiIzz..

Alhamdulillah Allah, terima kasih kerana memberikan umiIzz pasangan yang terbaik yang sanggub membantu dan mengizinkan umiIzz tidur lewat untuk membangunkan bisness umiIzz. Terima kasih juga buat pemilik tulang rusuk umiIzz yang selalu membantu dan memahami umiIzz. Terima kasih abiIzz yang sentiasa beri peluang uMiIzz meneruskan segalanya.

AbiIzz

Tips saya untuk mendapat kepercayaan suami dan keizinan suami untuk lebih maju dalam bisness adalah yang pertamanya.. utamakan beliau dalam segala hal. Keduanya kongsikan bahagian anda dari bisness yang anda jalankan bersama beliau dan minta banyak-banyak dari Allah SWT agar dilembutkan hati suami memahami anda sebagai seorang yang berkerjaya dan bisness women yang ingin lebih berjaya. InsyaAllah, betul jalannya, anda berjaya. Jadilah apapun tetapi suami dan Allah jadikan yang pertama dalam hidup anda... Isteri yang diidamkan suami adalah yang selalu berjaya dunia dan akhirat..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Jika berminat ingin menambahkan pendapatan sampingan atau menjadikan Shaklee sebagai bisness , jom join Group saya yang tengah berkembang mekar semekar ros merah.. PM umiIzz, uMiIzz bantu anda berjaya.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Isnin, 21 April 2014

Keletihan menjadi super power dengan Chinch tea Extra Tenaga..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bismillahirrohmanirrohim

"Aduhai, malam tadi saya tidur lewat.. anak tak sihat jadi berjaga sepanjang malam.. Harini rasa tak larat sungguh nak buka mata apa lagi nak memikirkan tugar dipejabat yang banyak.." keluh seorang wanita berkerjaya.. 

Penah alami situasi sebegini?? Tentu semua pernah termasuk umiIzz sendiri. Bila keletihan tu, mulala apa yang nak dibuat pun tak best rasanya..


Tapi sekarang umi Izz tak perlu lemau lagi.. Sejak mengamalkan Chinch Tea ni.. umiIzz rasa bertenaga, lebih dari extra.. kalau dulu orang kata tryla minum tea brand ni.. tryla amik vitamin ni, jamu ni.. tak.. semua tak menjadi.. malah bertambah-tambah letih lagi..


Bila minum Chinch Tea.. Memang tenaga terlebih-lebih.  Semalam saya tidur lewat pagi.. tapi bangun pagi ni, mata segar dan sekarang pun masih segar..Alhamdulillah.. otak pun membuahkan ekstra-ekstra idea dan strategi yg lebih memberansangkan.. bukan ke best dari rasa lemau setiap saat??

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

PERBEZAAN SHAKLEE
  1. Selamat, penggalak tenaga semulajadi
  2. Ditambah dengan taurina – meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  3. Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  4. Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Anda cepat letih??
Rasa kerap mengantuk?


Apa kata tukar gaya pemakanan anda dengan makanan tambahan menyihatkan dari shaklee??

Hubungi umiIzz segera.. umiizz bantu anda memilih makanan tambahan kesihatan yang terbaik tentunya dari shaklee..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Rabu, 16 April 2014

Seminar Shaklee di Berjaya Time Squre.. Majlis ilmu terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirohmanirrohim..

Hujung minggu memang macam-macam aktiviti yang kita akan lakukan, namun aktiviti tu tentulah yang berfaedah dan memberi manfaat lebih elok dari membazir waktu tanpa arah.. Kalau umiIzz, jika tiada COD barang untuk customer dimana-mana area Klang Velley, umiIzz akan menghabiskan waktu bersama-sama anak-anak dengan aktiviti menarik seperti beriadah, membuat cake menonton filem 'dirumah sendiri' dan lain-lain lagi. Kadang-kadang umiIzz mengajak anak-anak berbiz dengan membantu membuat kiraan stok bersama atau mempacking barang customer bersama.



Sabtu lalu, umiIzz berkesempatan membawa biz partner ke seminar yang dianjurkan oleh Shaklee. Bertempat di Berjaya Time Squre Kuala Lumpur.. Banyak ilmu menarik yang dapat di timba dan diguna pakai bagi mengembangkan lagi bisness masing-masing. Pelbagai ilmu dikongsikan oleh Master-master yang dah pun berincome mencecah 6 angka.

Memang bertuah kerana kami diajar cara menarik dan menerima.. berkongsi seadanya.. Alhamdulillah tak lupa seorang Master Law bekas pembaca berita dan Pengacara Program Siasat ntv7 berkongsi kejayaan beliau yang berani gile dengan resign di ntv7. Tetapi berkat usaha beliau berjaya memiliki angka 6 digit income hasil dari Bisness Shaklee anda tak mahu???

Beliau pernah diserang kanser suatu ketika dahulu dan lihat beza lepas kimo dan menggunkan shaklee..

Sekarang beliau sihat dan jutawan shaklee


Waktu ni, sempat juga umiIzz ambil beberapa keping gambar ketika seminar berlangsung. Jom layan gambar..

Tempat menimba ilmu yang sangat selesa..

Biz partner yang fokus..

Nota dan mineral water.. wajib mineral water tapau dari rumah.. hehe

Memperkenalkan product terbaru dari Shaklee


Seminar habis jam 6.00 petang.. sangat beruntung kerana kami bukan sahaja diberi ilmu malah dihidangkan makanan tengahari yang mewah.. Paling yang menyentuh hati, pihak Shaklee juga meminta pihak hotel menyediakan tempat/ruang solat yang luas untuk semua ahli shaklee. Bukan kah ianya biz yang indah?? Kita jugak tidak dibenarkan menghadiri majlis yang membelakangkan tuntutan Allah, betul tak.. tapi Shaklee istimewa, walaupun pengasasnya berbangsa cina.. tetapi menghormati agama lain menjalankan tanggungjawab sebagai umat islam..

Usai sahaja seminar, umiIzz membawa anak dan suami yang membenarkan umi hadir ke seminar tersebut makan nasi arab.. Alhamdulillah, rezeki shaklee ni.. tak kira apapun mudah umiIzz tunaikan.. kali ni mereka nak makan nasi arab yang dibelanja oleh umiIzz sendiri.. upah untuk anak-anak yang baik bersama abi..

AbiIzz nampak berselera.. alhamdulillah..

Nak berbiz tetapi suami tidak menggalakkan apalagi kurang sokongan?? kena ada caranya, kena pandai ikhtiarnya.. Dalam islam, utamakan suami dalam segala hal.. insyaAllah apapun berkat.

Jika anda seorang wanita ingin berbiz tetapi tidak tahu nak biz apa dengan modal yang kecil, suami tak galakkan dan anda tak tahu bagaimana nak mula.. ataupun anda seorang student u.. nak cari income tambahan.. sila hubungi saya, saya bantu anda berbiz dengan mudah, tidak mengganggu tanggungjawab anda sebagai isteri dan ibu juga lebih rapat dengan Allah Pencipta alam..



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,




  gif creator
gif creator

Khamis, 10 April 2014

DTX CompleX Shaklee : Agen Pembersihan Hati yang mantap

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim

Hati adalah organ paling penting dalam tubuh kita.. Kalau nak tahu, dari matalah turun ke hati.. eh, tiba-tiba bermadah pula.. Kalau nak tahu, dari hatilah kita tahu tahap kesihatan kita kerana hatilah tempat bergantung untuk mengawal segala benda yang masuk dalam tubuh kita.


Kalau tak de hati, memang cinta tak kemana.. eh, bukan kalau hati tidak sihat maka kita pun tidak boleh melakukan apa-apa kerja. Begitu juga dalam agama islam kalau hati kotor maka iman pun hilang.. =)



Hati, antara organ terpenting di dalam tubuh, memberikan pelbagai fungsi termasuk :-
* menukarkan makanana yang anda makan kepada tenaga
* mengawal pembekuan darah, pengeluaran dan perkumuhan kolesterol dan mengawal penyimpanan lemak
* ia menghasilkan hempedu, satu bahan yang membantu anda menghadam makanan anda dan menyerap nutrien nutrien penting
* ia membantu dalam menolak jangkitan-jangkitan dengan menghasilkan faktor-faktor imun dan menyingkirkan bakteria dari dalam darah
* ia menyimpan vitamin penting, tenaga dan mineral serta merembeskannya dalam darah apabila diperlukan.

Selain itu, hati memainkan peranan utama dalam proses penyahtoksikan menjadi semakin tepu, toksin terkumpul yang menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan mungkin juga mewujudkan msalah kulit seperti jerawat.

Disebabkan itulah amat penting untuk memberi perlindungan sepenuhnya yang diperlukan oleh hati anda untuk berfungsi di tahap optimum bagi membantu anda kekal sihat dan bertenaga.

Di sini ada beberapa langkah mudah untuk memiliki hati sihat :-
1) makan diet yang betul, lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kurang lemak
2) elakkan alkohol atau kurangkan pengambilannya
3) bersenam secara teratur
4) elakkan bahan cemar alam sekitar seperti penyembur serangga, cat dan asap kereta
5) meningkatkan kesihatan anda dengan makanan tambahan- jom try makanan tambahan shaklee.



Shaklee mencadangkan program bantuan hati bagi menggalakkan fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga.

shakle mencadangkan :

DTX COMPLEX- memberi perlindungan sepenuhnya untuk hati anda!!!

DTX COMPLEX merupakan satu pilihan terbaik bagi ekstrak biji milk thistle (805 silymarin) tulen yang mana ditunjukkan dalam penyelidikan dapat menyokong kemampuan tubuh menghasilkan protein bagi membantu pembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi campuran proprietari tambahan dengan ekstrak cendawan Schizandra dan reishi, herba-herba dengan ciri-ciri antipengoksida dan ekstrak Dandelion, Kunyit and artichoke, herba herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu normal.

BAGAIMANA DTX COMPLEX BERFUNGSI?

gabungan unik bahan botani dalam DTX COMPLEX menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara :-
1) ekstrak biji benih milk thistle, biji benih schizandra chinenses dan cendawan resihi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati.

2. Pati dandelion, kunyit, artichoke membantu dalam mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ ( hempedu ) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh.

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

ESP : Pentingnya Protien Dalam Tubuh Kita..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

ESP itu singkatan bagi Energizing Soy Protien. Ia bukanlah product tenusu malah ia adalah protien yang dihasilkan oleh kacang soya terpilih dan paling baik.






PENTING SANGAT KE PROTEIN DALAM BADAN KITA?

Anda kenal Diri Anda?

Adakah anda mengalami simpton- simpton berikut :

1. Kulit wajah yang kusam?

2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?

3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?

4. Rambut sering gugur?

5. Lemah dan tidak bertenaga?

Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?

Anemia


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Rabu, 9 April 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee: Bejaya kurus & sihat dalam tempoh sebulan setengah...Wau..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim...
Hari ini, umiIzz ambil kesempatan nak share testimoni pelanggan kesayangan umiIzz iaitu kakak ipar umiIzz sendiri.. Beliau sebenarnya bukanlah berniat nak kurus.. tapi nak sihatkan diri nak bersihkan usus dan lemak-lemak dengan mudah dan berkesan. Mencuba Set Kurus Shaklee sebab dengarnya sangat berkesan dan sihat.



So umiIzz pun cadangkan la set kurus iaitu : Alfafa, Lecithin dan Herb Lax.. Umiizz terangkan pada beliau yang beliau dalam projek kempis perut dan langsing iaitu Projek umiIzz dimana membantu mereka yang nak kurus secara sihat. Paling umiIzz tekankan, minum air secukupnya iaitu 3liter sehari.. Ambil buah-buahan daripada kudapan lain..

Beliau turuti apa yang umiIzz cadangkan, alhamdulillah.. Dalam tempoh sebulan setengah, beliau berjaya. Lama???? Shaklee merupakan produk kesihatan yang tidak mengandungi bahan kimia.. Ianya semulajadi/natural dan menyihatkan.. Yang penting selamat.

Apakata kita layan testimoni beliau..


Gambar tak dapat berilah kan sebab menjaga kepentingan peribadi beliau..

Alhamdulillah, masa jumpa beliau awal bulan april tempohari sangat terkejut tengok kelangsingan beliau.. Syukur sangat2 sebab bertambah sihat. Kalau perut kita selesa, lemak tiada kita nak berjalan pun rasa cergas je.. malas pun takde dah..

So apa kata korang join projek kurus umiIzz, insyaAllah umiIzz guide korang hingga berjaya.. Semua izin Allah, kita berusaha selebihnya minta padaNya..




Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,
 
gif creator
gif creator

Majlis Perkawinan Adik Ipar aka adik abiIzz..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim

Bulan Mac tempohari berpenghujung umiIzz sangat sibuk membantu adik ipar yang ingin berkahwin. Persediaan pelbagai perlu umiIzz bantu agar majlis berjalan lancar. Alhamdulillah dikesempatan menguruskan pelanggan di Babyumishop, Aisyizzlynn dan Shaklee umiIzz masih sempat membantu mertua.

Sekitar majlis pernikahan dan persandingan adik ipar. Beliau anak bongsu dalam keluarga suami umiIzz.. Jom kita tengok gambar..

Selesai Majlis Akad nikah, sahla mereka.. Halallah mereka, menangisla tanduk dua hehehe

Adik Ipar bersama bapa , abiIzz dan kak long


Bersama mama, dan 2 orang ibu mertua hehehe

Yang ni, jemputan Qasidah masa majlis persepsi esoknya di dewan serbaguna.. Anak-anak yatim dari sekolah tahfis Sri Petaling..



AbiIzz bersama bapa mertua dan adik ipar (aka family umi)

Bersama Mak tersayang.. (gambar umiIzz tak edit ye, abaikan kekilatan wajah tu..
Ibu UmiIzz juga pengguna tegar shaklee, beliau mengambil JHT dan ostemetrik juga set kulit..
UmiIzz? ofcosla.. umiIzz guna Ostemetric, Bcomplex, Collagen, ESP, Herb Lax, Alfafa dan Vit E..Yang ni wajib ye, hari2..
Yang lain tak selalu, so tak payah senarai..

Family Mertua.. adik beradik dan adik ipar

Pengantin sampai..

Makan dulu okey..

Yang ni diambil oleh abang danish..

Okey, jangan salah faham.. jurukamera kecil abang danish cuba mengambil posisi yang baik udang pengantin.. terliur tengok.. Tapi pengantin cun je..

Alhamdulillah, semuanya telah selamat.. kami semua berasa bersyukur yang amat sangat dan terima kasih diucapkan kepada semua saudara mara yang menjayakan majlis gemilang ini. Semoga pengantin dilimpahi barokah oleh Allah SWT..






Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Hebatnya Shaklee : Mai Utara COD Shaklee ketika Majlis Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Entry ni patutnya post pada bulan Feb 2014 tapi sebab bz semedang tak dan nak masukkan.. Kalau tengok tajuk, mesti tahu ke ke Utara tanah air menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah suami.. Beliau ni Aida al-Bakri, bekas peserta tudung Fareeda musim pertama.. Dan menjadi Model Muslimah beberapa Brand Muslimah terkenallah kan..


aida bakri

Tapi itu dulu kot la ni, dia tak buat dah part time model muslimah.. =) Cantik manis orangnya lembut je.. Orang penang mai ni anak mammy.. Meckup sendiri ye kawan2.. jarang dengar pengantin berseri mackup sendiri hihi tapi yang ni anda boleh nilai kereriannya.. Orang cantik, memang makin cantik lah kan..

Ok, tak tahu nak cerita apa, kita layan gambar je la..


Danial berposing dengan hantaran pengantin perempuan.. Besar dah bujang umiIzz ni..


Alhamdulillah keluarga kecil umiIzz, moga dalam rahmat Allah selalu..



Ha.. Ni la saah bedang yang sibuk abiIzz nak double izz tengok.. bagila depa dua tengok kasi kenal, nnt kesian macam ada orang tu da usia 25 tahun baru nampak sawah.. hihi


Rombongan ke pihak lelaki 


majlis sambut menantu pihak lelaki.. sama cantik sama padan..



itula maksu abiIzz, ok, cantik turun ke anak ya tak? sikecil tu cucu lelaki kesayangan ya..




Time-time ni la umi tebar pamplet Shaklee merata tempat bila singgah  makan, minum or rehat.. hihih sambil menyelam minum air.. Siap sempat COD Shaklee lagi kat customer di utara.. wahh.. alhamdulillah.. sesiapa yang nak sihat macam keluarga kami, jom bertukar ke suppliment shaklee.. cantik sihat muda menawan.. ewah.. insyaAllah semua izin Allah
PM saya ya..



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator